Thursday, March 26, 2009

Kembara Seniman Jalanan - 28th March 2009


Bagi siapa2 yg masih tak ada apa2 perancangan pd hari Sabtu ni... marilah beramai-ramai kita serbu panggung Coliseum, Jln TAR pd 28hb March 2009. FINAS ada menganjurnkan tayangan percuma filem Kembara Seniman Jalanan lakonan M. Nasir. Antara pelakon2 yg turut menjayakan filem ini adalah seperti Khatijah Ibrahim, Pyan Habib, Amy Search, Ramli Sarip, Blues Gang, Imuda dan ramai lagi. Butiran majlis adalah spt berikut:
Hari : Sabtu
Tarikh : 28hb March 2009
Masa : 12.00 noon
Venue : Coliseum, Jln TAR
Dimaklumkan, ada sessi bertemu para pelakon selepas tayangan. Siapa yg akan datang, aku pun tak tahu. Kalau pergi, calling2 la ye.. InsyaAllah aku ada dkt sana. see u there.

Tuesday, March 24, 2009

Jemputan Majlis Ulang Tahun : Mia (4th April 09)

Kepada rakan-rakan yang mengenali Izwan Ibrahim, marilah kita beramai-ramai meluangkan masa yg ada pada 4hb April 2009, bersama-sama kita menghadiri jemputan ke majlis sambutan ulang tahun pertama puteri beliau, Milya Ireyna di kediaman mereka di Vila Pavilion, Bukit Serdang.

Butiran majlis adalah seperti berikut:

Tarikh : 4hb April 2009

Hari : Sabtu

Waktu : 12.00 tgh - 3.00 ptg

Venue : Hall, Villa Bukit Serdang, Tmn. Bukit Serdang, Seri Kembangan

Tema : Hijau, Putih atau Orange


Sila maklumkan kehadiran anda kpd Izwan selewat-lewatnya pd 27hb March 2009. Bersama-sama ini disertakan peta ke lokasi majlis.





Kita jumpa di sana....

Tuesday, March 17, 2009

PPSMI - Pandangan Peribadiku...

Ape bende la yg dia org dok merepek dkt dlm TV kebelakangan ni. Isu PPSMI yg dah 6 tahun diamalkan di sekolah2. Siapa yg kata dasar tu berjaya. Cuba tengok balik... apa tujuan asal ianya dibuat. Kononnye.. bila buat pembelajaran sains & matematik dlm bahasa inggeris, para pelajar akan dpt menguasai bahasa inggeris dgn baik. Cuba tengok anak2 saudara ko org, atau sepupu2 ko org... dah boleh speaking ke? So, kesimpulannya, tak berjaya le tu...

Kalau nak belajar atau menguasai bahasa lain, itu sebenarnya tak jadi halangan siapa2 pun. Malah semua org pun menggalakkan lagi. Kalau kita tahu banyak bahasa, ia merupakan satu kelebihan kepada kita. Kalau nak belajar bahasa, masuk la kelas bahasa. Bukan kelas matematik or sains. Bila nak menuntut ilmu, kenala belajar dgn bahasa yg kita boleh fahami. Kalau belajar dgn bahasa yg kita pun tengah dok belajar... mcm mana ilmu tu nak sampai. Contohnya, kalau ko org baru nak belajar bahasa jepun... lepas tu subject sains dkt sekolah ajar dlm bahasa jepun.. boleh masuk ke ilmu tu dlm kepala hotak ko org?

Baru2 nie.. adale golongan2 yg boleh dikategori sbg bangang yg buat statement suruh teruskan dgn dasar ni sbb k'jaan dah invest banyak wang dan translater kita lambat bertindak bila ada teori2 baru wujud dlm subject2 tersebut. Kalau dah tahu kelemahan dkt translater & publisher buku2 rujukan yg didakwa lembab tu.. so, betulkan lah dkt situ... ko yg kononnya graduan tu, tak boleh tolong usahakan betulkan masalah tu ke? kenapa nak korbankan pelajar2 yg tak bersalah tu. Kj'aan pun tak mampu ke nak mengatasi benda tu? Sampai nak paksa budak2 menuntut ilmu dlm bahasa yg mereka sendiri belum dpt kuasai. PPSMI ni mmg tak beri masalah bagi pelajar2 urban yg tinggal dkt Tmn Tun, Damansara atau tempat2 yg seangkatan dgnnye.. Tapi ada tak ko org pikir ttg pelajar2 dkt matang, kuala gula, felda taib andak, perkampungan org asli dan sbgnye.. Sudahnye, BI gagal, Math gagal, sains pun gagal. Itu ke yg ko org nak?

Satu contoh terbaik, kenapa bila menuntut ilmu, kita kena guna bahasa yg kita faham. Masa ko org belajar solat dulu, ustaz atau ustazah ko org mengajar ko org solat dlm bahasa melayu atau bahasa arab? Walaupun lafaz2 dlm solat kita baca dlm bahasa arab, kelas agama kita ttp diajar dlm bahasa melayu. Sbbnya kalau diajar dlm bahasa arab, rasanya sampai skg ko org tak reti2 nak solat. Satu lagi, kalau ko org pergi kursus Haji... Ustaz akan ajar dlm bahasa melayu ke bahasa arab? Kenapa ko org tak nak belajar dlm bahasa arab kan semua doa2 dlm bahasa arab dan bahan rujukan lebih banyak dlm bahasa arab. Bagi graduan yg konon hebat sgt tu... pergi la kursus haji dlm bahasa arab.... tengok sikit ko org boleh dpt ilmu tu ke tak... test le sikit kepala hotak ko org yg kononnye hebat sgt tu.... Lu pikir la sendiri.....

Monday, March 16, 2009

1st Gathering 2009 - 14th March 2009


Alhamdulillah, dgn izin Allah S.W.T, pd hari Sabtu yg lalu, 14hb March 2009, sahabat2 seTepeng telah dapat berkumpul beramai2 buat pertama kalinya dlm tahun 2009. Majlis yg diadakan di kediaman rasmi aku tu bermula pd jam 3.00 petang dan berakhir lebih kurang jam 6.30 petang. Ramai jugak yg telah sudi melapangkan masa bagi menjayakan majlis tersebut. Tapi, ada jugak yg tak dapat dtg disebabkan komitmen di tempat lain pd hari yg sama. Antara jemputan yg tak dpt hadir pd hari itu adalah Shaiful Rizal Sulaiman, Saiful Rizal Amiruddin, Saiful Miraz, Shahril Fariz, Atan, Alan, Hamimi Munirah & Zainora. Terima kasih kepada tetamu2 yg sudi hadir menjayakan majlis tersebut iaitu : Izwan sekeluarga, Apai sekeluarga, Amin sekeluarga, Mat sekeluarga, Robitah sekeluarga, Zuriah sekeluarga, Azlian & tak lupa jugak kepada Maizan yg sudi hadir dari Pulau Pinang semata2 utk memeriahkan majlis pd hari itu.


Seperti biasa, bila ada majlis, tetamu pertama yg akan sampai mestilah Izwan. Bro kita ni mmg sentiasa menepati waktu. So, lain kali kalau tak nak kasi dia tunggu lama2, ko org lewatkan waktu jemputan utk dia sorang aje. Anyway, tetamu lain pun tak le lambat sangat. Semua org pun sampai lebih kurang waktu yg sama. Yg paling penting, semua dpt berjumpa. Tetamu kedua yg sampai, our professional cameraman, Mr. Apai & family. Kira2 5 minit lepas tu, barulah tetamu2 lain sampai. Masa ramai2 tgh sampai tu, hujan baru mula nak turun. Bila semua dah lepak dlm rumah, hujan pun turun dgn lebatnya. Sampai kena tutup pintu rumah aku. Bersama2 ini, aku sertakan rakaman2 gambar sepanjang majlis tersebut utk tatapan bersama:




Kasih seorang ayah...



Ustazah Mia



Tetamu terawal, sedang menanti rakan2 yg lain



Gathering kanak2 riang olvatine



Perhimpunan agong wanita bersama kanak2 riang



Masing2 sibuk dgn cerita dongeng masing2



Barisan pemuda berdiskusi di atas kerusi



Ini tgh bincang projek baik nie...



Entah ape yg si Izwan bincangkan dgn si yusry tu



Ashraf menjadi tumpuan di meja persidangan



Entah ape si kurus tu tgh buat...




Mia turut mencelah...



Perasan hensem le tu...



Ape nie.. awek lagi kuat.. harap kan lu... mcm mana nak berlindung...



Kaum hawa masih sibuk dgn agenda mereka..



Sessi menuntut ilmu.. Amin bersama camera barunya dan Apai sdg mencurahkan ilmu fotografi yg dia ada



Dua org bapa contoh...




Seorang lagi bapa contoh bersama anak kesayangannya




Para tetamu bergambar kenangan.... gambar di ambil oleh Apai



One more shot... kali ini diambil oleh Amin pulak



Special request by Bitah... possing dari bebudak SK Simpang aje...


Next gathering... di kediaman Izwan sempena ulang tahun kelahiran Mia yg pertama pd 4 April 2009. Jgn lupa bawa hadiah sekali ye.... Jumpa di sana...di sana... di saaanaa....

Sunday, March 15, 2009

Balik Kampung - 6hb March 2009

Pada hari Jumaat yg lalu, 16hb March 2009, aku & wifeku berkesempatan juga utk pulang ke kampung. Sebnarnya, mmg dari awal tahu lagi dah plan nak balik pd hari tu. Saje nak cuti panjang sikit sempena Maulidur Rasul. Tapi perancangan tersebut hampir2 dibatalkan memandangkan aku ada projek besar dkt pejabat yg memerlukan aku bertugas pada hari cuti tersebut. Pd awalnya, kami sepatutnya bertolak pd tengah malam hari khamis tu. Tapi perjalanan dibatalkan sebabkan projek kat pejabat aku tu le. Pagi jumaat tu aku dah sampai pejabat pun. Bila dpt confirmation yg data utk projek tersebut tak dpt disediakan, aku pun call wife aku suruh siap2 sbb nak berangakat ke Kampung pd waktu itu jugak.

Kira2 pukul 9.30pagi, aku bertolak dari pejabat utk pulang ke rumah sbb nak ambil si Spacey tu. Bila tiba aje di rumah, si Spacey pulak tak ada. Aku dgn wife aku pun meronda satu taman sbb nak cari dia. Rupa2nya ada dkt kawasan belakang umah aku. Tengah sibuk mengorat kucing betina. Dgn pantas aku menangkap dia dan quarantine dia dkt dlm rumah sampai kami abis bersiap. Kami masuk highway kira2 dkt jam 11.00 pagi dan tiba di Taiping waktu org baru selesai Solat Jumaat. Burn Jumaat aku ari tu. Nak buat mcm mana, musafir di Aidilfitri. Pd hari tu, kami pulang dgn Kancil aje. Sbb nak bikin alignment & service air cond. Dkt KL ni, aku tak tau kedai mana yg ok. So, terpaksa le buat kat sana.



Salah satu reason utama kami pulang ke Kampung masa tu adalah sebab nak anto spacey pindah ke Kampung. Dkt umah baru nanti tak boleh nak bela dia dah sbb mmg dah ada dlm agreement yg kucing tak boleh dibela. Aku ada discuss dgn developer ttg tu, dia org ckp kalau nak bela juga, bela dlm umah aje. Tak boleh kasi keluar. Si spacey tu mana boleh duduk dlm cage. So, terpaksa la anto dia tinggal dgn atok dia & sekolah dkt KE.

Kepulangan kami hari tu tepat pada masanya. Selain drp anto spacey, kami jugak berpeluang melawat D-Boy yg diserang demam campak. Kesian... weak aje budak tu. Yg kelakarnya, bila wife aku cerita dkt Ali (anak sedare wife aku) yg baby tu kena demam campak, si Ali dengan jujurnya bertanya... Siapa campak dia?

Masa aku ambil gambo ni, budak ni dah beransur pulih. Dah boleh main dah. Tapi still weak jugak le... Sbb masa aku bye2 dia waktu nak balik, dia mcm blur2 aje.


Bersama mainan ultraman dia


Actually masa ni dia tengah menari sambil menonton tom2 bak



Selain daripada berpeluang melawat D-Boy yg demam. Kami juga berpeluang mengikuti ceramah Tuan Guru Nik Aziz dan beberapa pemimipin utama PAS yg diadakan berdekatan dgn umah Opah aku pd malam Maulidur Rasul 2009. Nampak tak, ketibaan Musyidul Khas bersama pengawal peribadinya.... Sambutan pada majlis tersebut mmg diluar dugaan. Kira2 lebih 10 000 orang menghadiri program ceramah tersebut tanpa diumpan dgn jamuan makan free pun. Walaupun hujan renyai2, org ramai tetap berpusu-pusu ke tapak majlis tersebut. Lebih mengejutkan, pada keesokan harinya, sewaktu aku nak beli surat khabar dkt Aunty India berdekatan pasar Taman Kaya, ada seorang India tgh membaca Harakah. Aunty tu pun tanya dkt wife aku.. "Semalam lu tak dak pegi ka? Itu Nik Aziz ada mari... Saya pun ada pegi... Ramai orang... Buat malu kat org India aje kalau org kita tak ambil peluang jumpa dgn Ulama kita sendiri.
Bersama-sama ini ada beberapa keping gambo yg boleh aku sharekan utk tatapan bersama. Actually camera aku tertinggal hari tu. Ini semua aku tangkap pakai camera abg ipar aku. Sebalah ni, gambar Tuan Guru Nik Aziz ketika memberi ceramah. Lain beb, lembut aje hati mendengar percakapan dia. Tak caya gi le tengok sendiri.




Tuan Guru Hadi Awang turut hadir memberi ceramah
MB Perak, Datuk Seri Nizar


Ketibaan Tuan Guru Nik Aziz



Tuan Guru Nik Aziz terpaksa di bawa ke pentas dgn kereta kerana agak uzur


Aku bersama jemaah pejuang Islam


Darling aku ni pun tak melepaskan peluang



Gambar ini depan umah opah aku. Waktu majlis baru selesai


Walaupun hujan, org tak beganjak pun. Mcm ko org tgk jom heboh jugak


Stesen minyak petronas dijadikan tempat parking. Bukan petronas aje, semua setesen minyak yg ada turut jadi mangsa.


Tak cukup dgn petronas, umah Opah aku pun dia org parking jugak. Tak pe, dpt pahala.



Pd hari Ahad, 8hb March 2009 merupakan hari terakhir keluarga mertua aku menjalankan perniagaan sarapan pagi di sebuah warung berdekatan dgn surau Kg. Boyan. Setelah lebih 20 tahun mereka menjalankan perniagaan di situ, akhirnya pencen jugak disebabkan oleh projek jejantas dan landasan keretapi yg sedang rancak dijalankan. Dengar2 cerita, mereka akan gantikan tapak perniagaan yg baru, tapi mungkin 2 tahun lagi kot. Dikesempatan itu, aku pun ambil peluang jadi tukang tebar roti canai dihari terakhir perniagaan beroperasi.
Sebenarnya, sedih jugak nak tinggalkan spacey. Setelah sekian lama aku mengasuh dia sampai jadi pandai. Buat sementara ni, rumah kami akan sunyi. Selalu bila balik keje aje, dia dah standby depan pintu. Sekarang ni tak ade pulak. Sedih beb. Sebelum ni, spacey bila balik kpg aje, dia ada masalah. Tak tau nak berak dkt luar. Puncanya sbb dia takut dgn kucing2 otai dkt kpg. tu. Oleh kerana itu, aku & wife aku dah beli satu cage khas utk dijadikan jamban dia. Yg peliknye, bila dah beli cage tu, tiba2 aje dia pandai pulak berak dkt luar umah. Saje aje dia tu...

Pacey yg sedang yak dkt luar umah



Ini dia cage yg aku jadikan jamban dia


Gambar aku dgn spacey sebelum aku berangkat pulang ke KL


Siapa2 ada anak kucing parsi yg nak didermakan, sila contact aku. Kami perlukan kucing yg boleh idup dlm sangkar sepanjang waktu kami pergi kerja.

Tuesday, March 10, 2009

Kisah Rasulullah S.A.W - Part 1

Just nak share dgn semua mengenai kisah2 Rasulullah S.A.W. yg merupakan Nabi junjungan kita yg sepatutnya menjadi contoh, tauladan dan idola setiap insan. Sehebat-hebat manusia yg pernah wujud di muka bumi ini. Kalau kamu rasa Mahathir itu dah hebat, Rasulullah S.A.W. jauh lebih hebat dan tidak layak utk diperbandingkan.

Kisah yg aku nak share ni dah lama dah aku pelajari dulu. Mungkin ada jugak di antara anda yg dah pun tahu. Cuma baru2 ini ada rakan yg mengingatkan kisah ini melalui kiriman email baru2 ini. Marilah sama2 kita mengikuti kisah tersebut utk dijadikan panduan menjalani kehidupan harian kita.

Pengemis Buta dan Rasulullah S.A.W.

Di sudut pasar Madinah ada seorang pengemis Yahudi buta yang setiap harinya selalu berkata kepada setiap orang yang mendekatinya, Wahai saudaraku, jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya maka kalian akan dipengaruhinya. Namun, setiap pagi Muhammad Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawakan makanan, dan tanpa berucap sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapkan makanan yang dibawanya kepada pengemis itu sedangkan pengemis itu tidak mengetahui bahwa yang menyuapinya itu adalah Rasulullah SAW. Rasulullah SAW melakukan hal ini setiap hari sampai beliau wafat. Setelah wafatnya Rasulullah SAW, tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu.

Suatu hari sahabat terdekat Rasulullah SAW yakni Abubakar RA berkunjung ke rumah anaknya Aisyah RA yang tidak lain tidak bukan merupakan isteri Rasulullah SAW dan beliau bertanya kepada anaknya itu, Anakku, adakah kebiasaan kekasihku yang belum aku kerjakan? Aisyah RA menjawab,Wahai ayah, engkau adalah seorang ahli sunnah dan hampir tidak ada satu kebiasaannya pun yang belum ayah lakukan kecuali satu saja. Apakah Itu?, tanya Abubakar RA. Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke ujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang ada disana, kata Aisyah RA.

Keesokan harinya Abubakar RA pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikan kepada pengemis itu. Abubakar RA mendatangi pengemis itu lalu memberikan makanan itu kepadanya. Ketika Abubakar RA mulai menyuapinya, sipengemis marah sambil menghardik, Siapakah kamu? Abubakar RA menjawab,Aku orang yang biasa (mendatangi engkau). Bukan! Engkau bukan orang yang biasa mendatangiku, bantah si pengemis buta itu. Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut, setelah itu ia berikan padaku, pengemis itu melanjutkan perkataannya. Abubakar RA tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, Aku memang bukan orang yang biasa datang padamu. Aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah Muhammad Rasulullah SAW. Seketika itu juga pengemis itu pun menangis mendengar penjelasan Abubakar RA, dan kemudian berkata, Benarkah demikian? Selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikitpun, ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia....

Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat di hadapan Abubakar RA saat itu juga dan sejak hari itu menjadi muslim.

Nah, wahai saudaraku, bisakah kita meneladani kemuliaan akhlaq Rasulullah SAW? Atau adakah setidaknya niatan untuk meneladani beliau? Beliau adalah ahsanul akhlaq, semulia-mulia akhlaq. Kalaupun tidak bisa kita meneladani beliau seratus persen, alangkah baiknya kita berusaha meneladani sedikit demi sedikit, kita mulai dari apa yang kita sanggup melakukannya.

Sunday, March 1, 2009

Majlis Jamuan Tengahari - Shaiful Rizal Sulaiman

Seperti yg diberitahu sebelum ini, sahabat lama kita, Shaiful Rizal Sulaiman telah mengadakan majlis jamuan tengahari di kediaman baru beliau di Vistaria Apartment, Tmn. Desamellinia, di Puchong Perdana. Disebabkan aku telah menangguhkan majlis perjumpaan kita yg kebetulan jatuh pada tarikh yg sama dgn majlis yg Shaiful Rizal anjurkan ini sebelum ini, maka aku & wife aku telah melapangkan masa yg ada utk menghadiri majlis tersebut.

Sebenarnya, sudah hampir 16 tahun aku dah tak jumpa dgn Shaiful Rizal nie. Sejak tamat sekolah rendah dahulu. Kalau dengar cerita pun, melalui Amin aje. Last sekali aku dgr pasal mamat nie masa dia nak kahwin dahulu. Kebetulan tarikh dia kahwin sama dengan tarikh Amin kahwin. Sebelum ini khabarnya dia bertugas di Kuala Kangsar. Dia baru sahaja berhijrah ke KL selepas mendirikan rumah tangga. Yg boleh dpt berhubung semula dgn dia nie adalah apb Amin yg kebetulan kini bertugas di Cyberjaya telah berjaya mencari jejak beliau yg turut sama bertugas di Cyberjaya.

Bagi yg tertanya-tanya macam manakah rupa dia sekarang, silalah lihat gambar di bawah nie. Boleh ingat tak dia masa sekolah rendah dulu?

Dari kiri, Shaiful Rizal Sulaiman dan aku yg sempat berposing ketika majlis berlangsung

Pd hari Sabtu yg lalu, aku & isteriku bertolak ke rumah beliau dari opis wife aku kira2 jam 12.30 tengahari. Walaupun majlis tersebut dijadualkan bermula jam 12.00 tengahari, tetapi aku dah mintak excuse awal2 sbb ada tugasan yg perlu wife aku selesaikan di pejabatnya terlebih dahulu.
Puchong Perdana tu bukanlah tempat asing bagi aku. Masa aku memulakan career aku di MSC dulu, kawasan tu adalah kawasan yg selalu aku pergi buat site survey. Jadi setakat nak cari lokasi rumah dia, tak menjadi masalah bagi aku, ditambahkan lagi apb sudah dibekalkan dgn peta ke lokasi majlis. Yg melewatkan ketibaan aku pd hari itu adalah keadaan jam yg berlaku di sepanjang Jalan Puchong. Maklumlah, hari cuti & org pun baru dpt gaji, maka ramailah manusia2 yg meluangkan masa ke pusat2 membeli-belah di IOI Mall & Giant, Bandar Puteri tu.
Kami tiba di lokasi majlis kira2 jam 1.00++ petang. Setibanya kami di dewan, para tetamu baru sahaja selesai membaca surah Yaa Siin. Sempatlah join menadah tangan memohon doa kpd yg Maha Esa. Selesai tuan Imam membaca doa, para tetamu pun mengambil juadah yg disediakan utk menjamu selera. Kebanyakkan tetamu yg hadir aku tak berapa kenal. Mungkin rakan2 U beliau atau rakan2 sekerja beliau yg ramai memeriahkan majlis tersebut. Kiranya aku ajelah yg mewakili rakan2 sekolah rendah dia dulu. Amin outstation, Bitah, husband dia outstation, si Izwan pula, dah ada appointment dgn contractor. Itulah antara sebabnya aku terpaksa menangguhkan perjumpaan kita ke 14hb March nanti dgn harapan lebih ramai jemputan yg boleh hadir pd majlis yg akan dianjurkan nanti.
Hajat aku hendak bersembang panjang lebar dgn Shaiful Rizal terpaksa dilupakan memandangkan beliau agak sibuk melayan para tetamu yg hadir & kiranya mmg agak tak sesuai pun nak cerita panjang pd majlis sebegini. So, aku harap beliau akan meluangkan masa utk menghadiri majlis yg akan aku anjurkan nanti supaya kita semua dpt berbual dgn lebih panjang memandangkan masing2 pun dah lama tak jumpa. Kami bertolak pulang kira2 jam 2.00++ petang memandangkan aku dah ada appointment dgn Izwan pd jam 4.30 ptg hari yg sama. Walaubagaimanapun, perjumpaan dgn Izwan terpaksa dibatalkan memandangkan contractor yg nak bikin rumah dia tu telah terlewat dtg. Latest news, Izwan nak jual Toyota Altis 1.8 dia sbb sekarang nie dia dah dpt company car. Siapa2 yg berminat, sila hubungi dia terus atau melalui aku pun boleh jugak. InsyaAllah, bila aku dpt gambar kereta dia tu nanti, aku akan publish utk ko org tgk.