Thursday, April 30, 2009

Islam Di Malaysia - Part 1

Dalam satu kuliah Zohor yang aku hadiri baru2 ini, Ustaz ada menyentuh berkenaan gambar yg pernah aku post dlm blog di mana terdapat dua orang yg berpakaian sami Buddha bersama-sama menunaikan Solat berjemaah di sebuah Surau atau Masjid. Maklumat sebenar berkenaan gambar tersebut masih tidak diketahui. Antara persoalan yang telah diajukan kepada Ustaz berkenaan kejadian di dalam gambar berkenaan adalah seperti berikut: Sekiranya mereka berdua masih belum memeluk Islam, salahkah tindakan mereka menyertai Jemaah tersebut? Sebagai orang Islam, apa tindakan yang patut kita buat? Adakah kita boleh membenarkan orang2 bukan Islam berada di dalam Masjid?

Jawapan yang aku dapat drp kuliah tersebut berkenaan persoalan-persoalan yang telah diajukan, lebih kurang begini. Islam diturunkan oleh Allah bukan sahaja untuk umat Islam tetapi untuk semua umat manusia dan seluruh alam. Adalah menjadi tanggungjawab semua umat Islam utk menyebarkan dakwah Islam dan mengajak orang2 yang masih kafir untuk menerima dan seterusnya memeluk agama Islam yang telah diturunkan kepada Rasulullah S.A.W. Umat Islam tidak boleh memaksa orang2 kafir untuk memeluk Islam tetapi umat Islam diwajibkan utk mengajak orang2 kafir menerima dan memeluk Islam. Sekiranya mereka enggan memeluk Islam, kita memang tidak ada hak utk paksa.

Untuk mendekatkan diri mereka dengan Islam, mereka perlu didedahkan dengan cara kehidupan umat Islam. Mereka perlu didedahkan dgn ayat-ayat Al-Quran. Mereka perlu turut serta dalam majlis-majlis ilmu yang diadakan di Surau-Surau dan di Masjid-Masjid. Pendapat yang mengatakan orang-orang kafir tidak boleh membaca dan mempelajari Al-Quran adalah salah. Pendapat yang mengatakan tidak boleh berpolitik dgn ayat-ayat Al-Quran juga adalah salah.

Jika kita renung kembali sejarah Rasulullah S.A.W. Islam diturunkan oleh Allah melalui ayat-ayat Al-Quran kpd Rasulullah S.A.W. Kemudiannya, Rasulullah S.A.W., insan pertama yang memeluk Islam, menyebarkan dakwahnya kepada orang-orang kafir melalui ayat-ayat Al-Quran yang diturunkan tadi sehingga berjaya mengambil alih tampok pemerintahan dan menubuhkan kerajaan Islam yang hebat.

Berkenaan amal ibadat yang orang-orang kafir lakukan seperti Solat dan sebagainya, sekiranya mereka masih belum memeluk Islam, para Ulama’ berpendapat, mereka akan tetap mendapat manfaat duniawi sepertimana yg diperolehi oleh umat Islam tetapi tidak utk ganjaran di akhirat. Sebagai contoh yang nyata adalah amalan sedekah. Sabda Rasulullah S.A.W. sesiapa yang bersedekah, Allah akan panjangkan umur dan murahkan rezeki mereka. Maka sbb itulah orang2 kafir yang suka bersedekah akan panjang umur dan lebih kaya, yang mereka tak dapat adalah pahala utk hari akhirat nanti.

Kesimpulannya, adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai umat Islam utk mengajak dan mendekatkan diri orang2 kafir dengan Islam. Tuntutan ke atas kita sebagai umat Islam bukanlah hanya sekadar amal ibadat kita sahaja. Menyebarkan dakwah Islam dan menegakkan syiar Islam adalah menjadi tanggungjawab kita semua sbg orang Islam kerana itulah yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W. dan para sahabat baginda serta khalifah2 terdahulu. Tidak malukah kita nak menghadap mereka sekiranya kita hanya sekadar membawa pahala dari amalan utk diri kita sahaja semasa di akhirat nanti?

Saturday, April 25, 2009

Lawatan Sambil Belajar - 19&25th Apr 2009

Pada 19th April yg lalu, aku & wife mengambil kesempatan utk melawat rumah sepupu aku (Mat) yg sudah pun dia duduki lebih kurang 1 minggu di Kajang Perdana. Sebelum ini kami dah pergi tapi sygnya tak dpt masuk sbb kunci tak ada pd dia masa tu. Seperkara lagi yg membuat kami nak pergi sgt pd hari tu adalah sbb ibu & bapa saudara aku yg merupakan ayah & bonda kpd Mat ada di rumah dia sbb nak hantar adik Mat pulang ke UiTM Shah Alam. Kami pun mengambil peluang yg ada utk berjumpa ibu & bapa saudara aku tu sbb dah lama sangat tak jumpa walaupun rumah mereka belakang rumah Opah aku aje. Mcm biasale, kalau kami balik ke Tepeng, kami akan tuju ke rumah perent Fatiah, parent aku & umah Opah aku aje. Kalau nak visit semua umah pak cik & mak cik aku, cuti seminggu pun tak sattle lagi beb.

Pagi tu kami breakfast beramai-ramai di rumah baru Mat yg kiranya masih belum officialy berpindah. So tak banyak le gambo yg boleh aku rakam sbb rumah dia masih semak. Tak abis kemas lagi. Yg ada ni pun beberapa gambo anak dia aje, si Ashraf Sinclair tu.

Selesai sarapan dan berborak, kami beramai-ramai visit ke sebuah kedai lampu berdekatan dgn rumah Mat. Kami pun tak boleh lama sgt sbb aku plan nak visit rumah mak sedare aku di Tmn Mesra, Kajang yg dah setahun aku tak visit. Last jumpa pun masa Raya dkt Tepeng dulu. Umah dia aku tak visit2, mmg lupa daratan punye anak sedare. Kami di sana pun tak lama sgt sbb kena pulang ke rumah memandangkan sahabat aku bersama askar2nye nak visit kami di rumah.

Kamil sekeluarga selamat sampai rumah aku selepas aku menunaikan Solat Isya'. Biasale, dia pun penat sbb baru aje balik drp Pahang. Gambar mlm tu aku tak rakam memandangkan kualiti gambar yg dihasilkan oleh camera aku ni yg buat aku hilang semangat. Utk makluman semua, aku skg ni tgh sibuk mengumpul permainan2. Walaupun kami masih belum ada cahaya mata, aku rasa umah aku kena ada banyak toys sbb rakan2 aku ramai yg dah ada anak, nanti bebudak tu boring pulak nak dtg umah aku.



Berpossing di hadapan lampu di tkt atas umah Mat

Ashraf yg dah pandai main drum.. Bapa dia sampai ari ni tak reti main muzik...
Pada 25th April 2009, aku, fatiah & sahabat kami, En. Alim bercadang nak visit seorang lagi sahabat kami yg baru aje bersalin anak yg pertama di kediaman keluarganya di Seremban. Actually, kita org nak pergi dari last week lagi, tapi tak jadi sbb masa tu sahabat kami tu (Hafzan) tgh sibuk 2 nak keluar dari hospital.
Selepas selesai Solat Subuh, biasanya pd hari cuti mcm ni kami akan sambung tido balik, tapi kali ni kena terus bangun mcm ari kerje semata-mata nak menepati temujanji dgn En. Alim di hentian rehat Nilai pd jam 8.30pagi. Alhamdulillah, kami selamat sampai di hentian tersebut sebelum jam 8.30 pagi. Tapi tunggu punya tunggu, mamat ni tak sampai2 lagi. Dkt setengah jam jugak Mamat ni terlewat, buktinya ada pd jam dkt meter kereta aku spt di bawah:
Setibanya En. Alim kita di hentian, kami pun turun breakfast dulu. Nasib baik dia yg belanja pagi tu, so kira sattle le kes lambat dia tu. Thanks bro sbb belanja pagi tu, lain kali belanja le lagi ye... Selesai breakfast, kami teruskan perjalanan. Tiba2 aje si Alim call ajak berhenti dkt hentian Seremban pulak. Aku ingatkan ada emergency sakit perut, rupanya nak amik minyak. Sorry sbb kualiti gambar kurang memuaskan:




Si Alim mengisi minyak darling dia...



Yg ini darling aku.. dia tak minum minyak petrol...




Tak berapa lama selepas itu, kami pun tiba di kediaman family Hafzan. Kebetulan husband si Hafzan ada di rumah, so, banyak jugak le perkara2 yg kami berborak. Tahniah kpd Razak & Hafzan kerana telah dikurniakan anak lelaki yg comel. Iman Yassir nama anak mereka. Alhamdulillah, anak baru, rumah baru, semoga murah rezeki, panjang umur & ramai anak utk kalian. Bersama-sama ini beberapa gambar yg sempat dirakam sempena lawatan kami di kediaman keluarga Hafzan di Seremban:
En. Alim di hadapan pintu masuk..


Di sini le kami berborak. dari kiri, Razak, Alim & aku le.

Fatiah bersama ImanYassir... comel tak?



Close up si Iman Yassir.. mcm mother dia le...

Thursday, April 23, 2009

Latest Progress of Our New Home

Perancangan kami utk berpindah dlm bulan ini agak meleset sedikit kerana sehingga hari ini kami masih belum menerima kunci rumah baru kami yg dijadualkan siap pd bulan March yg lalu. Pembinaan rumah tersebut telah berjaya disiapkan seperti yg dijanjikan cuma yg membuatkan kami lambat mendapat kunci adalah kerana CF masih belum dikeluarkan lagi. Kami ada berkunjung ke developer's office baru2 ini dan menurut pihak developer, kerja2 inspection telah pun selesai dijalankan dan hanya menunggu kelulusan daripada pihak berkuasa bagi mendapatkan CF sebelum kunci boleh diserah kpd pemilik. Mungkin by this month or early next month. Bersama-sama ini ada beberapa keping gambar terkini yg diterima drp pihak developer utk tatapan bersama.







































































Tuesday, April 21, 2009

Perodua MPV - Interior

Di bawah ini ada beberapa keping gambar interior Perodua MPV yg akan dilancarkan dlm Q3 2009. Selamat menonton....




Monday, April 20, 2009

Jamal Abdillah - Tetamu Sinar Pagi

Happy Birthday - 18th April 2009

Just nak wish happy birthday yg ke 21 to my only sister, Mastura Abdul Azim yg kini sedang berada di kampusnya di UUM Sintok, Kedah. Seperti yg dibertiahu, your present dah selamat tiba di rumah Mama exactly pd hari ulang tahun kamu. Hope you like it.

MPV Perodua - Quarter 3 2009


Bagi rakan2 yg ada perancangan nak beli proton exora yg baru dilancarkan minggu lepas, aku cadangkan ko org relax2 dulu. Lates info yg diterima, Perodua akan melancarkan MPV dia org by Quarter 3 2009. Kereta ini based on model Toyota Passo Sette & Daihatsu Boon Lunminas. Berdasarkan info yg diterima, price dia dlm range RM57k to RM66k. Kalau nak tgk modelnye, ko org search aje le dua model yg disebutkan tadi. Bersama-sama ini ada beberapa keping gambo kereta tersebut (japanese model) utk tatapan ko org semua. Spyshot picture pun ada dkt bawah ni. Kalau tak leh sabo sgt, suka hati kome la ye.. yg penting jgn lupa bawa aku jln2 dgn kete baru kome nanti.