Saturday, May 30, 2009

Sidang DUN - 7 May 2009

Bersama-sama ini aku sertakan sedutan sidang DUN Perak yg menjadi sejarah pd 7hb May 2009. Di sini juga aku ingin menyeru kepada rakan2 yg masih belum daftar sebagai pengundi, daftarlah sekarang juga. Jgn lepaskan peluang kita utk memberi pengajaran kpd mereka dlm PRU 13 nanti. Itu menjadi tanggungjawab kita sbg rakyat Malaysia. Marilah bersama-sama menunaikan tanggungjawab kita dlm memilih pemimpin yg boleh memimpin kita dan memastikan keselamatan kita di dunia dan di akhirat melalui sifat2 kepimpinan yg diredhai oleh Allah S.W.T. Sesungguhnya, Allah S.W.T. tidak akan menurunkan bala tanpa sebab. Sekiranya kita menjalani kehidupan yg bercanggah dgn ajaran Allah, maka balasan Allah pasti akan menanti kita sepertimana yg telah dilalui oleh kaum2 yg terdahulu. Rasulullah S.A.W. pernah bersabda, "Jika kamu memilih Islam, kamu akan SELAMAT". Kalau dah Rasulullah S.A.W cakap pun kome tak percaya, kome nak percaya siapa?


Balik Kg - 22 May 2009

Pd 22hb May 2009, aku bersama darling ku telah mengambil kesempatan utk pulang ke Kampung. Tahun ini, hampir setiap bulan kami pulang ke Kampung. Pd awalnya, aku dah decide tak nak pulang pd bulan May ini, tetapi, insiden pemergian bonda kpd sahabatku secara mengejut baru2 ini telah menyedarkan kami bertapa pentingnya utk kami berdua pulang selalu ke Kampung.

Sejak dah tak ada kucing ni, terasa bebas sikit utk bergerak. Kami memulakan perjalanan kami sebaik selesai waktu pejabat. By 6.00 pm kami dah masuk highway melalui plaza tol jalan duta. Memandangkan hari tersebut merupakan hari yg mendukacitakan disebabkan keputusan mahkamah rayuan yg boleh overwrite keputusan mahkamah tinggi dlm kes penentuan MB Perak, aku pun dah mula tak respect dgn law ciptaan manusia yg boleh diolah mengikut kepentingan org teretentu nie. Aku pun memandu mengikut had kelajuan yg telah ditetapkan mengikut kepala hotak aku sendiri. Alhamdulliah, atas perlindungan yg diberikan oleh Allah (bukan oleh kerajaan), kami sempat menunaikan solat fardhu Maghrib di hentian Simpang Pulai dan tiba di kediaman mertuaku kira-kira hampir jam 9.00 mlm.



Mcm biasale, bila berada di Kampung, kami tak pernah tidur awal. Biasanya, kami akan berborak dgn ahli keluarga hingga jam 1 - 2 pagi. Saja nak memenuhi masa yg ada bersama kaum keluarga. Waktu pagi pun kami akan bangun awal. Biasanya lepas Subuh tu kami tak tidur dah. Bila balik KL nanti, baru la kami qada masa tidur kami yg tak cukup tu.

Pd Sabtu pagi tu, kami keluar meronda ke lake garden Taiping sebelum ke Warung Muhibah utk membeli sarapan pagi. Meriahnya suasana pagi di lake garden Taiping. Ramai warga Taiping yg bangun awal pagi utk bersenam dan menikmati keindahan Tmn Tasik Taiping. Bersama-sama ini beberapa gambar yg sempat dirakam pd pagi yg indah utk tatapan bersama.

Suasana pagi di kawasan Kg. Boyan



Jln Kota Taiping



Zoo Taiping


Warung Muhibbah



Restoran Doli




Supermarket yg paling famous suatu ketika dulu. Larut Matang. Tempat Rockers melepak thn 80'an
Bila di rumah keluarga ku, kami akan melapangkan masa bermain dgn D-Boy. Cucu sulong parentku yg manja tak ingat nie. Frust aku sbb dia tak pandai ckp lagi. Ckp dah pandai, tapi aku tak paham apa dia ckp. Aku rasa dia pun tak paham jugak, tapi dia nak ckp jugak. Yg paling seronok, bila dia tiru gaya "Kelab Pop" & "Tom Tom Bak". Itu le favorite show dia. Seronok dia bila aku belikan buku dkt dia. Bila ajar dia baca, dia tgk gambo aje. Lepas tu dia kata, abih dah...

Sessi belajar D-Boy


Tengok gambo aje..


Ini gambo dia tgh breakfast pd pagi Ahad semasa kami di sana


Dfario bersama Dboy

Antara aktiviti yg jrg dilepaskan semasa berada di Taiping adalah sessi berenang. Tapi kdg2 tu frust sbb bila dah sampai dkt swimming pool, keadaan kolam amatlah tidak memuaskan. Bila jadi mcm tu, aku akan lepak di tepi kolam & tunggu sampai bebudak abis mandi. Yg selalu problem tu kolam dewasa. Kolam bebudak selalu okey aje...

Bile kolam dewasa rosak, kolam bebudak akan menjadi tumpuan pengunjung


Di sinilah aku akan abiskan masa bersama isteri aku hingga bebudak selesai mandi


Pd hari Ahad pagi tu, kami berziarah ke rumah abg aku (rumah lama keluargaku) yg berada tak jauh dari rumah parentku. Tujuannya adalah utk melawat baby baru abgku yg selamat dilahirkan pd 30 April yg lalu. It's a baby girl. Nur Irdina namanya. Selepas visit new baby, kami juga ke rumah jiran lamaku utk melawat jiran aku yg terlantar sakit. Aunty yg aku tgk dari kecil dulu, kini dah tak boleh berjalan dan bergantung kpd kerusi roda akibat penyakit buah pinggang. Doakan yg terbaik utk mereka.

Di rumah ini lah aku dibesarkan. Walking distance aje dgn rumah baru parent aku


Dboy bersama adik kesayangan dia






Dlm perjalanan pulang ke rumah parentku selepas selesai lawatan


Bagi menghilangkan rasa kecewa akibat tidak dpt terjun baru2 ini. Kami decide nak terjun terus ke air terjun di Burmise Pool, berdekatan kaki bukit larut, Taiping. Dah lama sangat aku tak ke air terjun. Rasa seronok le pulak.

Rombongan di ketuai oleh Mr. Daniel. Dia sempat belanja kami makan satay ikan masa balik tu.


Liku2 yg perlu ditempuh utk ke port yg cantik


Masjid Pasir yg sempat dibina



Org ramai menyaksikan permainan boat RC di taman tasik



Keindahan waktu petang di Tmn Tasik Taiping



Hajat aku nak visit rakan2 lama tak tercapai sbb terlalu sibuk habiskan masa bersama keluarga. Kami berangkat pulang ke KL pd jam 12.30 pm hari Isnin dari kediaman org tuaku. Hampir jam 4.oo petang kami dah selamat tiba di rumah. Dlm perjalanan pulang, cuaca mendung aje, sampai di KL, hujan turun. Alhamdulillah, sejuk aje perjalanan kami masa pulang. InsyaAllah, next trip aku akan cuba luangkan masa melawat rakan2 lama yg dah lama aku tak temui.

Dboy bersama granpa



Pejabat gerakan Member Parliment Bukit Gantang merangkap Menteri Besar Perak yg Sah yg sempat dirakam semasa dlm perjalanan pulang.


Cuaca mendung semasa tiba di Tol Jalan Duta

Friday, May 22, 2009

Islam Di Malaysia. – Part 2


Dalam satu kuliah yg pernah aku hadiri, Ustaz berbicara berkenaan hasutan syaitan. Pada hari pembalasan nanti, semasa kita disoal berkenaan dosa-dosa yg pernah kita lakukan di atas muka bumi, kita akan cuba meletakkan kesalahan2 tersebut kepada syaitan dan pada ketika itu syaitan akan menjawab kembali yang dia tidak pernah memaksa kita utk melakukan dosa-dosa tersebut. Dia hanya berbisik kepada kita utk melakukannya, dan kita sendiri yang dengan rela hati melakukan dosa-dosa tersebut. Pd ketika itu, syaitan akan melepaskan diri dan sudah pasti kita yg akan dipertanggungjawab di atas segala kesalahan yang telah kita lakukan hasil drp hasutan syaitan.

Setelah hampir 52 tahun Negara kita merdeka, tidak dinafikan, banyak pembangunan dan kemajuan yang telah Negara kita kecapi. Akan tetapi, kita juga tidak dapat nafikan yang masalah sosial masyarakat di Malaysia juga semakin lama semakin kritikal, seiring dengan perkembangan dan kemajuan Negara kita yang tercinta. Buktinya, jika di tahun 60an dan 70an, masyarakat dilanda dengan gejala pop yeh yeh, pesta muda mudi, majlis tari menari, minum dan sebagainya. Di tahun 80an, gajala disco, ketagihan dadah dan sebagainya,. Di tahun 90an, muncul pula gejala mat rempit, bohjan, bohsia, seks bebas dan pembuangan bayi. Di era millennium, muncul pula gejala ragut, gay, lesbian, pengkid, penderaan seks ke atas kanak-kanak dan entah apa-apa lagi yg akan muncul tidak lama lagi. Bayangkan, bagaimana bentuk kehidupan yang akan dilalui oleh anak cucu kita di masa akan datang.

Aku masih ingat lagi, di era 90an dahulu, isu gambar lucah seorang artis wanita yang telah disebar luas ke seluruh negara. Sewaktu itu, artis tersebut dikecam teruk oleh masyarakat sehinggakan beliau digam. Begitu malunya kehidupan artis tersebut sehinggakan beliau menghilangkan diri utk satu tempoh yg agak lama. Pada hari ini, semakin banyak artis2 yg mempunyai gambar lucah yg tersebar luas di internet. Bukan setakat gambar, video lucah pun ada, tetapi penerimaan masyarakat hari ini sudah berbeza dengan penerimaan masyarakat 10 tahun yang lalu. Pada hari ini, perkara itu sudah dianggap satu kebiasaan dan mereka masih boleh meneruskan karier mereka, menghadap masyarakat tanpa rasa segan atau malu. Masalah sosial ini bukan sahaja melanda kpd para artis, tetapi ianya turut melanda kpd pelajar sekolah, masyarakat kampung, pelajar universiti dan pelbagai golongan lagi turut tanpa segan dan silu menyebarkan gambar dan video aksi lucah mereka sendiri di laman-laman web dan telefon bimbit. Kalau ada yang masih tak sedar, itulah hakikatnya. Bertapa kritikalnya tahap masalah sosial yang sedang melanda Negara ini. Pada suatu masa dahulu, para remaja boleh tersentuh apabila mendengar lagu gelombang nyanyian Salamiah Hassan. Pd hari ini, lagu tersebut dah dikira tidak relevan dan lirik lagu tersebut boleh dianggap sebagai suatu hasil penulisan yang kelakar bagi para remaja di zaman teknologi ini.

Hakikat yang sebenar, semua perkara-perkara tersebut berlaku adalah berpunca daripada kejayaan syaitan yang sentiasa menhasut manusia untuk melakukan kejahatan. Semakin hari, semakin hebat kejahatan yang dilakukan oleh manusia sehinggakan ada diantaranya sesuatu yang tidak pernah terlintas di dalam fikiran kita. Kita ambil kes Nurin sebagai contoh. Pernahkah kita terfikir yang ada manusia yg akan melakukan pembunuhan sekejam itu kepada seorang kanak2 tanpa ada satu sebab yg munasabah. Ini semua adalah angkara syaitan. Syaitanlah yang berbisik kepada manusia utk meragut. Syaitanlah yang berbisik kepada manusia utk merompak. Syaitanlah yang berbisik kepada manusia utk membunuh. Syaitanlah yang berbisik kepada manusia utk berzina. Syaitanlah yang berbisik kepada manusia untuk merogol. Syaitanlah yang berbisik kepada manusia utk merasuah. Syaitanlah yang berbisik kepada manusia utk berjudi, minum arak, menipu dan macam-macam lagi. Pendek kata, syaitanlah yang menghasut manusia utk melakukan segala yang ditegah oleh Allah dan meninggalkan apa yang diperintahkan oleh Allah.

Satu-satunya jalan penyelesaian ke atas segala permasalahan ini adalah melalui iman dan taqwa kita terhadap Allah S.W.T. melalui ajaran Islam yg sebenar-benarnya. Hanya iman dan taqwa sahaja yang dapat menewaskan hasutan syaitan. Kembalilah kepada ajaran Islam yang sebenar. Kembaliah kepada sistem pemerintahan dan perudangan Islam. Telah jelas dan nyata bahawa sistem perundangan barat yg dicipta oleh manusia tidak akan dapat menjamin kesejahteraan kehidupan manusia. Buktinya, masalah sosial di Negara barat adalah jauh lebih kritikal daripada apa yg sedang kita hadapi hari ini. Kita dah diberi Al-Quran sebagai panduan hidup. Kita dah diberi hudud & qisas utk membantu menghindari kita daripada terjerumus dgn hasutan syaitan. Kita hanya ada dua pilihan, Islam atau Kufur? Dosa atau Pahala? Syurga atau Neraka? Islam tak pernah tolak kemajuan. Malahan Islam selalu menyarankan kepada umatnya utk mencapai kejayaan di dunia dan di akhirat. Buktinya, dalam seruan azan sendiri, “marilah menunaikan Solat, marilah menuju kejayaan”. Renung-renungkanlah.

Saturday, May 16, 2009

E36 - Sayang Kerete...

Antara sedutan yg aku suka sangat. Al-maklumlah, aku ni mmg peminat kereta. Sure ramai yg dah tengok sedutan ini dimana mereka kenakan Lan Pet Pet dgn menghilangkan BMW E36 miliknye. Sedutan ini sudah agak lama, masa tu mamat tu bujang lagi. Aku pun pernah nampak mamat ni drive BMW ni dkt kawasan Tmn. Tun masa aku bujang dulu. Saksikanlah bertapa sayangnye mamat nie dkt BMW dia...

Sinar FM - Di Tepeng

Pd bulan April yg lalu, Sinar FM bersama Bank Rakyat telah mengadakan satu karnival di Taman Tasik Taiping. Antara yg turun membuat persembahan adalah Salleh Yaacob, Jamal Abdillah, Mila dan ramai lagi. Aku sempat kasi tau sedare mara di Taipng yg sgt meminati Jamal & Mila utk turut hadir melihat persembahan mereka. Dengar cerita, ada yg terlepas hari tu, so, bersama-sama ini disertakan clip video yg telah dirakamkan semasa majlis tersebut utk tatapan kome...





Bukan Islam Baca Al-Quran

Ingin aku bincangkan berkenaan isu yg telahpun aku sentuh tidak berapa lama dahulu. Semasa parti2 politik yg terlibat sedang sibuk berkempen utk pilihan raya kecil tidak berapa lama dahulu, tiba2 isu ini digunakan sebagai salah satu senjata utk meraih undi oleh salah sebuah parti yg bertanding. Isu orang bukan Islam membaca Al-Quran. Bersama-sama ini disertakan clip yg menjadi isu hangat itu:



Akupun terkejut bila aku bertemu rakan sepejabat yg merupakan golongan berkecuali turut tidak berpuas hati dgn apa yg telah berlaku. "Kenapa dia nak baca Al-Quran? Apa Tujuannya?" Jelas, penerimaan mereka agak negatif kesan daripada pengaruh media rasmi yg menegatifkan perkara tersebut. Entahlah, bagi aku, aku gembira kerana orang2 Kafir di Malaysia dah terbuka hati nak mendekati Al-Quran. Bagi aku, kalau terus begini, tak mustahil tak lama lagi, kaum2 utama lain dlm negara akan turut memeluk Islam. Dan ketika itu, Malaysia dah boleh ditadbir mengikut sistem pertadbiran Islam secara 100% tanpa anda sebarang tentangan. Kalau ada pun dari puak2 tu jugakle...

Ayat Al-Quran diturunkan kepada Rasulullah S.A.W. utk disebarkan kepada seluruh umat manusia. Islam pada asalnya hanya dipeluk oleh Nabi Muhammad S.A.W. telah berjaya diperkembangkan ke seluruh dunia sehingga ke hari ini melalui dakwah yg dijalankan menerusi ayat-ayat Al-Quran yg diturunkan oleh Allah S.W.T. Kisah bagaimana Saidina Umar Al Khattab, telah terbuka hati utk memeluk Islam setelah terdengar bacaan ayat Al-Quran adalah salah satu bukti bahawa ayat-ayat Al-Quran telah lama diperdengar dan dibaca oleh orang2 Kafir. Yg menjadi masalahnya, perkara tersebut tidak boleh diterima oleh mereka2 yg berfahaman Sekular. Bukan itu aje, org2 yg kononnya Islam tertapi berfahaman sekular ini dah tak baca pun Al-Quran dlm kehidupan seharian mereka. Di rumah mereka, ada Al-Quran. Ia akan disimpan ditempat yg tinggi. Kalau dilangkah, mereka akan marah. Kalau nak kahwin, Ia akan digunakan sebagai salah satu hantaran. Kalau nak baca, tak adale. Nak belajar maksudnya, jauh sekali. Kalau nak dibaca pun, bulan puasa nanti. Itu pun kalau terbuka hati nak baca.

Berikut adalah komen para Tok Guru berkenaan isu yg diheboh-hebohkan itu:



Wednesday, May 13, 2009

Selamat Hari Lahir - 12th May 2009

Tanggal 12 Mei 2009, sempena ulang tahun kelahiran isteri tercinta, aku & wife aku telah mengambil cuti utk meluangkan masa bersama-sama. Pada hari tersebut juga, aku dan seorang lagi rakan sepejabatku mengambil kesempatan mengadakan majlis makan tengahari di Hotel Singgahsana PJ sebagai tanda kesyukuran di atas penghargaan yang telah diberikan oleh syarikat tempat kami bekerja kepada aku dan sahabat aku, Norli, untuk prestasi kerja kami sepanjang tahun 2008. Alhamdulillah, kalau tak kerana teamwork yang baik dari rakan2 sepejabat kami, tak mungkin kami akan menerima penghargaan tersebut.

Majlis bermula kira-kira jam 12.30 tengahari sehingga jam 2.00 petang. Agendanya hanya makan2 aje. Kira celebrate birthday darling aku sekali le. Selepas majlis tersebut, rakan2 yang lain pulang ke pejabat. Aku & wife aku pula terus ke Ikea utk mendapatkan idea2 yang bernas utk hiasan rumah baru kami nanti. Happy Birthday to my dear Fatiah. Selain drp darling aku ni, antara rakan2 yg turut menyambut ulang tahun kelahiran mereka ialah En. Mat (30 April), Alan (4 May), anak kepada Mat, Ashraf (5 May) & anak2 saudaraku Amin (9 May) & Irdina (16 May). Yg itu aje yg aku ingat sbb tarikhnya dekat2. Utk kalian semua, kami berdua mengucapkan happy birthday...













Kemelut Selesai, Maruah Tergadai...

Kisah utk dijadikan teladan dan pertimbangan anda tentang apa yg telah berlaku.

Disebuah kampung yg aman dan damai, tinggalnya seorang Tok Kadi tersohor, Ustaz Mazlan yg juga merupakan seorang Tok Guru yg tinggi ilmu pengetahuannya dlm bidang hukum hakam agama. Di kampung itu juga, tinggalnya dua orang kaya yg sangat dihormati oleh penduduk-penduduk kampung tersebut. En. Izhar, seorang jurutera yg hidup bahagia bersama-sama isteri tercinta yang bernama Farah dan 3 orang anaknya. Seorang lagi orang kaya di kampung tersebut adalah Dr. Nazri yang masih bujang trang tang tang dan merupakan bekas kekasih Farah.

En. Izhar merupakan seorang yang baik hati dan suka menolong orang-orang kampungnya tanpa mengira kaum. Sikap ini membuatkan segelintir orang kampung yang sangat pentingkan elemen perkauman, tidak senang hati. Dua puak berlainan fahaman yang tinggal di kampung tersebut, satu puak yg hidup berlandaskan Islam seperti yg diamalkan oleh En. Izhar dan satu puak lagi yang mementingkan perkauman dan hidup berlandaskan ideologi sekular yang diperjuangkan oleh Dr. Nazri.

Dr. Nazri yang sukakan kehidupan ala-ala barat telah berjaya mempengaruhi ramai orang2 kampung utk berpegang kepada ideologi sekular dan cuba membuat orang2 kampung, kaum Melayu khususnya utk membenci En. Izhar. Kampung tersebut didiami oleh kaum Melayu, Cina dan India. Dr. Nazri mendakwa yg En. Izhar ini tidak menjaga kebajikan orang2 Melayu kampung tersebut hanya kerana En. Izhar telah membantu penduduk2 kampung Cina yg miskin dan tinggal di pendalaman. Tetapi hakikat sebenarnya, Dr. Nazri mempunyai hubungan yang sangat intim dengan tauke-tauke Cina dan India yang kaya raya di pekan berhampiran yang mana akan dapat membantu beliau menambahkan lagi kekayaan duniawinya.

Nak dijadikan cerita, Farah yg merupakan isteri kepada En. Izhar, turut terpengaruh dengan dakyah yang di bawa oleh Dr. Nazri. Dlm masa yang sama, Dr. Nazri yg masih cintakan Farah, telah berjaya membuka pintu hati Farah utk menyintai Dr. Nazri semula dan mula bencikan suaminya sendiri, En. Izhar. Sejak daripada itu, hubungan En. Izhar dan Farah sudah tidak sebahagia dahulu. Lebih memburukkan keadaan lagi, ketiga-tiga anak En. Izhar turut berjaya dipengaruhi oleh Dr. Nazri. Perkara ini pun dirujuk kepada Ustaz Mazlan.

Ustaz Mazlan telah pun dimaklumkan berkenaan kemelut rumah tangga yang dialami oleh En. Izhar dan Farah. Dlm pertemuan diantara Ustaz dan En. Izhar, En. Izhar telah menyatakan hasrat beliau utk menyelamatkan rumah tangga yang telah dibina dan menegaskan yang beliau tidak mahu menceraikan isterinya, Farah. Dlm masa yang sama, Dr. Nazri yang turut datang berjumpa dengan Ustaz menyatakan perasaan cinta dan sayangya terhadap Farah dan anak-anaknya dan beliau sudah bersedia utk mengambil Farah sebagai isteri. Apabila Ustaz bertanya kepada Farah dan anak-anaknya, mereka turut bersedia menerima Dr. Nazri sebagai pegganti En. Izhar. Setelah didesak dan dinasihati oleh Dr. Nazri, Ustaz Mazlan, selaku Tok Kadi dan Tok Guru tersohor kampung tersebut telah mengarahkan En. Izhar utk menceraikan isterinya. Walaubagaimanapun En. Izhar dengan tegasnya enggan menceraikan isterinya kerana masih ingin cuba menyelamatkan isterinya yang tercinta daripada terus sesat di bawah pengaruh Dr. Nazri.

Keputusan En. Izhar enggan diendah oleh Ustaz Mazlan, lalu Ustaz Mazlan pun membuat keputusan utk menikahi Dr. Nazri dengan Farah walaupun Farah tidak menuntut Fasakh di Mahkamah, dengan alas an tuan punya badan dan ketiga-tiga anak-anaknya telah bersetuju dan enggan menjalani kehidupan bersama En. Izhar lagi.

Semasa upacara angkat nikah hendak dijalankan, Manaf, yang merupakan pengikut En. Izhar dan anak murid kepada Ustaz Mazlan bersama beberapa orang rakan beliau telah cuba menghalang perjalanan Tuan Guru mereka ke masjid utk menjalankan upacara tersebut. Mereka semua telah ditangkap oleh pihak berkuasa kampung tersebut dan diberi amaran yang keras. Tindakan Manaf utk menyelamatkan maruah Tuan Guru mereka daripada melakukan keputusan yang akan menjatuhkan maruah tersebut telah dianggap biadap dan kurang ajar oleh pengikut-pengikut Dr. Nazri dan mereka-mereka yang berkecuali. Upacara nikah tersebut telah pun berjaya dilaksanakan dan dengan bangganya Dr. Nazri mengatakan yang beliau kini adalah suami Farah yang sah.

En. Izhar yang tidak bersetuju dengan apa yang telah belaku telah mengambil keputusan utk membawa perkara ini ke Mahkamah Syariah. Dipendekkan cerita, dlm keputusan yang dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah, En. Izhar masih lagi suami Farah yang sah dan pernikahan yang dibuat oleh Ustaz Mazlan adalah tidak sah dan bertentangan dengan hukum agama. Antara sebabnya, En. Izhar tidak pernah menceraikan Farah dan tiada tuntutan fasakh yang dibuat oleh Puan Farah utk mendapatkan penceraiaan.

Akibat daripada kemelut rumahtangga En. Izhar, kreadibiliti Ustaz Mazlan sebagai Tokoh Agama yang disegani oleh penduduk2 kampung tersebut telah tercemar. Lebih memburukan keadaan, apabila ditanya kepada Dr. Nazri, “itu adalah keputusan Tok Kadi.” Penduduk-penduduk kampung lain yang mengetahui perkara ini asyik menperkatakan, bagaimana seorang Ustaz yang tinggi ilmu Agama boleh mebuat keputusan yang jelas bercanggah dengan hukum-hakam. Dlm masa yang sama, Dr. Nazri melepas tangan dan munuding jari kepada Ustaz Mazlan tentang apa yang telah berlaku. Jelaslah, Manaf dan rakan2 amat sayangkan Tok Gurunya kerana cuba menghalang upacara pernikahan tempoh hari. Sekiranya pernikahan tersebut dibuat mengikut prosedur yang betul, sudah tentu Manaf dan rakan-rakan tidak akan berani menghalang Tok Gurunya sendiri melaksanakan tugasnya sebagai Tok Kadi.

Monday, May 4, 2009

Salam Tahniah

Sekalung tahniah diucapkan buat sahabatku Omar K di atas penganugerahan Best Pop Album 2008 menerusi album Misha Omar yg diterima di AIM ke 16 baru2 ini. Teruskan perjuangan mu di bidang seni....

Salam Takziah

Salam Takziah diucapkan buat sahabat aku, Mohd Irwan Ramli yang baru kehilangan bondanya pd 3hb May 2009. Bondanya telahpun pergi meninggalkan mereka buat selamanya secara tiba-tiba pada waktu Subuh hari tersebut akibat daripada serangan jantung. Bondanya telahpun menghembuskan nafas terakhirnya dipangkuan sahabatku ketika dalam perjalanan menuju ke Hospital Kajang. Aku dan rakan2 kenalan yang lain telahpun diberi kesempatan utk menziarah mereka pd pagi tersebut dikediaman keluarga mereka sebelum jenazah di bawa ke Tanjung Karang utk dikebumikan. Kepada Mohd Irwan, harap dpt tabahkan hati menerima hakikat ini. Anda masih boleh terus berbakti kpd bondamu melalui kiriman doa dari anak yg soleh. Semoga roh bondamu ditempatkan bersama orang-orang yang beriman. Amin...

Saturday, May 2, 2009

Our New Baby...

Jangan terkejut... darling aku masih belum mengandung lagi... tajuk aje gempar... masih belum ada rezeki lagi... Our new baby yg dimaksudkan ialah Sharifah Memey... kucing neighbour kami yg dah menetap hampir dua minggu di rumah kami. Sebenarnye kami berdua masih bersedih dgn berita kehilangan Spacey yg merajuk sampai tak nak balik umah family kami di Kg. Boyan tu sbb dia ingatkan kami dah buang dia. Sampai hari ni pun dia tak nak balik lagi. Buat masa ni si Memey ni le yg menjadi pengubat hati kami. Memey ni kucing milik jiran kami yg telah diseksa sekian lama. Aku rasa tuannye bukan peminat kucing. Mungkin kucing ni pemberian hadiah dari seseorang. Kucing ini dulu dikurung dlm sangkar kecil dkt laman rumah tuannya. Kadang2 tuannye tak balik. So berlapar le si Memey ni. Dgn sisa kumbahannye yg penuh dlm cage, tak dicuci. Menjerit2 dia bila setiap kali mendengar bunyi kami pulang dari kerja.

Selalu jugak kami tuangkan makanan kucing dari sebelah, masuk ke cage dia. Itu aje yg terdaya. Sehinggalah pd suatu pagi semasa kami nak ke pejabat, terdengar kucing ni bunyi mcm nak mati aje. Kami pun dah tak boleh nak buat apa. Sewaktu pulang dari pejabat, tengok2 dia dah standby dkt bawah kereta aku. Agaknye tuannye saje lepaskan dia. Sejak dari hari itu, dia pun bahagia tinggal bersama kami sampai tak mahu keluar dari rumah kami walaupun pintu rumah kami terbuka.

Kami pun tak berkesempatan lagi bersua muka dgn tuannya. Seorang perempuan bujang berusia lingkungan 30an yg tinggal seorang diri. Pagi kami keluar, dia dah tak ada. Mlm kami balik.. kdg2 lampu rumah dia terbuka dan kadang2 lampu rumah terpadam. Tak tau le ape cerite sbb dia tak berapa suka nak bergaul. Kalau berkesempatan nanti, aku nak aje beli kucing ni drp dia. Itupun kalau dia nak jual le... Nanti kami nak pindah, tak tau le nasib si Memey ni mcm mana pulak.


New baby yg sebenar, D-Boy dah dpt adik perempuan. Kakak ipar aku dah selamat melahirkan anak kedua mereka pd 30hb April 2009 melalui pembedahan. Sama tarikh dgn Hari Lahir Mat. Congratulation to my brother & sister in law, tak lupa juga, selamat menyambut ulang tahun ke 29 buat Mat yg kini dah selamat menjadi warga Kajang...

Majlis Pertunangan Shakira - 1 May 2009

Alhamdulillah. Di atas limpah kurniaNya, akhirnye, sepupu yg close dgn aku ni telah pun selamat menjadi tunangan orang... Majlis yang berlangsung di kediaman keluarganya di Kelana Jaya telah pun berjalan dengan lancar dan jayanya pd 1hb May 2009. Ramai jugak yg telah meluangkan masa utk memeriahkan majlis tersebut baik dari pihak keluarga kami (perempuan) dan pihak rombongan keluarga bakal suami sepupu aku nie. InsyaAllah, jika diizinkan oleh Allah S.W.T., uncle dan aunty aku akan menerima menantu pertama mereka pd Hari Raya Aidilfitri tahun ini. Al-maklumlah, dua orang aje puteri mereka, seorang dah dekat dah, seorang lagi tu, tak tau bila pulak. Apa-apapun, kami doakan u all akan berbahagia dengan pilihan masing-masing. Majlis tersebut telah bermula pd jam 5.00 petang. Romboangan pihak lelaki dikhabarkan datang dari negeri Kedah. Nanti kalau nak balik Kg. pihak lelaki, kalian berdua diwajibkan utk transit di Tepeng ye... Beberapa gambar yg sempat diambil pd majlis tersebut:

Debat perdana sebelum majlis dimulakan

Kek yg dibuat sendiri oleh Kak Sha. Class tu..


Hiasan bunga dari pihak perempuan



Nasib baik cukup.. kalau missing tu, aku le punye keje...




Barisan hantaran dari pihak perempuan



Disinilah tempat majlis menyarung cincin akan diadakan...



Yg ini tunang aku daa...



Yg ini baru budak yg nak bertunang tu..



Dah ready menanti rombongan pihak lelaki..



Barisan romboangan pihak lelaki... comel2 jgk... ni yg nak cari SY nie...



Para tetamu mengambil tempat sebelum majlis bermula



Jurucakap pihak lelaki (yg berpakaian gold tu..)



Hantaran dari pihak lelaki



Jurucakap pihak perempuan



Bersedia utk sessi seterusnya



Bakal ibu mertua telah selamat menyarungkan cincin di jari



Terharu le tu...










Inilah dia.. ubat batuk cap ibu dan anak...



Antara ahli keluarga yg sempat bergambar kenangan



Kami pun nak enterframe jugak..



Darling aku bersama birthday girl.. eh silap pulak..



Gunalah ubat gigi Mumin... semestinya halal...



Dua beradik ni.. sorang lagi ni rock abis...



Sessi seterusnye... makan le...





Para tetamu sdg asyik menjamu selera...



Malu-malu penguin le pulak....



Sama cantik, sama padan... bagai pinang dibelah dua...



Chewah...



Sesudah majlis... kita org lepak2 le...




Sidang khas Dun setelah mendapat perkenan Sultan...