
Semasa di entrance PWTC, tiba-tiba aje seorang lelaki yg berpakaian rapi datang menghampiri kami dan ingin memberi buku secara percuma (kononye). Orang ramai lalu begitu sahaja, cuma aku aje yg berhenti nak beri peluang kpd lelaki tersebut menyatakan apa yg dia hendak katakan. "Bang, ambil le bang buku nie, kita bagi percuma aje.." pelik jugak aku, kenapa dia nak kasi percuma. "Buku ni kami edarkan utk kutipan derma anak-anak yatim" aku & wife pun memegang buku tersebut, buku himpunan beberapa buah hadith. Isteri aku pun menyelak buku itu dan didapati beberapa gambar orang tengah beri donation dkt anak2 yatim. Wife aku pun bertanya, "Siapa yang tulis buku ni?" mamat tu enggan menjawab dan menukar topik. "Saya sama2 turun dgn Dato' hari ni utk kutipan derma ni. Harga buku ni ada dkt belakang ni, Kalau abang nak bagi lebih pun tak apa" bila dgr dia ckp mcm tu, kami pun rasa tak berminat nak donate, lalu menyerahkan buku tersebut kpdnya dan berjalan menuju ke dalam. Yg kelakarnya, aku terdengar mamat tu menyebut "Masya"Allah" sambil menggelengkan kepalanya. Beberapa sebab kami tak berminat nak donate dkt dia; 1. approach yg agak menipu sbb mula2 dia kata nak edarkan buku tu secara percuma, suddenly price buku ni dkt belakang kalau abg nak kasi lebih pun tak apa. 2. Selain drp hadith2 (sahih ke tak?) yg kami pun tak tau siapa penulis buku tu dan dipenuhi dgn gambar2 org tgh kasi donation (apa kejadahnye..). 3. Mamat ni mencemar duli mengutip derma sbb nak ampu Dato' mana entah... (peduli apa aku dgn Dato' tu...). Nak aje aku suruh dia dengar lagu Herman Tino.. Tangan kanan memberi, sorokkan tangan kiri, derma bukan tontonan.... ko org cari le balik lagu tu ye...
Kami hanya sempat luangkan masa lebih kurang 1 jam aje dlm dewan tersebut. Tak tahan sbb ramai sangat orang. Sempatle juga beli beberapa buah buku aje.. Seronok mmg seronok, cuma orang ramai aje yg buat aku rimas. Aku mmg tak suka crowded2 ni. Di bawah ni ada beberapa gambar yg sempat di ambil masa aku di sana:
Sewaktu menaiki escalator di PWTC






Selesai membeli-belah di PWTC, dgn segera kami keluar dari zon sesak tersebut dan menuju ke tempat yg lebih tenang utk lunch. Disebabkan dah lama sangat kami tak makan fast food, terasa teringin pulak. So, aku pun terus ke South City Plaza sbb dkt situ ada Marrybrown. Actually dah lama gile aku tak makan fast food kegemaran aku dulu. Reason, sbb aku dah boycott dia org, yg satu tu sbb ada contribution dgn Yahudi & yg satu lagi sbb American company. The only one Malaysian fast food restuarant, Marrybrown aje le. Lagi pun sedap jugak. Kesimpulannye, sokonglah barangan tempatan.. hhehe.. hehehe..hehhehe....
No comments:
Post a Comment