Friday, October 26, 2012

1st Day of Retirement

 
1st day of retirement... bunyi macam gempaq aje... tapi terasa jugak le nikmatnye... selepas 12 tahun aku berkerja... inilah kali pertama aku rasa benar2 bebas... x ada komitment kerje... tapi utk sementara aje...
 
Persaraan sementara aku ni telah bermula sejak 23hb Oktober 2012 (Selasa) yang lalu. Pagi tu, aku ditemani oleh darlingku yang kebetulan shift tengah malam... Awal pagi, kami ke Kg. Pandan bagi menguruskan urusan keluarga... Dari Kg. Pandan, perjalanan diteruskan ke AmCorp Mall... shopping diwaktu org lain tengah berkerja... rasa macam shopping complex tu ana yang punya daa... Jam 12.30 tengahari.. kami bergerak ke Glenmarie bagi memenuhi jemputan rakan2 pejabat lamaku.. Tengahari tu, sekali lagi kami lunch di Glenmarie Golf & Country Club utk unofficial farewell yang ke berapa entah... aku pun dah tak terkira daa...
 
Antara rakan2 yang sudi meluangkan masa bagi menjayakan event hari tu... Eric, Fahmi, Vila, Mia, Farah  & Ida... Buat rakan2 sekalian... terima kasih & selamat meneruskan perjuangan yee...
 
Dikesempatan ini juga, kami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua rakan2 dan kenalan... Maaf Zahir & Batin...
 
 
 
 
 
 

Tuesday, October 23, 2012

My Last Day in Glenmarie


Isnin, 22 Oktober 2012... hari terakhir aku berkhidmat di syarikat korporat terkemuka Malaysia yang beroperasi di Glenmarie Shah Alam. Setelah hampir 1 tahun aku berkhidmat di sini (15 Nov 2011 - 31 Oct 2012), banyak pengalaman dan pengajaran yang telah aku perolehi walaupun dalam tempoh yang agak singkat. Insya Allah, semuanya itu pasti akan membantu aku untuk menjadi lebih baik dan cemerlang dalam kerjaya khususnya dalam bidang Human Capital.
 
Hari terakhir... selain daripada membersihkan folder di email & my documents... masa aku banyak dihabiskan untuk melawat rakan-rakan di setiap division yang ada dalam syarikat. Sebagai antara individu yang banyak berurusan dengan division2 lain ni.. program road tour aku sebenarnya dah dimulakan sejak dari hari Jumaat lagi.. Alhamdulillah... aku sempat melawat semua org yang selalu berurusan dengan aku.... dari Head of Divisions sehinggalah ke mak cik cleaner... Aku juga sempat bergambar kenangan dengan rakan2 di Human Capital... Sekali lagi.. aku ingin memohon maaf sekiranya ada membuat kesalahan sepanjang tempoh perkhidmatan di sana. Insya Allah, bila2 ada kelapangan, aku pasti akan datang melawat kalian di sana nanti.. Selamat Hari Raya AidilAdha... Maaf Zahir & Batin...

Masih menerima panggilan pada hari terakhir..
 
Bersama Izzrul...
 
Rizmar Faiz & me..
 
Dari kiri, Faiz, Izzrul & Nizam
 
Team Health Safety & Environment.. Faiz, Shafiq & Amalina
 
Dari kiri, Abi, Shafiq & Bob
 
 
Bersama Adhwa & Eizla
 
Dari kiri, Kak Raja, Ida, Kak Lela, Farah, Bob & Mia
 
Wakil Finance (En. Anuari) & Bob
 
Reruitment Team, Dari kiri, Kak Ham, Vila, Farah & Mia
 
Training & Devt. Hardly & Imran
 
Geng TTDI... Gua bersama Imran...
 
Dari kiri, Hardly, Imran, Kak Harina, Izzrul & Fifi
 
Adhwa turut bersama geng Training & Devt.


Sunday, October 21, 2012

Farewell @ GGCC

 
Terima kasih diucapkan kepada semua rakan-rakan yang sudi meluangkan masa bagi menjayakan majlis perpisahan buat aku sepanjang minggu yang lalu... Sebenarnya sepanjang minggu tersebut aku terpaksa melaggar rutin diet aku bagi memenuhi jemputan lunch & dinner bersama rakan2... Sesi terbesar telah berlangsung pada tengahari 18 Okt 2012 (Khamis) di Cafe Glenmarie Golf & Country Club. Orang yg bertanggungjawab organize sesi berkenaan adalah x boss aku (Marliza) & Kak Ham yang turut melibatkan rakan2 di HC Operations & Development + Health Safety & Environment... Turut termasuk dalam agenda... majlis ulang tahun Kak Raziah yg telah dirahsiakan ulang tahun ke berapa?
 
Isnin, 22 Oktober 2012 adalah merupakan hari terakhir aku berkhidmat di syarikat Koprat terkemuka di Glenmarie ni. Setelah hampir setahun aku menimba pengalaman di sini, tibalah masanya untuk aku meneruskan perjalanan careerku ke syarikat koprat yang lain demi mencapai visi kerjaya dalam bidang Human Capital. Pengalaman di syarikat ini sudah semestinya telah banyak memberi pengajaran kepada aku untuk menjadi insan yang lebih cemerlang di masa yang akan datang. Dikesempatan ini, aku ingin memohon maaf kepada semua rakan2 sekiranya ada membuat sebarang kesalahan di sepanjang tempoh perkhidmatan ku di sana. Terima kasih atas segala tunjuk ajar dan ilmu yang sempat dikongsikan. Keep in touch...

 
Akma & Kak Ham
 
Bersama Hardly
 
Kak Harina & Lin
 
Fifi & Adhwa
 
Kak Ani
 
 
 
 
 
 
 

Sunday, October 14, 2012

Gotong Royong Menjelang Aidil Adha 2012


Ahad, 7  Oktober 2012.. aku berkesempatan meluangkan masa untuk bersama-sama para jemaah surau Al-Faizun bergotong-royong membersihkan kawasan yang akan digunakan untuk majlis Qurban pada Aidil Adha tidak lama lagi. Actually, kawasan tersebut sebelum ini telah digunakan bertahun-tahun lamanya untuk majlis berkenaan kecuali pada tahun 2011 dimana pada ketika itu, kawasan ini telah diclearkan untuk satu projek yang tak menjadi. Kesudahannya, kawasan ini telah dibiarkan begitu sahaja sehingga menjadi hutan yang jauh lebih teruk... Aktiviti Qurban pada tahun lepas juga terpaksa dibatalkan kerana tiada kawasan... Alhamdulillah, pada tahun ini, pihak surau kembali menganjurkan majls Qurban dan para jemaah bersetuju untuk bersama-sama turun membersihkan kawasan hutan berkenaan yang akan berlangsung dalam 3 siri (setiap pagi Ahad).
 
Jumaat, 12 Oktober 2012... buat pertama kalinya aku mc selepas beberapa tahun tak menikmatinya... Demam Selesema... Alhamdulillah, still boleh bangun lagi... cuti hari Jumaat ni best le jugak... dpt luangkan masa utk persiapan Solat Jumaat. Mula le aku terpikir... apahal le kita still lagi cuti hari Ahad... Org British dulu kasi cuti hari Ahad sbb deme nak gi gereja.. yg kita kononnye dah lebih 50 tahun merdeka ni still ikut deme ape ke haenye...
 
Sabtu... 13 Oktober 2012, sessi badminton terpaksa dibatalkan pada saat terakhir.. rupanye ramai yg tak dapat turun.. cuma aku aje yang tak buka email... sabo ajelah... udahnye, aku on badminton dgn darling aje... tak puas exercise... aku yg masih 50-50 demam, angkat basikal racing kasi round dkt area section 5 Bukit Serdang. Bagi yg dah biasa sampai sini... deme tahu le bertapa tingginye bukit ni... nak mengayuh basikal.. bukannye senang... aku yang berangan hampir berjaya buat satu pusingan... sampai aje depan rumah Dato' Aziz Singah.. aku dah give up... udahnye aku turun & tolak basikal sambil mendaki hingga ke puncak... sampai aje puncak... aku rasa nak pitam... tengah2 jalan tu aku duduk & call darlingku... Dekat 15 minit jugak aku ambil masa utk normalkan keadaan aku. Udahnye, aku drive kereta & darling aku yg kayuh basikal pulang ke rumah.. Mujur dah dekat nak sampai rumah... Harapkan aku nak kayuh... alamat sampai ke hospital le jawabnya... Masa petangku dihabiskan untuk caj semula tenaga... moral of the story... kalau dah sakit tu.. jangan berangan nak exercise ye....
 







Saturday, October 13, 2012

Tetamu dari Utara...

 
Ahad, 7 October 2012... kediaman kami menerima 2 tetamu dari utara. Tetamu pertama tiba lebih kurang jam 11 pagi manakala tetamu kedua tiba kira2 selepas waktu Zohor. Tetamu pertama, Azura bersama suaminya Soleh dari Bukit Mertajam. Yang sebenarnya, dah hampir sebulan si Soleh ni berada di Shah Alam disebabkan tugasan rasmi beliau. Bila weekend aje... si Azura pun turun le KL nak mengadap suami tercinta... Tetamu kedua pula, parent Azmer yang baru aje pulang menghadiri majlis perkahwinan di Pahang bersama Azmer & Shakira. Ini adalah kali kedua parent Azmer berkunjung ke Aman Heights... Insya Allah, bila ada kesempatan nanti, kami akan adakan kunjungan balas ke kediaman mereka di Alor Setar...  Nawaitu tu memang ada.. cuma tarikh aje tak confirm lagi.. sabo ajelah...

Saturday, October 6, 2012

Watak-watak Nostalgia...


Kebelakangan ini, aku sering aje bertemu dengan karektor-karektor yang dapat mengimbau kenangan masa silam aku... Bermula drp pertemuan dengan seorang sahabat yang berkhidmat sebagai salah seorang Chef di Duduk Cafe, Damansara Jaya. Sewaktu di zaman sekolah dahulu... salah satu kegemaran aku ialah mengajak member2 terdekat lepak kat rumah sambil menjamu selera bersama... Disitulah timbulnya minat nak memasak.... Minat ini turut dikongsi oleh sahabat aku ini... Minat aku dalam dunia masakan ni tak adalah sampai ke mana sebab tak betul2 berguru pun... Tak macam sahabat aku ini yang dapat dorongan dan galakan drp gurunya yakni bondanya sendiri... Akhirnya, memasak telah dijadikan kariernya pada hari ini.... Rakan yang dimaksudkan ialah Saiful Rizal Amiruddin. Khamis, 27 September 2012... Selesai aje menunaikan Solat Maghrib di Masjid Mujahidin, Damansara... aku dan darling sempat meluangkan masa untuk menikmati makan malam di Duduk Cafe cawangan Damansara Jaya. Sebenarnya memang saje nak menziarah sahabat kita ni. Memandangkan Western Food adalah kepakaran beliau, maka lamb chop dijadikan menu pilihan aku malam tu. Kalau member2 nak turun lepak malam2 (weekdays) dekat situ, roger2 le gua... Insya Allah, gua boleh turun sekali... 






Karektor seterusnya... pertemuan dengan Abg Mi (sepupu gua) di Aman Heights pada hari Sabtu, 29 September 2012... Kehadiran Abg Mi di Aman Heights yang turut ditemani oleh anaknya Shukran adalah bertujuan bagi menghantar basikal yang kami beli daripadanya... Beliau kini telah melibatkan diri dengan seriusnya dalam aktiviti sukan berbasikal (Mountain Bike). Siap masuk tournament satu Malaysia lagi... Tujuan kami beli basikal, tak adalah sampai ke situ.. saja nak exercise dkt kawasan umah aje.. Ini merupakan kali pertama Abg Mi berkunjung ke kediaman kami... sejak dah dewasa ni, jarang jugaklah kami berjumpa... kali terakhir adalah sewaktu perkahwinan Adin & Anis... Berbeza dengan zaman sekolah dahulu.. ketika Abg Mi masih bujang... beliau suka menghabiskan masa terluang utk pulang ke kampung... Bila dia balik Kampung... aku & Mat le yang selalu menemani beliau ronda2 dkt Tepen... Beliau kini dah sattle down dkt Teluk Intan.. memandangkan aku ni jarang ke Teluk Intan... maka tu yg lama jugak tak jumpe... Kalau balik kampung pun, timing tak same... Abg Mi ni adalah salah satu watak yg banyak mempengaruhi kehidupan aku... Macam mana aku boleh terjebak main muzik (gitar & keyboard) malahan sambung belajar ke peringkat U pun sebenarnya atas contoh dan tauladan yang ditunjukan oleh beliau jugak... Lepas lepak dkt rumah & jalan2 di Club House, selesai aje Solat Maghrib, Abg Mi mengundurkan diri sbb nak ke Bangi katanya... Pelawaan kami agar mereka bermalam aje di Aman Heights terpaksa ditolak memandangkan beliau ada urusan lain keesokan paginya di Teluk Intan. Tak apelah... bila2 free, bawaklah satu family turun sini... macam2 aktiviti kita boleh buat dkt sini nanti..














Ahad, 30 September 2012, pagi tu aku & darling sempat melayan basikal yang baru aje kami beli drp Abg Mi tu... Sekali lagi mengimbau kenangan zaman remaja aku... Dulu, aku ada sebuah basikal racing model Raleigh yang menjadi pengangkutan utama aku dari Tingkatan 2 hingga ke Tingkatan 4... Hobi aku, kayuh basikal racing laju2... berapa banyak ayam dkt kampung yg mati sbb kena langgar dengan aku akibat tak sempat nak brek bila aku bawa laju... Bila dah ada motor.. basikal tu aku gantung aje dkt kediaman lama parent aku yg kini menjadi kediaman abang aku... Bila dah ada rumah sendiri & SUV... aku pun berhajat nak angkut basikal tu ke KL... malangnya basikal tu pun dah tak ada... tak tahu le mak aku kasi dekat siapa entah... Tak ada rezeki le namanya tu... Dah lebih 15 tahun rasanya aku tak kayuh basikal betul2...  Lepas ni boleh le aktif kembali.. Tapi, x adalah laju2 mcm dulu... al-maklumlah, dah 3 series...




Watak2 seterusnya adalah wajah yang aku temui setiap hari bekerja sejak 2007 hingga setahun yang lalu... Rakan2 sepejabat di syarikat tempat aku berkhidmat sebelum ini... Sabtu, 6 October 2012, kira2 jam 3++ petang, aku menerima panggilan drp Bitah yang memaklumkan mereka ada program di Bazar Rakyat, Tmn Pinggiran Putra... aku yang kebetulan ada kelapangan bergegaslah ke sana utk bertemu dengan mereka semua... 14 November tahun lalu merupakan hari terakhir aku bersama mereka... Dah hampir setahun ye... cepat beno masa berjalan... Insya Allah, lepas ni kita akan selalu berjumpa lagi... Keep in touch...







.