Saturday, August 18, 2012

Ramadhan 2012 - Round 3


10 hari terakhir Ramadhan... merupakan hari yang dinanti-nantikan oleh org2 yang beriman. Alhamdulillah, Allah S.W.T. memanjangkan umurku utk bertemu dgn hari2 bekenaan. Walaubagaimanapun, 10 hari terakhir ini adalah merupakan hari yang paling mencabar dan menduga kesabaran dan keimananku. Ujian dan dugaan disepuluh malam terakhir ini juga turut dirasai oleh beberapa rakan yang sempat berkongsi pengalaman bersamaku... Apa2 pun, kita kenalah tabah dan sabar menghadapinya....

Jumaat, 17hb Aug 2012.... merupakan hari ke 28 umat Islam menunaikan ibadah Ramadhan... hari tu merupakan giliran aku utk menyediakan juadah moreh utk surau Al-Faizun, Bukit Serdang. Darlingku yang kebetulan berkelapangan telah menyediakan bihun goreng sebagai juadah utk jemaah surau kali ini. Dah alang2 nak masak... kami turut menjemput sedare2 rapat utk hadir bersama-sama berbuka puasa di rumah... sayangnye, hanya Adin sahaja yg berkelapangan utk hadir.. Al-maklumlah... ramai yang dah bertolak pulang ke Kampung utk berhari raya... Sekali lagi, thanks to Adin yang sudi meluangkan masa memenuhi jemputan kami.

Selesai menjamu selera, kami sempat solat Maghrib berjemaah sebelum berangkat ke Surau bagi menunaikan solat sunat Tarawih yang terakhir utk tahun ini. Sama-samalah kita doakan agar kita akan diketemukan lagi dengan bulan Ramadhan yang akan datang.... Amin....

Dalam satu peristiwa ketika Rasulullah S.A.W. sedang menaiki 3 anak tangga mimbar. Baginda menyebut Amin disetiap anak tangga tersebut. Apabila ditanya oleh para sahabat, Rasulullah S.A.W. sebenarnya sedang mengAminkan doa Jibrail A.S. Apa yg didoakan oleh Jibrail A.S adalah Allah S.W.T akan memasukkan seseorag ke dalam neraka dan menjauhkan mereka dari syurga sekiranya:

1. Mereka yang bertemu bulan Ramadhan tetapi Allah tidak mengampunkan dosanya.
2. Mereka yang masih ada ibubapa tetapi tidak berbuat baik dengan mereka dan;
3. Mereka yang tidak berselawat ke atas Rasulullah S.A.W. apabila mendengar nama Baginda disebut. 

Renung-renungkanlah....


No comments:

Post a Comment