Saturday, August 18, 2012

Ramadhan 2012 - Round 3


10 hari terakhir Ramadhan... merupakan hari yang dinanti-nantikan oleh org2 yang beriman. Alhamdulillah, Allah S.W.T. memanjangkan umurku utk bertemu dgn hari2 bekenaan. Walaubagaimanapun, 10 hari terakhir ini adalah merupakan hari yang paling mencabar dan menduga kesabaran dan keimananku. Ujian dan dugaan disepuluh malam terakhir ini juga turut dirasai oleh beberapa rakan yang sempat berkongsi pengalaman bersamaku... Apa2 pun, kita kenalah tabah dan sabar menghadapinya....

Jumaat, 17hb Aug 2012.... merupakan hari ke 28 umat Islam menunaikan ibadah Ramadhan... hari tu merupakan giliran aku utk menyediakan juadah moreh utk surau Al-Faizun, Bukit Serdang. Darlingku yang kebetulan berkelapangan telah menyediakan bihun goreng sebagai juadah utk jemaah surau kali ini. Dah alang2 nak masak... kami turut menjemput sedare2 rapat utk hadir bersama-sama berbuka puasa di rumah... sayangnye, hanya Adin sahaja yg berkelapangan utk hadir.. Al-maklumlah... ramai yang dah bertolak pulang ke Kampung utk berhari raya... Sekali lagi, thanks to Adin yang sudi meluangkan masa memenuhi jemputan kami.

Selesai menjamu selera, kami sempat solat Maghrib berjemaah sebelum berangkat ke Surau bagi menunaikan solat sunat Tarawih yang terakhir utk tahun ini. Sama-samalah kita doakan agar kita akan diketemukan lagi dengan bulan Ramadhan yang akan datang.... Amin....

Dalam satu peristiwa ketika Rasulullah S.A.W. sedang menaiki 3 anak tangga mimbar. Baginda menyebut Amin disetiap anak tangga tersebut. Apabila ditanya oleh para sahabat, Rasulullah S.A.W. sebenarnya sedang mengAminkan doa Jibrail A.S. Apa yg didoakan oleh Jibrail A.S adalah Allah S.W.T akan memasukkan seseorag ke dalam neraka dan menjauhkan mereka dari syurga sekiranya:

1. Mereka yang bertemu bulan Ramadhan tetapi Allah tidak mengampunkan dosanya.
2. Mereka yang masih ada ibubapa tetapi tidak berbuat baik dengan mereka dan;
3. Mereka yang tidak berselawat ke atas Rasulullah S.A.W. apabila mendengar nama Baginda disebut. 

Renung-renungkanlah....


Ramadhan 2012 - Round 2


Round ke-2 Ramdhan 2012, pada 2hb Aug 2012 (Khamis)... kami berkesempatan pulang ke Tepen untuk menikmati kemeriahan Ramdhan bersama sanak saudara di sana. Alhamdulillah, kami selamat tiba di Kg. Boyan seawal jam 1.30 pagi Jumaat. Sempat melelapkan mata sebentar sebelum bangun semula bagi menikmati juadah sahur bersama family.

Sebelah pagi, aku & darling sempat jalan2 dkt Tepen Sentral utk dapatkan tiket cite Batman & hadiah birthday utk D'boy. Selesai solat Jumaat, aku bergerak ke kediaman parentku utk bertemu mereka dan anak2 buah kesayangan sambil layan si D'boy dgn kereta control baru dia....


Sebelah petang, aku & darlingku sempat ke Bazar Ramadhan Taman Kaya & Batu 2 1/2 bagi mendapatkan juadah2 utk berbuka puasa. Gerai utama yg ditujui di Bazar Ramadhan Taman Kaya dah semestinya gerai Kak Saira (kakak ipar darlingku) yg menjual lauk pauk utk berbuka. Shopping dkt Tepen mmg terasa mewah sbb harganye punyele murah kalau nak compare dgn Bazar dkt Taman Tun dan kawasan-kawasan yg sama waktu dengannye.... Malam tu, kami berbuka bersama Pak Ngah & Tok Mami aje di Kg. Boyan... Sebelum masuk waktu Isyak, Abg Pak Li sekeluarga tiba & kami terus ke Masjid Kg. Boyan bagi menunaikan solat Tarawih bersama qariah di sana.


Sabtu, 4hb Aug 2012, selesai solat Subuh di Masjid Kg. Boyan.... pagi tu tak ada kuliah Subuh. Selesai di Masjid, aku terus ke Gujapa Car Wash utk mencantikkan kekasih hatiku.... balik pd car wash... sambung polish pulak sebelum layan photo shoot dgnnya... Alhamdulillah, dpt jugak layan shot2 yg tak dpt aku buat dgn gadjet lama aku dulu.... Selain si Masterpiece... turut menjadi mangsa model tak berbayar adalah COCO si Puss in boot....



Sebelah petang, masa kami dihabiskan dalam cinema dengan menonton The Dark Knight Rises sebelum kami kembali ke Kota Jaya utk bersama keluargaku... Di sana, anak2 buahku turut menjadi mangsa model tak berbayar... biasale... masih tengah demam dslr... Malam tu, kami berbuka bersama parentku. My mom cook juadah favoriteku... daging masak pedas yg menjadi kegemaran semasa kecil2 dahulu hingga ke hari ini... Turut menjadi chef utk hidangan malam tu, adik aku & kakak iparku...


Keesokkan paginya, kami sempat menziarah Opah di kediamannya sebelum ke Lake Garden Tepen utk layan photo shoot.... Di Lake Garden... satu fenomena yg agak luar biasa berlaku di mana air tasik telah kering sbb dah hampir 2 minggu bandar Tepen tak terima hujan... pelik beno bunyinye ye...


Sebelah malamnye pula, kami berbuka puasa beramai-ramai di kediaman Kg. Boyan. Family Pak Li & Paiz... semuanya hadir utk memeriahkan suasana malam tersebut. Sebelum berbuka, sempat buat majlis Tahlil ringkas yg dijayakan oleh ahli keluarga sahaja. Selesai berbuka, kami sempat solat Maghrib berjemaah beramai-ramai yang di imamkan oleh Abg Pak Li sendiri. Tirai percutian Ramdhan kami ditutup selepas selesai Solat Subuh hari Isnin, 6hb Aug 2012. Turut serta pulang bersama kami ke KL adalah sepupu aku, Adin yg kebetulan turut pulang ke Kampung pada minggu tersebut. Alhamdulillah kami selamat tiba di ibukota seawal jam 10.00 pagi. 


Selasa, 7hb Aug 2012... kami kembali bertugas seperti biasa. Sebelah malam, sempat berbuka puasa bersama-sama Adin di kediaman Auntyku di Damansara. Selesai berbuka, kami bersama-sama ke Masjid Al-Mujahideen, Damansara bagi menunaikan solat fardhu Isya' dan sunat Tarawih berjemaah. Thanks to Adin yg sudi memenuhi jemputan berbuka puasa kami....


Sabtu, 11 Aug 2012, giliran utk kami meluangkan masa di Aman Heights. Azura, sepupu merangkap sahabat baik wife aku telah sudi menziarah kami dan meluangkan masa utk berbuka puasa bersama-sama. Thanks for your time... lain kail ajak si Salleh tu sekali ye... Asyik nak buka puasa dkt Penang aje... Sabo ajelah...