Monday, January 24, 2011

Ziarah-Menziarahi...


Sabtu, 22hb Januari 2011... buat pertama kalinya, sahabat lama aku, Fakhzan & family menjejakkan kaki ke Aman Heigths... Kisah persahabatan aku dgn Fakhzan ni bersiri-siri ceritenye... Mula2... sama2 lapor diri dalam company... beberapa bulan kemudian.. aku tumpang rumah bujang dgn dia... beberapa tahun kemudian, dia sewa rumah aku pula... Sekarang, dia dah duduk rumah sendiri.. Selepas mereka berpindah.. agak jarang berjumpe sehinggalah pada hari Sabtu yg lalu... Last jumpa hari tu.. baru seorang aje.. tup2 dah dapat sepasang... Mcm biasa... bile2 ada mase.. dtglah lagi.. boleh bawa anak2 pergi swimming... Ape pun, thanks sbb sudi dtg... seronok jugak dpt borak2 sambil minum petang dgn sahabat lame...


Adam...


Azura with Adam...



Sessi minum petang...




Kakak with her mom..


.

Ahad, 23hb Jan 2011, seawal jam 7.30 pagi... aku bersama darlingku dan sepupunya Azura... berjalan-jalan sambil mendaki bukit di sepanjang jalan bersatu, Serdang Heights... Dengan udara pagi yg fresh sambil burung2 berkicauan... terasa nikmat dunia ini... alangkah ruginya sekian lama kami lepaskan peluang untuk menikmati suasana sebegini... patutlah selama hari ini ramai apek2 & nyonya2 jalankan aktiviti morning walk di kawasan ni... Selesai berjalan... kami bergerak ke pasar borong utk beli bahan2 for our lunch... belum sempat sampai rumah... seorang lagi tetamu kami... Mr. Rodin dari Seremban tiba di kediaman kami... Kami pun sambung bersenam di kolam renang pula...


.

Selesai di kolam, kaum wanita jalankan tugas di dapur sementara kaum adam pula duduk berborak sambil layan tv. Bila hidangan dah ready... kami pun belasah le juadah yg ade.. Alhamdulillah... Tak lama selepas itu, Rodin pun memohon diri...


Rodin in action...



Dua sepupu...






Lunch time..



.
Lebih kurang jam 3.00++ petang, kami pun memulakan perjalanan kami utk menziarah sepupu wife aku, Abg Nasir, di kediaman beliau di Kepong... Lebih 2 jam kami di sana... sempatlah berborak2 sambil menonton koleksi gambar2 yg sempat dirakam dari kamera milik Abg Nasir... Apa pun.. buat Abg Nasir, terima kasih utk minum petang dan peralatan2 kenduri yg dipinjamkan... Insya Allah, dah selesai nanti kami pulangkan...



Di kawasan rumah Abg. Nasir...



Yong & Angah..



Qistina dgn gaya sila panggungnye..



Me & Nabil... Lu pikirlah sendiri...






.

Thursday, January 20, 2011

Indahnya Islam - Part 1




Salah satu azam tahun baru aku adalah nak memperbanyakkan kerja2 dakwah... aku rasa, blog ni merupakan salah satu platform yang baik untuk aku implementkan azam aku tu... Rasanya, aku pun dah bersedia utk menghadapi segala musibah (ujian) yg bakal menimpa akibat daripada usaha memperjuangkan agama Allah... aku pernah dengar cerita drp ustaz berkenaan kata-kata seorang sahabat Rasulullah S.A.W. kpd menantunya supaya bersiap sedialah menghadapi ujian drp Allah apb kamu memperjuangkan agama Allah. Seorang lagi ustaz pernah berkata, kalau sesuatu perjuangan itu mudah, itu bukanlah jalan perjuangan yang betul sbb memperjuangkan kebenaran pasti akan melalui pelbagai ujian dan rintangan. Kata-kata ini amatlah bertepatan jika kita mengkaji semula sejarah perjuangan Islam... Para Nabi dan para Khalifah juga turut ditimpa pelbagai ujian yang cukup hebat dan dahsyat dalam usaha mereka menegakkan agama Allah...

.
Allah S.W.T. berfirman yang maksudnya:


"Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa dan hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar. (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali." Mereka itulah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNya." (Al-Baqarah: 155-157)


.
Dah lebih 30 tahun aku hidup dalam dunia ini... setiap hari aku akan terfikir, mencari dan terus mengkaji... apa sebenarnya tujuan aku dihantar ke muka bumi ini... Adakah kerana wang & harta? kerana kerjaya? kerana Melayu (Bangsa)? kerana keluarga? atau kerana nama?.... Sedarkah para sahabat semua... kebanyakkan orang pada hari ini telah menjadikan perkara-perkara yg aku sebutkan tadi sebagai matlamat utama dalam kehidupan harian mereka... Alangkah sia-sianya jika mereka mati disebabkan harta, kerjaya, bangsa, keluarga dan nama... Dapatkah mereka menjawab soalan-soalan Malaikat di dalam kubur sekiranya perkara-perkara tadi menjadi asas perjuangan hidup mereka???


.
Purata jangka hayat manusia pada hari ini adalah sekitar 70 - 90 tahun sahaja... Selepas alam dunia, kita akan dipindahkan ke alam kubur dan seterusnya ke alam Akhirat... sedarkah para sahabat semua bahawa tempoh kita berada di alam kubur adalah jauh lebih lama daripada tempoh kita berada di muka bumi ini... ya.. tempohnya adalah dari hari kita dikebumikan sehinggalah hari kita dibangunkan semula di padang mahsyar... sekiranya asas perjuangan hidup kita di dunia ini berada dilandasan yang betul maka baiklah kehidupan kita di alam kubur nanti dan sebaliknya, jika kita terus hanyut dgn hasutan Syaitan yang sentiasa berada di dalam jiwa untuk menyesatkan kita, maka kita akan terus diseksa sepanjang hayat kita di alam kubur nanti... Bukan setakat itu sahaja... di alam Akhirat nanti... jika alam kubur kita baik, maka alam Akhirat kita juga akan turut baik selama-lamanya dan sebaliknya, jika di alam kubur kita diseksa.. maka di alam akhirat, kita akan kekal diseksa di Neraka selama-lamanya....


.
Marilah kita sentiasa muhasabah diri kita dan renungkanlah... apakah asas perjuangan hidup kita selama ini agar kita tidak terus hanyut dengan hasutan Syaitan yang telah berjanji dgn Allah S.W.T. untuk memperbanyakkan penghuni Neraka.... Ingatlah.. Hidayah Allah takkan datang sendiri... kita perlu mencari dan memohon daripadaNya...


.

Saturday, January 15, 2011

Happy Birthday...




Hajat aku nak update blog ni lebih awal tidak kesampaian apb telah dijangkiti virus demam selesema awal minggu lalu... Alhamdulillah, dah semakin pulih... dah boleh main badminton pun pagi nie...


.
Sabtu, 8hb Januari 2011, sebelah pagi, gelanggang badminton di kediaman kami kembali bergegar... Mulanya aku dah patah semangat nak organize game utk rakan2 yg kucin(g)tai(k)... mujurlah ada 3 rakan aku, Saiful, Izwan & Azmer telah sudi menyelamatkan keadaan dan sedia memberi komitmen utk teruskan game seperti biasa... Selesai game, aku pun bersiap-siap ke pejabat... awal tahun 2011 nie... banyak pula kerje yang perlu diselesaikan... Dari pejabat, kira-kira jam 5.00++ petang, kami pun bertolak ke Banting utk organize birthday party buat cousin aku, Shakira... Restoran yg menjadi pilihan... Juvita Seafood Restaurant yang terletak di sebelah kanan jalan utama dari Banting ke PD. Seperti biasa.. makan dkt Juvita ni mmg best... Dah le sedap.. harganye pun berpatutan.. Buat Shakira, Selamat Hari Jadi, semoga panjang umur & dimurahkan rezeki...













Ahad, 9hb Jan 2011, seawal jam 7.00 pagi aku dah terpacak dkt pejabat... sambung kerje yg tak sempat aku selesaikan semalam... kira2 jam 1.00 ptg, kami berdua berangkat ke majlis perkahwinan rakan opis aku, Mona, di kediaman keluarganya di Shah Alam... setibanya di kawasan rumah pengantin... punye le ramainye manusia... nak parking pun susah.. mujurlah ada rezeki dapat parking dkt dgn rumah pengantin... tak le teruk nak menapak... bila tiba di khemah majlis... orang beratur nak makan.. udah macam beratur nak beli tiket wayang hantu kak limah... nak duduk.. meja kosong pun tak ade.. udahnye... cari syed bistro ajelah... buat Mona, Selamat Pengantin Baru...
.

Saturday, January 1, 2011

2011...


Good bye 2010 & Welcome 2011... Tahun baru... Azam baru... Insya Allah... 2011 ni aku berazam utk lebih maju dan berjaya dlm career, business & ekonomi... aku juga berazam utk lebih beriman & bertaqwa.. perbanyakkan ibadat dan usaha dakwah... Nak menuntut lebih banyak ilmu melalui pembacaan dan majlis-majlis ilmu... Nak lebih diberkati... Al-maklumlah.. kita kini berada di fasa keempat umat akhir zaman... perlu banyak persediaan duniawi & ukhrawi... kalau tak.. apa nak jawab masa dlm kubur dan hari akhirat nanti.... Apa-apapun... sama2lah doakan agar apa yg aku azamkan ini akan tercapai... kita hanya mampu merancang & berusaha... Allah juga yg menentukan segalanya... Happy new year to all....
.