Sunday, September 30, 2012

End of Syawal 2012


Penghujung Syawal... kebiasaanya, warga kota akan sibuk dengan majlis rumah terbuka Hari Raya... Biasanya, kami pun mcm tu jugak... cuma tahun ini... mood kami agak lain sikit, tak ada semangat nak organize open house mahupun attend open house... maybe sbb tahun ini buat pertama kalinya kami tak beraya di kampung pd 1 Syawal... Walaupun begitu, kami masih sempat memenuhi undangan perkahwinan dan meluangkan masa menziarah kediaman yang dikategorikan sebagai wajib...

Sabtu, 8 September 2012... kami sempat memenuhi hajat bapa aku utk menghadiri majlis perkahwinan anak best friend beliau (Uncle Mat) di Kampung Pengantin, Setapak. Turut hadir bersama-sama kami adalah Abg Hussein yg kebetulan sedang bercuti setelah hampir setahun berada di Bosnia. Semasa di majlis, kami sempat bertemu dengan Abg Majid... Hajat nak bertemu Uncle Halim & geng gagak itam di majlis tersebut tidak kesampaian sbb deme tiba agak lewat sedangkan kami pula tiba agak terlalu awal...
  







Selesai di majlis perkahwinan, perjalanan kami diteruskan ke Setapak Garden utk membawa parentku menziarah abang sulung bapaku (Uncle Basir) di kediaman beliau. Turut bersama menjayakan program ziarah kami adalah Abg Hussein & Abg Majid.

  
Dari Setapak, kami kembali ke Damansara... Di sinilah kami berkesempatan bertemu dengan Uncle Halim & family yang sepatutnya kami temui sewaktu kenduri. Beberapa jam kami berborak di sana, kami meneruskan lagi perjalanan ziarah kami... destinasi seterusnya sepatutnya Kajang... memandangkan keadaan traffic yang agak sesak ditambahkan lagi dengan kegagalan menghubungi tuan rumah yang hendak kami ziarah, maka, road tour ke Kajang terpaksa dibatalkan.




Sebelah malamnya pula, kediaman kami menerima kunjungan Shakira & Azmer yg kebetulan menghadiri jemputan rumah terbuka rakan mereka di Kajang... Thanks for the Satay Kajang... lama jugak aku tak makan Satay Kajang walaupun kami selalu jugak ke Kajang... Turut hadir bersama malam tu adalah Adin yang sepatutnya menyertai kami dalam siri ziarah sedare mare di Kajang... Hajat di hati, malam tu ingat nak jalan2 ke Downtown The Mines... memandangkan kami dah terlalu keletihan... kira boleh lupakan ajelah niat murni tu...





Keesokan harinya, Ahad, 9 September 2012... kami meneruskan lagi program ziarah sedare mare yang turut disertai oleh Adin. Destinasi pagi tu... kediaman abang sulung mak aku (Ayah Yeop) di Subang Bestari. Bila dah sampai umah Ayah Yeop... macam2 le deme hidang... sampai tak larat kami nak makan... Selain drp ziarah raya, tujuan kami ke rumah Ayah Yeop ni juga adalah utk menziarah Opah si Khairul yg dah semakin uzur dan Ayah Yeop sendiri yang khabarnya dah semakin kabur penglihatannya. Apa2pun, doakanlah yang terbaik untuk mereka... Amin...

Hajat Ayahanda & Bondaku utk pulang ke Tepen petang tu terpaksa di halang memandangkan ayahandaku asyik pening & muntah2 sejak pagi tu.. Katanya pening sebab naik kereta... Alhamdulillah, tak adele sakit apa2.. cuma kena baring ajelah... Mereka berdua hanya dibenarkan pulang keesokan harinya selepas keadaan ayahandaku dah benar-benar stabil.





Minggu seterusnya... Sabtu, 15 September 2012... ramai yg dok pulun nak buat open house memandangkan dah masuk hari2 terakhir Syawal.... Turut mengadakan open house, Surau Al-Faizun yang menjadi qariah rasmi kami... Aku & darlingku sempat meluangkan masa bagi memenuhi jemputan tersebut kerana ianya merupakan waktu terbaik utk kami beramah mesra bersama ahli2 qariah Bukit Serdang.





Sebelah petang hari yang sama... kami berkesempatan ke showroom VW di Tesco Cheras utk test drive model terbaru beetle. VW beetle 2012, dengan enjin 1.2 TSI... berjaya memperbaiki kelemahan yang ada pada model beetle terdahulu. Berkongsi enjin yang sama dengan polo... performance sememangnya tidak mengecewakan... ruang dalamnya jugak agak luas jika dibanding kereta dua pintu yang lain... Harganya pula.. hampir RM150k... boleh dianggap berpatutan utk kereta unik seperti ini.. Khabarnya.. VW akan membawa masuk model 2.0 tak lama lagi... entah macam mana le pulak dia punye pergi nanti.. yg 1.2 ni pun dah kira laju ni...







Ahad, 16 September 2012... Hari Malaysia... kami meneruskan road tour kami ke Kajang... Hajat dihati nak attack 3 rumah... hanya satu rumah aje yg dpt kami beraya memandangkan Wan Mah aku tak ada di rumah & si Mat pulak khabarnya outstation ke Sabah.. rumah yg sempat kami kunjungi hari tu adalah kediaman best friend ibu mertuaku... primadona veteran merangkap producer... Sharifah Aminah yang lebih mesra dengan panggilan Mak Long... Sejam lebih jugak kami lepak di rumah beliau.. al-maklumlah.. dekat setahun jugak tak jumpe.. mcm jauh sangat le pulak... Sabo ajelah... 



Hajat kami nak beraya di rumah Wan Mah tetap diteruskan walaupun dah masuk bulan Zulkaedah... Sabtu, 22 Sepember 2012, akhirnya kami sempat jugak bertandang ke rumah Wan Mah bersama-sama Adin, Anis & Mia Zulaika... Kami tiba di kediaman Wan Mah kira2 jam 6 petang... tapi si Adin tak muncul2 le pulak.. rupa2nya di stuck dkt kedai... tengah beli Satay Kajang... Di kediaman Wan Mah.. kami semua sibuk melayan si Mia yg merupakan anak pertama Adin... Kira pertama kali ni kami semua dpt bertemu dgn si Mia... Selain drp Satay Kajang.. Wan Mah sempat jugak goreng mi dkt kita org.. berulang2 jugak aku tambah.. sebabnye satu aje.. sedap le... apa lagi... 





 
 
Sebelah malamnya pula, sepupu merangkap sahabat karib darlingku berkunjung ke kediaman kami. Kehadiran Azura kali ini tidak disertai oleh Soleh yg khabar masih sibuk berkerja... Keesokan paginya kami bertiga memenuhi jemputan majlis kenduri doa selamat sahabat lama deme, Hajar di Kajang... Actually bukan open house Raya... memandangkan Raya hari tu tak jumpa.. kira kunjungan Raya le jugak...


 
Promosi... sesiapa yang nak join majlis Qurban yang akan diadakan di Kampung Boyan Tepen... boleh bincang2 dgn gua... Kabonye.. satu bahagian dlm RM350.00. Gua pun kirim dkt org sana je... Insya Allah, kalau ada kesempatan... boleh le turun majlis Qurban tu nanti.

Sunday, September 23, 2012

Aidilfitri 2012 - Taiping

 
Diari Aidilfitri kami di Taiping hanya dapat dimulakan pada 22 Ogos 2012 (Raya Keempat)... Alhamdulillah, kami selamat tiba di Tepen kira2 jam 10.00++ malam. Selepas drop Koko & bermaaf-maafan di kediaman Kg. Boyan, kami terus bergerak ke kediaman parent aku di Kota Jaya utk bermaaf-maafan di sana...
 
Keesokan paginya, kami memulakan rutin Aidilfitri yg patut kami lakukan pada 1 Syawal... Beraya di kediaman Opah & kediaman WanNor (parent Mat). Mujurle banyak lagi kuih Raya... Tapi my favorite Ayam Masak Merah dkt umah Opah dah tak adele... Si Adin & sepupu2 lain dah buat keroje di Raye Pertame yang lalu...  Dari kediaman WanNor, kami terus bergerak ke kediaman parent aku sebab nak tunggu deme bersiap utk sama-sama ke majlis perkahwinan Ahmad (anak Uncle Mail) dgn gadis pilihannye...







 
Selesai di kediaman Uncle Mail, kami meneruskan road tour Aidilfitri kami ke kediaman Mak Sedare darlingku di Gunung Semanggul dan Bukit Mertajam... Bagi mengelak kesesakan lalulintas.. kami menghabiskan masa sehingga ke waktu malam di Bukit Mertajam. Di Bukit Mertajam, pengantin baru kita, Azura & Solleh sempat belanja kami dinner di tempat yang agak istimewa iaitu restoran Puncak Mutiara Cafe, Kg. Pelet, Bukit Mertajam. Apa lagi.. belasah kambing le gua malam tu... Restoran ni sebenarnya terletak tidak jauh daripada kediaman keluarga Solleh yang merupakan anak jati Kg. Pelet. To Azura & Solleh , Thanks for the dinner.





 
 
Jumaat, 24 Ogos 2012... Road Tour Aidilfitri diteruskan ke Ipoh... Banyak jugak check point yg nak kami singgah di Ipoh ni... Kediaman pertama, rumah Pak Su & Mak Su aku di Jelapang... Dkt sini, apa lagi... cite pasal kereta le... Actually, aku & Pak Su aku ni berkongsi minat yg sama... cuma dia lagi power le sbb garage dia dah dipenuhi dengan kereta2 antik kegemaran dia... Antara koleksi yg dah beliau miliki, VW Beetle, VW Combi, Toyota GL and a few other cars.


 
Dari kediaman Pak Su, perjalanan diteruskan ke kediaman WanYang (Mak Sedareku) di Gunung Rapat. Semasa di sana, Kak Ani & anak2nya masih ada lagi. Cuma Abg Har aje yang dah pulang ke KL pada hari sebelumnye... Selesai beraya... kami teruskan perjalanan ke kediaman Aunty Zah di Taman Taufik, Ipoh... sementara parent aku lepak di kediaman Aunty Zah, aku & darlingku sempat lari ke Greentown utk memenuhi temujanji dgn member lama aku, Fitri, di Restoran Vanggey, cawangan Greentown.
 
Sedikit kisah ttg Restoran Vanggey ni... sewaktu kecil dahulu... dah jadi kewajipan utk kami beli daging masak merahnya dari restoran ini setiap kali kami pulang ke rumah Atok aku di Greentown. Pada asalnya, restoran ni hanya ada di Jalan Yang Kalsom, Ipoh... telah dibuka sejak dari tahun 1955 lagi. Kini, mereka sudah melebarkan sayap dengan membuka beberapa buah cawangan termasuklah di Greentown yang terletak tidak jauh daripada bekas tapak kediaman Atok aku dahulu... Yg kelakarnye.. aku baru tahu..hahahaha... Nampak sangat lama beno tak balik ke Ipoh ye...
 
Sekembalinya ke kediaman Aunty Zah, kami teruskan perjalanan kami ke Tanjung Tualang utk menziarah tunang adik aku yg baru aje terlibat dengan kemalangan pada Hari Raya Kedua yang lalu. Alhamdulillah, si Man ni sihat aje...
 


 

 
 
Kembali di Tepen, kami bergerak ke kediaman Pak Cik aku di Kota Jaya yg juga merupakan keidaman wajib utk kami ziarah di Hari Raya. Lebih kurang 1/2 jam di sana, kami bergegas pulang ke Kampung Boyan sbb dah tiba giliran kami utk menerima kunjungan tetamu pula. Petang tu, sahabat lama aku, Saiful Rizal bersama isteri & puterinya sempat melapangkan masa utk menziarah kami di Kg. Boyan. Sebelah malamnye pula, kami mengadakan kunjungan balas ke kediaman parent Saiful bersama-sama seorang lagi member kami, Kumi. Malam tu, Chef kita ni sendiri masak Kueytiaw utk kita... Dpt juga merasa masakan dia ye... Kalau tak kena bayar hhehehe...
 
 
 
 
 
Dari kediaman parent Saiful Rizal, kami terus ke kediaman baru Abg Pak Li... baru le sempat nak beraya dengan deme... maklumlah, deme dah start keroje.. Di sana, Kak T masak bihun le pulak... naik sendat perut kami... Udah dua hari asyik makan aje...
 
 
 
Road Tour Aidilfitri kami diteruskan lagi pada Sabtu, 25 Ogos 2012... Destinasi kali ini, kediaman sedare mare darlingku di Teluk Intan & Seri Manjung Perak... Kami memulakan perjalan di awal pagi bagi mengelak kesesakan lalulintas. Sempat breakfast di sebuah gerai kampung semasa di Beruas. Hmm...mmg sedap roti canainye... Alhamdulillah, lalulintas lancar cuma perjalanan kami banyak tergendala disebabkan masalah perut aku akibat terlalu banyak makan. Walaupun berlaku kesesatan sedikit akibat salah direction drp Dilah, Alhamdulillah, kami selamat juga tiba di kediaman keluarganya dan sempat lunch bersama-sama. Selepas beberapa jam lepak di kediaman keluarga Dilah, perjalanan diteruskan ke kediaman ibu saudara Dilah di Sri Manjung sebelum kami meneruskan perjalanan utk pulang ke Tepen.
 
 
 
 
 
Ahad, 26 Ogos 2012, pagi tu kami kembali ke Gunung Semanggol beramai-ramai utk menziarah pusara keluarga ibu mertuaku. Sewaktu di pusara, abg iparku menerima panggilan berita kematian salah seorang sahabatnya di Kg. Pak Darus, Taiping. Kami terus ke kediaman keluarga Arwah bagi meziarah jenazah dan ahli keluarganya. Dari sana, kami terus ke Restoran Prison Corner utk menikmati juadah makan tengahari kami di sana.
 
 
 
 
 
 
 
Sebelah malamnya, kami berkunjung pula ke kediaman Abg Faiz utk berhari raya di sana. Kira macam penutup Road Tour Raya kami le sbb fokus hari2 seterusnya akan dihabiskan bersama anak2 buah kami di sana.
 
 
 
 
 

Isnin, 27 Ogos 2012... tibalah waktu utk aku memujuk si D'boy yang dah beberapa hari merajuk dgn aku... Mamat ni bengang sbb kali ni aku x kasi dia hadiah mcm biasa...  Bagi duit raya dkt dia... dia x nak... dia nak mainan jugak... silap aku le jugak.. aku yg dah terbiasakan dia mcm tu.. Dlm proses nak ubah le ni... bagi menenangkannya, kami bawale bebudak ni ke Giant Tepen kasi main games yg ada di sana.... Pulang aje dari Giant, sempat singgah ke kediamanWanYah (parent Adin) yg juga terletak di Kg. Boyan.  Sebenarnye mmg lama dah nak singgah, tapi timing aje selalu x kena... sabo jelah..
 
 
 
 
 
Sebelah malam, waktu utk anak2 buah darlingku pula... kami sempat bawa budak ni layan rollerblade di Taiping Sentral. Actually, rollerblade ni memang game aku tahun 1994-1996 dulu... Dah lebih 15 tahun tak layan game ni... gayat jugak rasanye.... yg lagi tak puas hati tu... semua skill dah hilang... jalan mcm biasa ajelah... nak explore balik skill2 tu, rasa dah tak berani pulak... al-maklumlah, tulang kita pun tak le kuat mcm 15 tahun yg lalu, so... tak berani nak ambil risiko walaupun terbakar aje hati ni melihat skill2 yg ditunjukkan oleh si Amin...
 
 

 
 
Khamis, 30 Ogos 2012... hari ulang tahun kelahiran aku yang ke 32... istimewanya kali ini, kami berada di kampung halaman utk meraikannya bersama keluarga. Tengahari tu, kami open table KFC di kediaman parentku... sebelah malamnya, sekali lagi open table KFC bersama keluarga mertuaku di kediaman Kampung Boyan. Selesai majlis malam tu, kami sempat shot satu unplugged song bersama Amin & Abg Faez... lagu Semalam Yang Hangat drp Wings. Sayangnye, x dpt nak upload sbb technical problem....


 
 
 
 
 
 
Jumaat, 31 Ogos 2012... hari ulang tahun kemerdekaan Malaysia...  Selesai Solat Jumaat, kami beramai-ramai bergerak ke kediaman sahabat lama kami, Japri... turut hadir bersama, Kumi & family + Mat & family. Biasanya, rumah Jap akan dikunjung oleh kami pd Hari Raya Pertama... memandangkan ramai yg tak balik Raya tahun ni... kunjungan ini terpaksa di tunda ke Hari Merdeka...
 
 
 
 
 
 
 
Sebelah malam, kami merima berita sedih berkenaan pemergian ayah kepada sahabat kami, Apai. Walaupun tak sempat utk kami bertemu dengan Apai yg masih dalam perjalanan pulang pada ketika itu, aku & Mat sempat menziarah jenazah dan ahli keluarga Apai. Semoga Arwah akan ditempat bersama orang-orang yang beriman. Al-Fatihah...
 
Antara perkara-perkara yang sempat kami lakukan sebelum berangkat pulang ke ibu kota... morning walk di Lake Garden Tepen & breakfast di gerai Kak Saira di Taman Kaya. Mmg dari KL lagi dah plan... Last minute, sempatle jugak kami melaksanakannya.
 
 
 
 
 
 
 
Kami berangkat pulang ke KL pada pagi Sabtu, 1 Sept 2012 sbb nak elak jam & bagi mewakili parent aku utk memenuhi jemputan kenduri di Cheras. Alhamdulillah, selamat tiba di Damansara seawal 10.00++ pagi. Raya Haji... tak tau lagi nak raya dkt mana ye.... Sabo ajelah....