Sunday, September 30, 2012

End of Syawal 2012


Penghujung Syawal... kebiasaanya, warga kota akan sibuk dengan majlis rumah terbuka Hari Raya... Biasanya, kami pun mcm tu jugak... cuma tahun ini... mood kami agak lain sikit, tak ada semangat nak organize open house mahupun attend open house... maybe sbb tahun ini buat pertama kalinya kami tak beraya di kampung pd 1 Syawal... Walaupun begitu, kami masih sempat memenuhi undangan perkahwinan dan meluangkan masa menziarah kediaman yang dikategorikan sebagai wajib...

Sabtu, 8 September 2012... kami sempat memenuhi hajat bapa aku utk menghadiri majlis perkahwinan anak best friend beliau (Uncle Mat) di Kampung Pengantin, Setapak. Turut hadir bersama-sama kami adalah Abg Hussein yg kebetulan sedang bercuti setelah hampir setahun berada di Bosnia. Semasa di majlis, kami sempat bertemu dengan Abg Majid... Hajat nak bertemu Uncle Halim & geng gagak itam di majlis tersebut tidak kesampaian sbb deme tiba agak lewat sedangkan kami pula tiba agak terlalu awal...
  







Selesai di majlis perkahwinan, perjalanan kami diteruskan ke Setapak Garden utk membawa parentku menziarah abang sulung bapaku (Uncle Basir) di kediaman beliau. Turut bersama menjayakan program ziarah kami adalah Abg Hussein & Abg Majid.

  
Dari Setapak, kami kembali ke Damansara... Di sinilah kami berkesempatan bertemu dengan Uncle Halim & family yang sepatutnya kami temui sewaktu kenduri. Beberapa jam kami berborak di sana, kami meneruskan lagi perjalanan ziarah kami... destinasi seterusnya sepatutnya Kajang... memandangkan keadaan traffic yang agak sesak ditambahkan lagi dengan kegagalan menghubungi tuan rumah yang hendak kami ziarah, maka, road tour ke Kajang terpaksa dibatalkan.




Sebelah malamnya pula, kediaman kami menerima kunjungan Shakira & Azmer yg kebetulan menghadiri jemputan rumah terbuka rakan mereka di Kajang... Thanks for the Satay Kajang... lama jugak aku tak makan Satay Kajang walaupun kami selalu jugak ke Kajang... Turut hadir bersama malam tu adalah Adin yang sepatutnya menyertai kami dalam siri ziarah sedare mare di Kajang... Hajat di hati, malam tu ingat nak jalan2 ke Downtown The Mines... memandangkan kami dah terlalu keletihan... kira boleh lupakan ajelah niat murni tu...





Keesokan harinya, Ahad, 9 September 2012... kami meneruskan lagi program ziarah sedare mare yang turut disertai oleh Adin. Destinasi pagi tu... kediaman abang sulung mak aku (Ayah Yeop) di Subang Bestari. Bila dah sampai umah Ayah Yeop... macam2 le deme hidang... sampai tak larat kami nak makan... Selain drp ziarah raya, tujuan kami ke rumah Ayah Yeop ni juga adalah utk menziarah Opah si Khairul yg dah semakin uzur dan Ayah Yeop sendiri yang khabarnya dah semakin kabur penglihatannya. Apa2pun, doakanlah yang terbaik untuk mereka... Amin...

Hajat Ayahanda & Bondaku utk pulang ke Tepen petang tu terpaksa di halang memandangkan ayahandaku asyik pening & muntah2 sejak pagi tu.. Katanya pening sebab naik kereta... Alhamdulillah, tak adele sakit apa2.. cuma kena baring ajelah... Mereka berdua hanya dibenarkan pulang keesokan harinya selepas keadaan ayahandaku dah benar-benar stabil.





Minggu seterusnya... Sabtu, 15 September 2012... ramai yg dok pulun nak buat open house memandangkan dah masuk hari2 terakhir Syawal.... Turut mengadakan open house, Surau Al-Faizun yang menjadi qariah rasmi kami... Aku & darlingku sempat meluangkan masa bagi memenuhi jemputan tersebut kerana ianya merupakan waktu terbaik utk kami beramah mesra bersama ahli2 qariah Bukit Serdang.





Sebelah petang hari yang sama... kami berkesempatan ke showroom VW di Tesco Cheras utk test drive model terbaru beetle. VW beetle 2012, dengan enjin 1.2 TSI... berjaya memperbaiki kelemahan yang ada pada model beetle terdahulu. Berkongsi enjin yang sama dengan polo... performance sememangnya tidak mengecewakan... ruang dalamnya jugak agak luas jika dibanding kereta dua pintu yang lain... Harganya pula.. hampir RM150k... boleh dianggap berpatutan utk kereta unik seperti ini.. Khabarnya.. VW akan membawa masuk model 2.0 tak lama lagi... entah macam mana le pulak dia punye pergi nanti.. yg 1.2 ni pun dah kira laju ni...







Ahad, 16 September 2012... Hari Malaysia... kami meneruskan road tour kami ke Kajang... Hajat dihati nak attack 3 rumah... hanya satu rumah aje yg dpt kami beraya memandangkan Wan Mah aku tak ada di rumah & si Mat pulak khabarnya outstation ke Sabah.. rumah yg sempat kami kunjungi hari tu adalah kediaman best friend ibu mertuaku... primadona veteran merangkap producer... Sharifah Aminah yang lebih mesra dengan panggilan Mak Long... Sejam lebih jugak kami lepak di rumah beliau.. al-maklumlah.. dekat setahun jugak tak jumpe.. mcm jauh sangat le pulak... Sabo ajelah... 



Hajat kami nak beraya di rumah Wan Mah tetap diteruskan walaupun dah masuk bulan Zulkaedah... Sabtu, 22 Sepember 2012, akhirnya kami sempat jugak bertandang ke rumah Wan Mah bersama-sama Adin, Anis & Mia Zulaika... Kami tiba di kediaman Wan Mah kira2 jam 6 petang... tapi si Adin tak muncul2 le pulak.. rupa2nya di stuck dkt kedai... tengah beli Satay Kajang... Di kediaman Wan Mah.. kami semua sibuk melayan si Mia yg merupakan anak pertama Adin... Kira pertama kali ni kami semua dpt bertemu dgn si Mia... Selain drp Satay Kajang.. Wan Mah sempat jugak goreng mi dkt kita org.. berulang2 jugak aku tambah.. sebabnye satu aje.. sedap le... apa lagi... 





 
 
Sebelah malamnya pula, sepupu merangkap sahabat karib darlingku berkunjung ke kediaman kami. Kehadiran Azura kali ini tidak disertai oleh Soleh yg khabar masih sibuk berkerja... Keesokan paginya kami bertiga memenuhi jemputan majlis kenduri doa selamat sahabat lama deme, Hajar di Kajang... Actually bukan open house Raya... memandangkan Raya hari tu tak jumpa.. kira kunjungan Raya le jugak...


 
Promosi... sesiapa yang nak join majlis Qurban yang akan diadakan di Kampung Boyan Tepen... boleh bincang2 dgn gua... Kabonye.. satu bahagian dlm RM350.00. Gua pun kirim dkt org sana je... Insya Allah, kalau ada kesempatan... boleh le turun majlis Qurban tu nanti.

No comments:

Post a Comment