Sunday, March 27, 2011

Shooting @ Mentakab...


27hb March 2011... Alhamdulillah, aku baru aje selamat sampai di rumah kira2 jam 6.00 ptg tadi... Drive outstation berseorangan... mmg sgt mencabar... x ade kawan nak berbual... tambahan waktu dlm keletihan... tension... bile nak sampai...

.

Semuanya berpunca drp aktiviti yg telah aku jalani sepanjang siang hari ini... bangun seawal jam 5.00 pg... selesai aje solat Subuh, aku pun memulakan perjalan ke Pahang bagi menghadiri pertandingan menembak di kem Rejimen ke-7, batu 10, Mentakab... Alhamdulillah, selamat sampai ke destinasi kira2 jam 9.00 pagi...




.

Setibanya di destinasi... operasi pertama... bertemu dgn para sahabat... next... pendaftaran utk pertandingan... Tak lama selepas tu, pertandingan pun bermula.... Petandingan ini adalah anjuran pasukan semboyan di raja bersempena dengan kem latihan tahunan siri 1/2011. Aku adalah antara peserta jemputan khas yg baru aje terima jemputan pd lewat petang Jumaat lalu.

.

Pelbagai kategori telah dipertandingkan yang disertai oleh ratusan peserta yang terdiri drp jemputan khas, vvip, pasukan wataniah (semboyan) dan pasukan renjer (RRD). Acara berlangsung dari jam 8.30 pagi hingga ke 4.00 petang... Alhamdulillah... aku telah berjaya merangkul tempat sebagai naib johan kategori jatuh piring 200 meter (M16) jemputan khas. Tak sia-sialah kehadiran aku kali ini... Berkat sessi hari ini, Insya Allah, aku akan kembali aktif dalam badan beruniform tidak lama lagi...




Antara para sahabat yg sempat possing pagi tu..




Sessi menembak kategori vvip...





Bergambar bersama sahabat lama.. Abe Basri..




Mr. Omar selaku pengasuh aku merangkap juara keseluruhan...




Ada berani kaa...





Perbarisan sempena penutupan majlis...





Seorang lagi kenalan lama merangkap ketua pasukan... Mejar Maidin..




Bergambar kenangan bersama trofi kemenangan...




Bersama Haniff yg sedang menjalani latihan kem tahunan siri 1/2011



.

Sunday, March 20, 2011

Visit Freinds - Mar 2011... Adni Batrisya



Siapa dia Adni Batrisya??? Nama penuhnye... Adni Batrisya Binti Saiful Rizal... Ye... Saiful Rizal @ Snock... Semalam, 19hb March 2011... barule kami berkesempatan bertandang ke kediaman Epoy & isterinya utk menziarah merangkap bersua muka dgn anak pertama mereka buat kali pertama...
.
Kami tiba di kediaman Epoy di Kg. Melayu Subang kira2 jam 9.00++ mlm... Lebih kurang 1 jam ++ kami di sana... perjalanan diteruskan ke downtown Cheras utk menziarah Nazri & Bitah... Sayangnye.. Bitah tak ade... Nazri seorang aje... tu pun tak sempat nak berborak panjang memandangkan beliau pun busy menguruskan stallnye seorang diri.. Terlupa pulak nak snap masa di downtown semalam... Anyway.. Thanks to Epoy & isterinye for the dinner... Mantap masakannye walaupun bukan tuan chef kita yg masak...




Fatiah & Adni...

Happy Famliy...






.

Saturday, March 19, 2011

Selamat Pengantin Baru - Adin & Anis...



Minggu lepas... seluruh keluarga di Simpang busy dgn peranan masing2 bagi menjayakan majlis perkahwinan sepupu aku, Adin dengan gadis pilihannya, Anis... Utk turut serta menjayakan majlis berkenaan, aku telah memulakan perjalanan pulang dari KL selepas selesai sarapan pagi bersama isteriku pd Jumaat, 11hb March 2011. Darling aku tidak dapat turut serta bersama utk trip kali ini kerana beliau perlu bertugas di konti pada hari majlis bakal berlangsung... Al-maklumlah.. musim cuti sekolah... tak ada org yg nak ganti dia on that day..
.
By 10.00am, aku melepasi tol jalan duta dan Alhamdulillah, selamat sampai di Ipoh by 12.00pm... Tujuan aku ke Ipoh sbb nak jemput Pak Cik & Mak Cik aku di Gunung Rapat utk turut pulang bersama-sama... by 1.30 pm.. kami selamat sampai di Simpang dan terus ke Masjid utk menunaikan solat Jumaat... Selesai aje Solat, pelamin utk pengantin sudah ready dihias di kediaman Opah aku...



.
Dari kediaman Opah, aku ke Ford Service Centre, Taiping utk membawa pulang kereta aku yg dah seminggu tidor di workshop tu... Radiator's Termostart Set + Gasket Cover.... Nak buat cam mane... x ade rezeki... Kenelah ganti jugak... Selesai aje di workshop.. hujan pun turun dgn lebatnye... Aku pun pulang ke rumah parentku utk bersiap2 nak ke majlis akad nikah Adin di Masjid Tekah, Assam Kumbang... Selesai Solat Asar berjemaah... majlis akad nikah pun berlangsung... Lebih kurang jam 6.00 ptg... majlis pun selesai... rombongan pengantin lelaki telah dijemput bertandang ke kediaman keluarga pengantin perempuan di Kg. Jambu utk majlis minum petang...







Confidence aje mamat ni....

My sis, Adin & my Mom...

My Family...


Sessi minum petang di kediaman pengantin perempuan..



D'boy.. merasmikan pelamin di kediaman pengantin perempuan..

.
Keesokkan paginya... masing2 sibuk bersiap2 nak ke majlis resepsi di sebelah pihak perempuan... Adik aku sempat meluangkan masa utk menghias wedding car... Nissan Fairlady 350Z... hampir jam 1.00 petang... rombongan pengantin lelaki bersedia utk memulakan perjalanan ke Kg. Jambu...



Adin with 350Z...





Cikgu Arshad.. x lepas peluang bergambar kenangan...



D'boy pun....



Ready to go...





.
Seperti biasa, ketibaan kami disambut dengan alunan kompang... pengantin di bawa ke pelamin manakala kami semua ke meja hidangan utk menjamu selera sambil menonton acara yg telah direncanakan... Antara acara yg telah dilansungkan adalah sessi persandingan, pertunjukkan seni silat, alunan gendang dan serunai, persembahan accordian dan sessi photography... Selesai aje acara... rombongan lelaki pun mengundur diri bagi meneruskan operasi persiapan majlis resepsi pihak lelaki yg bakal berlangsung keesokan harinya...



















Persembahan Accordian...


Persembahan muzik tradisional...


Adin & Me...

.
Sebelah malam dikediaman Opah... sewaktu kaum hawa masih sibuk dgn persiapan akhir majlis resepsi pengantin lelaki... kaum adam dah mula bersuka ria melepaskan tekanan dlm sessi karaoke bersama keluarga... Mcm biasale... kalau ada sessi karaoke bersama family... aku akan jadi antara org yg aktif menjayakan sessi berkenaan... Masa ni le aku nak perform pun... kalau dkt tempat lain... rasanya dah tak nak perform... kira dah taubat jugak le...




Karaoke session...




Still can perform walaupun dah lama gile aku tak nyanyi...


.
Pagi Ahad... 13hb March 2011... kediaman Opah kembali sibuk dgn majlis resepsi pihak lelaki yg meraikan perkahwinan Adin & Anis... Selepas selesai menyusun meja2... pihak katering pun tiba utk persiapan hidangan majlis... diikuti oleh brother cendol yg didatangkan khas utk para tetamu... Brother DJ juga dah standby utk memeriahkan majlis... Selepas selesai kerja2 diluar... tetamu2 yg terdiri dari keluarga terdekat dan para jemaah Masjid tiba utk majlis Tahlil dan doa selamat... Selesai aje majlis Tahlil... para tetamu pun dijemput utk menjamu selera...





Photostate...


Majlis tahlil & doa selamat...

.
Lebih kurang jam 12.45pm... aku yg ditemani oleh sepupuku, Ejai & Fandi... bergerak ke Kg. Jambu utk menjemput rombongan pengantin perempuan... Setibanya kami semua di kediaman Opah... pengantin dan rombongannya terus mengikut aturcara yg telah dirancangkan sementara aku pula terus ke meja para tetamu utk bertemu dgn para sahabat dan saudara mara yg dah lama tak berjumpa...



Ketibaan pengantin...




Sahabat lama... Mat & Cikgu Komeng...


Mastura with 350Z

D'boy in action...




.
Majlis selesai lebih kurang jam 4.00 petang... selepas duduk berehat sambil berbual2... aku pun pulang ke kediaman parent aku utk bersiap2... Sebelum berangakat pulang... aku sempat minum petang bersama keluarga mertuaku di Kg. Boyan... selesai solat Jamak Maghrib dan Isya' di kediaman Opah... lebih kurang jam 8.00 mlm, aku pun memulakan perjalan pulang ke ibu kota... sekali lagi aku singgah di Ipoh utk menghantar Pak Cik & Mak Cik aku di Gunung Rapat yg turut serta dlm perjalanan aku kali ini... Alhamdulillah, by 1.00 am aku selamat sampai di kediamanku...


Fandi... bergambar kenangan with 350Z... InsyaAllah ada rezeki.. kita naik Abg E-1 punye nanti ye...

.