Thursday, July 30, 2009

Saat Yang Dinantikan...


Alhamdulillah, dengan izin Allah S.W.T., saat yang kami nantikan selama ini telah tiba. Semalam, kami berdua terpaksa pulang dari pejabat seawal jam 4.00 petang. Bukan nak memonteng, tetapi untuk memenuhi temujanji dengan pihak pemaju kediaman baru kami di Serdang Heights. Kami tiba di premis pemaju kira-kira jam 4.30 petang. Setelah melangsaikan bayaran yg perlu dibuat, mereka dengan rasminya telah menyerahkan kunci kediaman tersebut kepada kami. Walaubagamanapun, buat masa ini kediaman tersebut masih tidak boleh diduduki berikutan CF yg masih belum dikeluarkan oleh pihak penguasa. Sekarang ini kami hanya boleh memanggil kontraktor utk persediaan for renovation. Mengikut maklumat yg diterima, CF berkemungkinan akan dikeluarkan pada hujung Ogos ini. Maknanya, kami berkemungkinan akan berpindah dlm bulan Ramadhan. Chobaan…






Sebelah malamnya, aku dan isteri sempat membawa mertua aku dinner di salah sebuah restoran kegemaran kami. Sepanjang mereka di sini, selalu juga kami bawa mereka makan diluar. Yg special sikit ttg dinner semalam, bapa mertua aku tiba2 aje nak follow sekali. Selalunya dia akan tinggal di rumah dan kami akan bawa balik makan untuk beliau. Saja tak nak bawa dia sbb dia cepat sempot. Nak kasi dia relax dkt rumah. Semalam, dah dia nak ikut, kita org bawa ajele.






Pd sebelah malam 28 Julai 2009, kami berdua telah ke kediaman Uncle aku di Kelana Jaya bagi memenuhi temujanji dgn jurunikah yg akan menikahkan sepupu aku pd bulan Syawal nanti. Aku telah dipilih sebagai saksi nikah utk majlis tersebut. Kebetulan, jurunikah yg bertugas adalah Tn. Hj. Helan Abu, bekas announcer RTM yg terkenal di era 70’an. Semasa di rumah uncle aku, kami sempat berborak ttg kematian pengarah tersohor Malaysia, arwah Yasmin Ahmad. Uncle aku sempat menunjukkan artikel ttg Yasmin @ Zulkifli Ahmad yg dipaparkan di akhbar Kosmo. Alangkah terkejutnya apb kami melihat gambar macho Yasmin Ahmad sbg Zulkifli Ahmad dinobatkan sbg naib juara Bintang RTM 1975. Semasa Filem Sepet tengah boom suatu ketika dahulu, aku pernah menerima email gambar cover album Zulkifli Ahmad berserta dakwaan yg beliau adalah Yasmin Ahmad. Masa tu, kita org ignore aje, takut2 ianya fitnah. Bila bersembang dgn otai2, mereka berani confirm yg Zulkifli Ahmad adalah Yasmin Ahmad. Bukan setakat Uncle & Aunty aku yg juga merupakan peminat Zulkifli Ahmad suatu ketika dahulu, perkara ini juga turut diconfirmkan oleh otai2 di RTM. Tipah tertipu lagi… Sama ada dia seorang Khunsa atau lelaki tulen, hanya Allah S.W.T. aje yg tahu.



Harap kita semua dapat jadikan ianya sbg iktibar. Ingat, setiap perbuatan yg kita lakukan, Allah S.W.T. pasti akan membalasnya. Baik yg kita buat, maka baiklah balasannya. Buruk yg kita buat, maka buruklah balasannya. Janganlah berharap yg kita akan ditempatkan bersama golongan orang2 yang beriman sekiranya kesempatan di dunia, kita tak pernah berkelakuan seperti orang yang beriman. Maksud beriman bukannya baik hati. Beriman membawa maksud kepercayaan kita kpd Allah dan ajaran Islam yang sebenar. Antara amalan orang2 yg beriman, mereka berjihad di jalan Allah, mereka beribadat kpd Allah. Bangun tengah2 malam buat amalan-amalan sunat. Tahjud, Dhuha, Infak Fisabilillah, puasa sunat dsb. Sepanjang hayat, ada tak buat benda2 tu? Renung-renungkanlah…

Tuesday, July 28, 2009

Alhamdulillah...



Alhamdulillah, di atas limpah kurnia daripada Allah S.W.T, hajat untuk memiliki sebidang tanah di tempat kelahiran kami telah pun menjadi kenyataan. Dengan izin Allah S.W.T, urusan jual beli tanah lot dengan rumah untuk projek rumah impian kami telah pun selesai pada hujung minggu yang lalu. Tanah dan rumah yang didiami oleh keluarga mertuaku kini telah menjadi milik kami sendiri.

Sebelum ini, keluarga mertuaku menyewa di premis berkenaan. Agak lama juga mereka menginap di situ. Pada asalnya, tanah dan rumah tersebut dimiliki oleh kenalan ibu mertuaku yang dikenali sebagai Mak Tua. Harta tersebut merupakan harta pusaka peninggalan keluarganya. Beberapa tahun sebelum Mak Tua meninggal dunia, tanah dan rumah tersebut telah dijual kpd anak saudaranya, En. Nadzri dan isteri.. Sebelum itu, Mak Tua pernah bertanya kepada mertuaku sama ada berminat untuk membelinya. Mak Tua juga sempat berpesan kepada anak saudaranya supaya tidak menjual tanah tersebut sebarangan.

Hujung tahun lepas, kami berkesempatan bertemu dengan En. Nadzri bersama isterinya dan menyatakan minat kami untuk membeli hartanah tersebut memandangkan memang dah lama isteri aku berjanji dengan mereka untuk membelinya. Setelah mengadakan beberapa perbincangan, mereka telah bersetuju untuk menjualnya. Urusan jual beli telah dimulakan seawal Januari 2009. Walaupun harga penilaian semasa hartanah tersebut berjumlah RM 145 000, disebabkan hubungan baik di antara keluarga mertuaku dengan arwah Mak Tua, En. Nadzri dan isteri telah bersetuju untuk menjual kepada kami dengan harga yang jauh lebih rendah daripada harga semasa.

Agak lama juga urusan jual beli ini berlangsung. Maklumlah, kami dan syarikat guaman yang dilantik berada di KL, En. Nadzri di Penang dan hartanah di Perak. Sampai 6 bulan jugak le… Apa pun, kami bersyukur, akhirnya selesai juga. Buat masa ini, rumah tersebut akan terus didiami oleh mertuaku. Fizikal rumah akan terus kekal seperti sedia ada sehinggalah dana kami mencukupi untuk pembinaan rumah baru mengikut design seperti yang diimpikan. Buat sementara ini, kalau ada renovation pun, just utk touch up sikit-sikit aje…

Sesungguhnya, kita hanya mampu merancang dan hanya Allah sahaja yang akan menentukan. Apa jua yang kita miliki di dunia ini, baik harta, ahli keluarga, kesihatan dan segala-galanya adalah hak milik Allah yang dipinjamkan sementara untuk kita. Allah S.W.T. boleh memberi dan mengambilnya pada bila-bila masa sahaja. Yang penting, kita perlu berusaha, berdoa dan berserah kepadaNya. InsyaAllah….

Monday, July 27, 2009

Ruang Bersedekah...

Pagi ini aku agak terkejut apabila menerima satu email nie. Yg buat aku terkejut sangat2, org yg dimaksudkan tu adalah org yg pernah aku kenali suatu ketika dahulu. Beliau baru berusia 32 tahun tetapi sudah diuji dengan penderitaan akibat penyakit yang dialami. Kepada sesiapa yg ingin beramal, harap dapat beri sedikit bantuan bagi meringankan beban beliau. Sila baca kanduangan email di bawah dan bantulah apa-apa yang patut.


Y.Bhg Dato’/Datuk/Tuan/Puan,


Dukacita dimaklumkan bahawa rakan sekerja kita Encik Hasrol Bin Haron yang bertugas sebagai Pembantu Pegawai Teknik sedang menghadapi musibah. Beliau telah menghidap penyakit kegagalan buah pinggang yang teruk dan tidak dapat dipulihkan lagi (End Stage Renal Failure).

Untuk pengetahuan Y.Bhg Dato’/Datuk/Tuan/Puan, penyakit buah pinggang yang dihidapi oleh beliau memerlukanya berulang alik ke Hospital untuk membuat rawatan. Beliau terpaksa dirawat secara rawatan Haemodialisis tiga kali seminggu untuk empat (4) jam setiap rawatan dan rawatan ini terpaksa dilakukan sepanjang hayat beliau.

Oleh kerana kemudahan rawatan yang terhad dan sukar untuk mendapatkan pemindahan buah pinggang, doktor yang merawat beliau telah menyarankan kepada beliau supaya membuat rawatan di Luar Negara disebabkan kesukaran untuk mendapatkan penderma buah pinggang di Malaysia. Untuk menjalani rawatan tersebut, beliau memerlukan wang sebanyak RM 300,000.00.

Untuk meringankan beban beliau yang mempunyai lima (5) orang tanggungan dan seorang isteri, pihak kami memohon bantuan tulus ikhlas untuk menyumbangkan derma /sumbangan. Y.Bhg Dato’/Datuk/Tuan/Puan bolehlah membuat kutipan dan / atau terus menyalurkan sumbangan ikhlas ke akaun Bank Islam : 14 1800 10000 041

Sebarang pertanyaan mengenai kutipan / sumbangan ini bolehlah berhubung dengan En. Abdul Rahim Bin Abdul Hamid di talian 03- 2240 1629


Setiap sumbangan ikhlas dari Y.Bhg Dato’/Datuk/Tuan/Puan amatlah dihargai.

" Yang Kekal Mengiringi Jenazah kita nanti hanyalah tiga (3) perkara sahaja iaitu Ilmu yang Manfaat, Anak yang Solehah dan ketiganya ialah Sedekah Jariahnya "

Road Tour 2


Kesinambungan jelajah mertuaku di KL. Pada 25 Julai yang lalu, sekali lagi kami berkesempatan membawa ibu mertuaku melawat sanak saudara di sekitar Lembah Klang. Perjalanan dimulakan seawal jam 12 tengah hari. Lokasi pertama adalah kediaman teman rapat ibu mertuaku, pelakon veteran merangkap produser dan pemilik SA Production, Sharifah Aminah, di Saujana Impian, Kajang. Hampir dua jam kami menghabiskan masa di situ. Maklumlah, dah lama juga kami tak melawat beliau. Panjanglah sikit ceritanya.


Kira-kira jam 2.30 petang, perjalanan diteruskan ke kediaman seorang lagi kenalan rapat keluarga kami, En. Asmadi, di Bandar Sunway Semenyih. Bukan senang nak visit En. Asmadi ni. Selain daripada sibuk dengan perniagaannya, beliau juga sangat aktif dengan persatuan dan politik. Sejak isu perebutan kuasa di Perak, selalu juga wajah dia kelihatan dalam akhbar. Tercapai juga hajat mertua aku nak melawat kediaman mereka. Selepas kira-kira 1 jam setengah, kami pun berangkat untuk pulang ke rumah.

















Dalam perjalanan pulang, kami sempat membawa mertuaku singgah ke kediaman baru yang bakal kami duduki tidak lama lagi. Ramai jugak pemilik rumah yang datang melawat petang tu. Maklumlah, masing-masing dah tak sabar-sabar nak pindah. Ada diantara pemilik yang sudah pun mengambil kunci. Buat masa ini, kami masih menunggu pihak developer menerima payment terakhir daripada Financier kami. Dari maklumat yang diterima, cek telah pun dikeluarkan, mungkin dalam perjalanan agaknya. InsyaAllah, tak lama lagi mungkin kami pun boleh collect kuncinya. Sabar ajelah…










Pada 26 Julai 2009, pagi tu aku terbaca berita tentang kematian pengarah filem terkenal Yasmin Ahmad. Dah sampai masa dia transit ke alam yg keempat, bagi yang masih berada di alam ketiga ini, beringat-ingat juga le… Al-Fatihah buat arwah. Sebalah malamnya, kediaman kami dikunjungi oleh sepupu isteri aku, Abang Kamal dan Abang Nasir sekeluarga. Mereka tiba di rumah kami lebih kurang jam 9.30 malam. Hampir 2 jam lebih mereka berborak di rumah kami. Maklumlah, dah lama tak jumpa. Walaupun masing2 tinggal di lembah klang, tapi maisng2 sibuk dgn kerjaya masing-masing. Apa-apa pun, terima kasih buat mereka semua kerana sudi datang melawat mertuaku sempena road tour mereka July 2009.












Thursday, July 23, 2009

Road Tour...


Buat sementara waktu ini, pasti ramai yg akan datang menziarah kami di rumah. Kalau tak pun, kami sendiri yg akan buat road tour ke rumah sanak saudara di sekitar Lembah Klang. Sebabnye, skg ini ibu & bapa mertua aku sedang dlm percutian di rumah kami. Kedua-duanya telah kami bawa bersama ke KL semasa pulang dari kampung tempoh hari. Saja nak kasi dia org relax2 kepala sikit. Al-maklumlah, rumah kami tiada anak2 kecil, so, dptlah mereka berehat-rehat menenangkan fikiran mereka buat seketika.

Tetamu pertama telah pun hadir pd 19hb July yg lalu. Siapa lagi kalau tak abg ipar aku @ abg long dari Klang. Beliau tiba kira2 jam 2.00 petang bersama-sama isteri dan 4 orang anaknya. Yg tidak dpt hadir bersama adalah anak sulungnya yg kini sdg belajar di salah sebuah Sekolah Tahfiz di Lembah Klang. Seronok juga bila sekali-kala rumah kami riuh-rendah dgn telatah anak2 buah yg dah lama tak bertemu dgn atuk & nenek mereka. Kami sempat juga bawa abg & kakak ipar melawat rumah baru kami yg tak berapa jauh dari rumah sekarang nie. Tetamu pulang kira-kira jam 9 mlm. InsyaAllah, kalau berkesempatan, kami akan buat trip ke rumah mereka pula nanti.


Malaysian next top model (Haura)


Adam



Enjoynye... Huzair & Muhamad




Abg Long in action..





Tok Papa









Pak su & Mak su with bebudak Klang...








Ramli MS



Ramli Sarip




Ramli Burger




Ramli Ngah Talib











Pd 20hb July pula, aku & isteri mengambil cuti tahunan kami yg masih berbaki 20++ hari lagi tu. Sengaja nak abis kan cuti sambil membawa org tua berjalan2. Pagi tu, selepas kami selesai urusan di Ampang Park, kami bersama ibu mertuaku terus menuju ke Sentul utk ke rumah sepepu mak mertua aku. Thanks to Nan yg membantu kami mencari jalan ke rumah tu. Sepupu mak mertua aku ni menjalankan perusahaan batik. Bengkelnye depan rumah dia aje. Kencang tu beb… market sampai Brunei & Singapore… Yg lebih menyeronokkan lagi, di kediaman mak cik Salmah nie, ada lebih kurang 15 ekor kucing. Semuanya sihat-sihat belaka. Dlm banyak2 ekor tu, kami hanya dpt jumpa dlm 4 to 5 ekor aje. Kucing2 dia malu2 belaka kecuali seekor yg duduk dkt office dia. Yg itu kalau org dtg melawat, dia le yg jadi pemandu pelancong. Manja tahap gaban siap jilat muka tuan dia. Dah mcm anjing pulak. Kami berada di kediaman tersebut kira2 1 jam lebih. Sempat juga kami melawat staff2 dia melukis batik. Sayangnye.. kami tak bawa camera bersama-sama ketika itu….

Sunday, July 19, 2009

Shake Hand!


Baru-baru nie aku berpeluang menghadiri course Business Etiquette, kursus yg mengajar kita berkenaan adab2 (manners) yg perlu dijaga dlm dunia koprat. Salah satu subject yg diajar adalah berkenaan 'shake hand'. Semasa subject ini diajar, aku telah bangkitkan isu tentang larangan bersentuhan di antara lelaki dan wanita yg bukan muhrim yg ditegah di dalam Islam.
Spt yg selalu kita alami, apb kaum berlainan menghulurkan tangan utk bersalaman, apa yg patut kita buat? Jika tidak disambut, ianya mungkin akan memalukan pihak yg menghulurkan tangan. Aku juga pernah mengalami situasi sebegitu dan selalu mengulangi kesilapan yg sama dlm situasi tersebut. Menurut kata pengajar, sekiranya kita memakai glove, mengikut adab, kita perlu menanggalkannya ketika bersalaman. Bila aku minta suggestion utk situasi tersebut, pengajar mengatakan yg kita perlu salam bagi menjaga air muka si penghulur tgn tu.
Sedikit maklumat berkenaan larangan Islam ttg perkara ini:
Daripada satu hadis yang diriwayatkan daripada Ibnu Majah menyatakan bahawa "Bergomolan dengan babi (khinzir) itu adalah lebih baik berbanding dengan bersentuhan (secara sengaja)dengan wanita yang bukan mahram."Bersentuhan (dengan sengaja & apatah lagi bertujuan syahwat) adalah berdosa dan wajib bertaubat (bagi membersihkan dosa). Sedangkan menyentuh anjing tidaklah berdosa dan hanya perlu disuci (bukan bertaubat). Menyentuh anjing bukanlah satu kesalahan (dosa) atau maksiat. Tetapi, menyentuh wanita bukan mahram adalah berdosa dan merupakan maksiat.
Di dalam satu riwayat hadis yang lain yang maksudnya, "Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya." (Riwayat At Tabrani dan Baihaqi).
So macam mana?
Bila dah tamat kursus tersebut, aku mula terfikir... Bila kita ke Jepun, kita tak salam tetapi kita akan tunduk tanda hormat. Jika ke Thailand & India, kita tak salam tetapi kita akan menyentuhkan kedua2 tapak tgn kita sbg tanda hormat. Kenapa di Malaysia (Negara Islam) kita kena salam? Kita boleh create tanda hormat yg lain. Kalau kita ke Jepun, India or Thailand, org boleh faham yg itu budaya mereka, kenapa org tak boleh faham yg budaya Islam mmg tak boleh bersalaman? Lu pikir la sendiri....

Monday, July 13, 2009

Mat@USA



Mungkin masih ada sahabat2 yg tidak tahu tentang sahabat kita merangkap sepupu aku, Mohd Farizal Adnan atau lebih dikenali sbg Mat, telah berpeluang menjejakkan kaki ke LA, New York & Canada baru-baru ini. Hampir satu bulan beliau berada di sana atas urusan kerja. Utk rekod, beliau telah berangkat pd 8hb June dan selamat pulang ke tanahair pd 29 June 2009.

Sehingga hari ini, aku masih belum bertemu dengannya. Communicate pun by phone aje. Mungkin dua tiga minggu lagi baru bersedia utk berjumpa. Al-maklumlah, dia kan baru pulang dari lubok H1N1. Walaupun dia clean, kasi le dia betul2 clean. Lagipun, masing2 tgh bz dgn kerja masing2.

Antara cerita menarik, Mat berada di LA sewaktu Michael Jackson menghembuskan nafas terakhirnya pd 25hb June yg lalu. Dpt jugak dia rasa suasana berkabung utk King of Pop cara org2 di sana. Menurut cerita Mat, suasana gempar dah mula dirasai oleh penduduk2 LA semasa menerima berita kematian Farah Fawcett pd pagi tu. Pd waktu petang pula, satu lagi berita tergempar diumumkan di TV berkenaan kematian Jacko. Kebetulan, sehari sebelum kejadian, Mat sempat bergambar di walk of fame Michael Jackson dan beberapa artis ternama Holywood.


Mat@LA...
















Fly to New York...




















Fly to Canada...