Thursday, September 23, 2010

Memori Aidilfitri 2010



Aidilfitri 2010 akan menjadi memori yang sentiasa terpahat di hati isteriku serta ahli keluarganya... Diwaktu semua ahli keluarga sudah hilang mood untuk beraya disebabkan berita kami tidak akan pulang beraya, rupa-rupanya ada perkara lain yang telah diaturkan oleh Allah S.W.T. yang Maha mengetahui segalanya.

.

Sehari Sebelum Cuti Aidilfitri




Aku bersama Arfan...

Buat pertama kalinya dalam sejarah hidup aku, aku masih bertugas dihari-hari terakhir syarikat beroperasi sebelum cuti panjang Aidilfitri. Pada kebiasaannya, aku dan isteri akan bercuti awal dan kembali bertugas sehari selepas pekerja2 lain kembali bertugas. Ini semuanya disebabkan kesibukan tugas isteri aku sebagai Penerbit Konti yg baru dijawatnya awal tahun ini...

.

8th Sept 2010, merupakan hari terakhir syarikat beroperasi juga merupakan hari terakhir buat practical student unit aku, En. Arfan utk berkhidmat dgn kami... Dlm kesunyian pejabat tu... sempat juga kami yang ada ni buat majlis penyampaian cenderahati sebagai tanda terima kasih kami atas bantuan yang telah beliau berikan sepanjang tempoh praktikal beliau. Kami doakan beliau akan terus berjaya dalam apa jua bidang yang akan diceburi.

.

Pengalaman bertugas dihari terakhir sebelum cuti Aidilfitri sebenarnya best jugak... itulah waktu yang paling tenang yang pernah aku lalui sewaktu nak ke pejabat... InsyaAllah, selagi mana wife aku masih dgn kerjayanya... selagi itulah ada harapan utk aku menikmati suasana sebegitu.. hehehhehe...

.

Antara yg belum balik beraya...



Gua, Abg Mat & Arfan..



Beratur membeli kek chocolate...





Sehari Sebelum Aidilfitri





Perancangan asal kami untuk pulang pada hari Raya ke-4 terpaksa ditukar memandangkan isteri aku hanya dapat bercuti pada hari raya ke-7. Memandangkan beliau mempunyai kelapangan pada hari raya pertama dan akan kembali bertugas pada hari raya ke-2, kami pun berangkat pulang pada malam hari raya seawal jam 7.00 malam sebaik sahaja isteri aku selesai bertugas. Aku yang sudahpun bercuti pada hari tersebut telah ke kediaman sepupu aku utk mengambil anak2nya yg akan tumpang kami pulang ke kampung pd mlm tu. Kepulangan kami semua pada malam tu tidak diketahui oleh sesiapapun.....

Anak2 Abg Long...








Alhamdulillah, kami semua selamat tiba seawal jam 10.00 malam.. kemeriahan malam Aidilfitri memang jelas dapat dirasakan apb kediaman opah dan mertua aku dipenuhi oleh sanak saudara yang pulang berhimpun beramai-ramai... Niat kami nak suprisekan semua orang mmg berjaya... hehehhee...







Hari Raya Pertama 2010




Seperti biasa, malam raya kami akan bermalam dikediaman mertuaku di Kg. Boyan. Al maklumlah, isteri aku the only daughter in the family... so, tak boleh le nak tinggalkan umah mak dia sbb nak kena prepare ape2 yg patut di rumah... Rutin biasa... selesai Subuh... akulah org pertama yg akan beratur di car wash utk bersihkan kereta... selesai di car wash... dgn pantas aku bersiap utk menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid berhampiran. Then, kami akan breakfast beramai-ramai. Sejurus selepas breakfast, maka bermulalah sessi bermaaf-maafan dikalangan ahli keluarga....



Tok Mami Bersama Cucu-cucunya...


Pak Lang melayan internet bersama anak buah...


Ayu le konon...

Bersalaman dgn Tok Papa...





Barisan mengutip duit Raya...


Amin beraya dgn Pak Sunye..


.
Sessi berhari raya diteruskan lagi di kediaman Opahku di Simpang. Tak banyak pula gambar yang sempat kami ambil sbb sibuk berborak-borak... Al maklumlah... tergesa-gesa lagipun esoknya dah nak berangkat pulang ke KL.




Di kediaman Opah



.
Dari kediaman Opah, kami kembali ke kediaman mertuaku utk sertai konvoi beramai-ramai ke kg. keluarga isteriku di Gunung Semanggol.



Tuan Sheikh...



Di Gunung Semanggol





.
Dari Gunung Semanggol, perjalanan diteruskan ke kediaman mak cik aku berdekatan rumah Opahku. Selesai di sana, perjalanan diteruskan ke kediaman seorang lagi pak cik aku berdekatan kediaman org tua aku. Sebelah malamnya, aku habsikan masa di kediaman ibubapaku pula.. disebabkan jadual yang sangat ketat, kami langusng tidak sempat bertandang ke rumah rakan-rakan seperti yg dilakukan dalam Aidilfitri2 sebelum ini.





Hari Raya Ke-2





.
Seperti biasa, raya ke-2, keluarga aku akan mengadakan majlis rumah terbuka utk rakan2 dan keluarga. X ada seorang pun kawan aku yg hadir sbb mmg dia org tak tahu yg aku ada di Tepen pd ketika itu. Sempat serombongan tetamu tiba, aku dan isteri bersama-sama anak buahku terpaksa bergerak untuk meneruskan perjalanan kami pulang ke KL.



Amin, Dina, Mak Su @ Mak Ngah & Ali...


Ali with D'Boy






Keluarga Abg Long


.
Perancangan asal, aku dan isteri akan pulang bersama-sama abg ipar aku dan 2 org anak saudara aku ke KL dan akan kembali semula pd hari Rabu berikutnya. Entah mengapa Allah S.W.T. telah membuka hati ibu dan ayah mertuaku utk turut sama menyertai kami walaupun rombongan keluarga abg iparku yg turun dari Klang masih berada di Tepen pada ketika itu. Dlm perjalanan, kami sempat berhenti makan di hentian RNR Ulu Bernam. Sudah hampir setahun bapa mertua aku tidak menikmati suasana di kedai kopi. Sedangkan itulah kegemarannya sejak muda dahulu.


My darling with Tok Papa

With Tok Mummy pula

Sewaktu di Ulu Bernam


Another Angle


Lapor beno ye..

.
Setibanya di KL, aku terus drop wife aku di Officenye sementara kami semua pulang ke kediaman kami. Setelah isteriku selesai bertugas, kami sempat bawa anak buah dan abg iparku shopping2 di Jusco... Punyelah tak ada org... hehhehehe...






Hari Raya Ke-3





Hari Raya ketiga, kami sempat membawa bapa mertuaku berjalan-jalan sambil ambil angin segar di kawasan club house kediaman kami. Actually, mmg aku berniat nak bawa bapa mertua aku ini mengambil angin di lake garden Taiping pada hari Raya pertama, tapi apakan daya, tak berkesempatan pulak. Dah hampir setahun Tok Papa asyik terperap dalam rumah sbb susah nak berjalan dan kadang kala beliau lupa-lupa sedikit. Hajat aku nak Tok Papa ambil angin segar tercapai jugak hari tu. Beliau juga kelihatan agak aktif bila banyak berbual dan berinteraksi dgn setiap org yang beliau temui di club house.






Hari Raya Ke-4





Rombongan Abg Iparku dari Tepen, Feroz sekeluarga yg asal dari Klang selamat tiba di kediaman kami. Setibanya di kediaman kami, yg drivernye masuk ke bilik utk charge battery sbb letih memandu dari Tepen sementara askar-askarnya terus di bawa ke Club House utk kasi riuh swimming pool yg sunyi sempena Aidilfitri. Tok Papa turut serta ke club house utk menyaksikan cucu-cucunya bersuka ria....


















Sebelah petangnya pula, aku sempat bawa abg iparku bersama anak2nya shopping2 di The Mines sebelum mereka berangkat pulang ke Tepen petang itu jugak...






Shot for facebook...




Hari Raya Ke-5




Pada Hari Raya Ke-5 (Selasa), kediaman kami telah dikunjungi oleh kenalan rapat ibu mertuaku, seniwati Sharifah Aminah, pelakon vetran merangkap produser... Mak Long Minah ni merupakan best friend ibu mertuaku sejak dari kecil hinggalah zaman ibu mertuaku berhijrah ke Singapura. Hajat Mak Long nak berbual-bual dgn Tok Papa tidak kesampaian apb pd petang itu kami dapati yang Tok Papa sudah tidak sedarkan diri. Ketika itu, kami sangkakan beliau kepenatan sbb tidak dapat tidor sepanjang malam sebelumnya. Anyway, thanks to Mak Long for the KFC...












Hari Raya Ke-6



Menyedari keadaan kesihatan Tok Papa semakin serius, kami adik beradik telah sebulat suara bersetuju utk bawa Tok Papa ke Hospital Tunku Ampuan Rahimah, Klang. Tok Papa telah dikejarkan ke Hospital dgn kenderaan aku sendiri yg sempat diubahsuai supaya boleh memuatkan Tok Papa bersama-sama tilam. Alhamdulillah kami selamat tiba di unit kecemasan kira-kira jam 10.00 pagi. Kira-kira hampir jam 4.00 petang, Dr. telah mengesahkan yang Tok Papa mengalami Stroke dan yg peliknya, ianya bukan disebabkan BP, tetapi disebabkan faktor usianya. Dr. tidak nasihatkan Tok Papa utk jalani pembedahan disebab usianya yg dah tua. Jika di tempatkan di hospital pun, pihak Hospital hanya akan drip dan bekalkan oksigen sahaja. Kali ini, kami sebulat suara bersetuju utk bawa Tok Papa pulang ke kediaman Abg Ipar ku di Teluk Gadung, Klang.




Tok Papa telah selamat dibawa ke kediaman Abg Feroz dgn menaiki ambulan. Petang tu, semua adik beradik bertandang di kediamannya. Turut serta adalah adik bongsu Tok Papa bersama isterinya yang baru tiba dari Singapura.




Sebelah petangnya, Abg. Feroz sempat mengumpul Ustaz bersama beberapa pelajar Tahfiz utk sama-sama mengadakan Solat Maghrib berjemaah dan disusuli dgn Solat Sunat Hajat dan bacaan Yassin berserta Solat Isya' berjemaah di kediamannya. Turut hadir malam itu, adalah beberapa kenalan keluarga kami serta beberapa org ustaz yg turut sama mendoakan kesihatan Tok Papa.



Abg Kamal, Pak Ya, Abg Sham & Pak Ngah



Hari Raya Ke-7




Pagi tu, aku bersama isteriku dan Pak Ngah (abg iparku) bergerak awal pagi dari Seri Kembangan ke kediaman Abg iparku di Klang. Mlm tu kami pulang ke rumah memandangkan ramai saudara mara yang ada menunggu Tok Papa. Kami akan mengambil alih tugas mereka pd sebelah pagi tu. Selepas selesai breakfast, kami pun mulakan gerakan membersihkan Tok Papa. Dari salin pampers, bersihkan badannya sehinggalah memotong kuku. Selesai operasi membersih, Pak Ngah mengambil tempat utk membaca Al-Quran di sebelah Tok Papa sementara aku pula duduk sambil menjeram Tok Papa yang sedang demam. Selepas 2 jam Pak Ngah membaca Al-Quran, tugas Pak Ngah telah diambil alih oleh anak saudara kami, Amin yg dah 2 kali Qatam walaupun baru berusia 11 tahun. Itulah kali pertama Amin membacakan ayat-ayat suci buat Tok Papa yg sememangnya rapat dengan beliau sejak dari beliau lahir lagi. Aku masih terus asyik menjeram Tok Papa yang dah semakin surut panas di badannya. Lebih kurang 15 - 20 minit Amin membaca Al-Quran, tiba-tiba biras aku yg merupakan ibu kepada Amin menyedari perubahan pada Tok Papa. Kami segera memanggil sanak saudara utk berhimpun sambil membisikkan Kalimah Syahadah di telinga Tok Papa. Tepat jam 11.55 pagi, Tok Papa telah meninggalkan kami semua buat selama-lamanya....




Jenazah Tok Papa telah selamat dikebumikan di tanah perkuburan Islam Selat Klang yang terletak berhampiran kediaman Abg Iparku. Jenazah dikebumikan selepas waktu Asar. Alhamdulillah, Abg Feroz sempat mengaturkan anggota Tahfiz utk habiskan 30 Juzuk sembelum jenazah dikebumikan. Jenazah Tok Papa telah dimandikan dan disempurnakan oleh tuan Imam serta anak, menantu dan cucu beliau sendiri. Semoga roh beliau dicucuri Rahmat dan akan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.








Mohammad Zaini Bin Abdul Hamid
1932 - 2010
Semoga Allah mencucuri rahmat
Al-Fatihah

.
Turut hadir memberi penghormatan pada sebelah malamnya adalah ibu saudara kami merangkap kakak kepada Arwah Tok Papa, Mak Munah bersama anak-anak dan menantunya yang segera bergegas dari Singapura selepas mendapat khabar berita pemergian Tok Papa.


Rombongan Mak Munah



Majlis Tahlil buat Arwah Tok Papa telah diadakan dikediaman Abg Feroz pada malam selepas pengkebumian dan malam-malam seterusnya. Pada petang hari Sabtu, satu lagi rombongan adik Arwah Tok Papa tiba di kediaman Abg Feroz untuk menziarah. Malangnya, aku, isteriku dan Pak Ngah tidak sempat bertemu sbb kami terlantar demam di kediaman kami di Seri Kembangan.
.
Raya Ke-11



Breakfast di Restoran Jejantas


Isnin, 20th Sept 2010, waktu semua org baru kembali ke pejabat... Pagi tu aku bersama isteriku dan Pak Ngah berangkat pulang ke Tepen utk menyambung semula Raya dan mengambil keperluan ibu mertuaku yg akan menginap sementara di kediaman Abg iparku di Klang. 3 hari aku di sana, sempat beraya di rumah sanak saudara sahaja... masih tak sempat mengunjungi rakan2 memandangkan mereka semua pun dah memulakan tugas masing-masing. Buat rakan-rakanku yg tak sempat beraya bersama, InsyaAllah, ada kesempatan... nanti kita jumpa ye....
.

No comments:

Post a Comment