Sunday, September 2, 2012

Aidilfitri 2012 - Kuala Lumpur


Aidilfitri tahun ini memberi sedikit kelainan dalam kehidupan kami.... apa tidaknye, buat pertama kalinya selepas 32 tahun, ketibaan Syawal kali ini tidak dapat kami raikan bersama keluarga tercinta di kampung... Kami terpaksa beraya di KL kerana darlingku terpaksa bertugas pada malam raya sehinggalah ke 4 syawal... Aku pun terjebak le sama...

Aktiviti malam raya kami... petang tu, aku menemani darlingku bertugas... dapatlah aku merasai nikmat berbuka puasa di konti bersama rakan2 pejabat beliau... Sementara menantikan beliau selesai bertugas jam 1.00 pagi, kebanyakkan masa aku dihabiskan di surau.. (sedih meninggalkan Ramadhan)... Selesai aje darling aku bertugas... kami sama-sama turun ke Jalan TAR bagi melihat sendiri kemeriahan jualan lelong yang dah lama aku dengar... Alangkah terkejutnye kami... keadaan di Jalan TAR jauh lebih sibuk daripada hari-hari yang lain... sampai nak parking pun tak ada tempat.. udahnye, boleh lalu ajelah... 






Tibanya Syawal, pagi tu aku menunaikan Solat Sunat Aidilfitri di surau Al-Faizun, Bukit Serdang... majoriti makmum adalah warga asing (Bangladesh, Indonesia & Pakistan) yg tak balik beraya. Mujurlah ada AJK Masjid dan beberapa Otai yang memang dah jadikan Bukit Serdang sebagai kampung halaman. Tu pun tak ramai mana pun... Selesai di Bukit Serdang, kami sempat bermaaf-maafan sebelum meneruskan perjalanan ke office darlingku sbb ada sambutan raya bersama rakan-rakan yang bertugas. Suasana Hari Raya di konti tetap meriah.. mana idaknye, siap ada katering juadah hari raya dengan nasi minyak sekali...

Selesai aje kerje darlingku, kami pun bergerak ke Damansara bagi meraikan Hari Raya bersama aunty aku & anak cucunye... Di sana, kami lepak sampai Nadia & Fendi tiba bagi memulakan road tour gagak itam sempena Aidilfitri... Dari Damansara, kami ke Kelana Jaya untuk beraya di kediaman Uncle Halim sebelum kami bawa Uncle Halim & Aunty Siti sekali untuk beraya di kediaman Uncle Basir di Setapak Garden. Suasana di Setapak Garden mmg cukup meriah dengan kehadiran anak2 & cucu2 Uncle Basir yg memang ramai...
















Syawal kedua, sebelum kami ke Klang... sempat singgah di Restoran Maulana utk sarapan pagi... destinasi kami di Klang, sudah semestinya kediaman abang iparku (abg Feroz) & mertuanye... selepas selesai beraya di sana, kami sempat menziarah pusara ayah mertuaku yang telah disemadikan di sana pada Syawal ketujuh 2010 yang lalu... Selesai menziarah pusara, kami pulang ke Aman Heights bersama-sama dua anak buah kami, Muhammad & Haura yang dah kempunan sangat nak mandi kolam.. Sebelum tiba di Aman Heights, kami sempat bawa deme jalan2 di IOI mall & makan KFC di Equine Park.














Hari Raya Ketiga... pagi tu aku layan Muhammad & Haura di club house sementara wife aku bertugas di Konti. Sebelah petang, tibalah giliran Abg Feroz sekeluarga datang bertandang ke kediaman kami pula. Selesai aje makan, kami meneruskan perjalanan ke kediaman sepupu ibu mertua aku di Sri Serdang... Selesai di Sri Serdang, Abg Feroz sekeluarga terus pulang ke Klang sementara kami pula kembali ke Aman Heights bagi menyiapkan apa2 yg patut sbb keesokan harinya kami akan berkerja dan pulang ke Tepen selepas selesai waktu pejabat... (to be continued...)



No comments:

Post a Comment