Sunday, February 27, 2011

Hachiko vs Shiro...





.

Baru2 ini aku berkesempatan menonton sebuah filem berkenaan hubungan akrab di antara anjing dgn tuannya, HACHIKO A DOG'S STORY... Filem ini diadaptasikan daripada kisah benar yang belaku di Jepun pada era 1930'an... Actually aku pernah dengar kisah ini sewaktu menghadiri sessi kursus motivasi beberapa tahun yg lalu... Tak sangka pula kisah ini ada difilemkan...












.

Hachiko adalah seekor anjing jenis Akita yg telah dibela oleh tuannya, Professor Ueno di Tokyo, Jepun. Professor Ueno menggunakan keretapi sebagai pengangkutan utama utk beliau berulang-alik ke tempat kerja. Setiap hari, Hachiko akan menemani Professor Ueno ke stesen keretapi Shibuya sewaktu beliau hendak ke tempat kerja dan menanti di hadapan stesen tersebut pada waktu pulang. Begitulah rutin harian kehidupan mereka berdua sehinggalah pada suatu hari dlm bulan May 1925, Professor Ueno yg pergi ke pejabatnya seperti biasa, tidak kembali lagi di stesen berkenaan kerana telah meninggal dunia. Hachiko tetap setia menanti tuannya itu pd hari berkenaan... Hachiko kemudiannya diserahkan kepada penjaga lain tetapi beliau telah lari dari rumah tuan barunya dan menuju ke kediaman lama Professor Ueno... Selepas menyedari yg kediaman tersebut telah diduduki oleh org lain, Hachiko kemudiannya kembali ke stesen Shibuya dan terus menetap di sana dgn harapan tuannya akan kembali bertemu dgnnya di stesen berkenaan. Hachiko terus dikenali oleh masyarakat di kawasan stesen berkenaan dan menjadi sangat terkenal di Jepun atas sifat kesetiaannya... Hachiko terus menanti tuannya di stesen berkenaan selama 11 tahun sebelum beliau pergi buat selama-lamanya di stesen berkenaan. Sebagai tanda penghargaan, Tugu beliau telah didirikan di hadapan stesen berkenaan... Tugu tersebut telah diwujudkan sewaktu Hachiko masih hidup lagi. Sehingga hari ini, tugu berkenaan masih wujud di stesen Shibuya, Jepun...
.
Bila tengok Filem ini.. pastinya aku teringat dgn 2 kucing aku yg sgt setia dgn aku.. Shiro & Spacey... Shiro telah hilang sewaktu aku overnight di rumah saudara wife aku di Ipoh.. Mlm tu dia merajuk sbb aku kurung dia dlm kandang... keesokan paginya aku balik ke KL tanpa dia sbb dia hilang entah ke mana... beberapa hari kemudian dia pulang ke rumah berkenaan dan bila dia sedar yg aku tiada di situ.. dia terus lari entah ke mana walaupun saudara wife aku cuba pujuk dia utk tinggal di sana... Kes Spacey pula, aku tinggalkan dia di rumah mertuaku di Kg. Boyan.. actually dia mmg dah biasa tinggal di sana.. selepas seminggu dia sedar yg aku tak pulang ke rumah berkenaan, beliau pula melarikan diri dari rumah tu dan hilang entah ke mana.. mungkinkah mereka pulang ke rumah lama aku???































Saturday, February 26, 2011

Banjir Oh Banjir...




.
Khamis, 24hb Feb 2011... hujan lebat yg melanda ibu kota telah mengakibatkan banjir di sebuah Training Centre di Jln Semarak Kuala Lumpur... Tragedi tersebut telah meneggelamkan lebih 20 kenderaan milik petugas dan peserta2 yg menghadiri latihan di pusat berkenaan... Kami amat bersimpati dgn nasib yg telah menimpa petugas dan peserta2 yg terlibat dlm bencana ini. Tentu banyak belanja yg perlu dikeluarkan bagi membaiki kenderaan masing2... Insurans tak cover kes bencana alam mcm nie... Apa2 pun, aku bersyukur kpd Allah s.w.t. kerana kejadian ini tidak menimpa aku. Actually, aku pun baru aje menghadiri kursus di pusat latihan ini pd 21, 22 dan 23hb Feb baru2 nie.. kalau kursus aku tamat pd 24hb.. mungkin aku pun terlibat sama... Syukur, Alhamdulillah....



























.

Tahniah....




Tahniah diucapkan kepada Rais kerana telah terpilih menjadi pelajar Sekolah Muzik sepenuh masa di Johor baru2 ini... Harap Rais akan belajar dan berusaha bersungguh-sungguh sehingga tercapai segala impian dan cita-cita... Jgn sia-siakan bakat yg dikurniakan Allah tu... Gunakanlah bakat yg ada utk mempertingkatkan diri dlm usaha mecapai kejayaan di dunia dan di akhirat.... Selamat Maju Jaya...

.


Sunday, February 20, 2011

Honda CBR 250R



.
Buat sahabat yg masih belum tahu... Boon Siew Honda baru aje melancarkan model terbaru mereka, Honda CBR250R... Sebuah sport bike yg pastinya dpt membantu mengurangkan beban kos perjalanan harian kita semua... Ditawarkan dalam 2 versi iaitu dengan ABS dan tanpa ABS... harga bagi model ABS adalah RM 21,799 dan yg tanpa ABS hanya RM 18,799... Model ini di cipta oleh Honda di Jepun dan dikeluarkan oleh Honda Thailand... Motosikal ini dilengkapi dengan enjin 4 stroke, liquid cooled single-cylinder 249.4 cc dengan fuel injection, 6 speed dan turut menggunakan suspension pro-link utk suspension belakang... Motosikal ini juga ditawarkan dlm 3 warna iaitu Merah, Hitam dan Silver... Yg pastinye... poster motor ni dah terlekat dkt desktop laptop aku dan pintu hati aku juge...
.

Persidangan Gagak Itam @ Aman Heights...





.

Agak dah lama geng gagak itam x buat gathering... Al-maklumlah.. masing2 sibuk dgn kerjaya masing2... Alhamdulillah, minggu ini, ahli2 geng gagak itam telah sudi meluangkan masa bagi menjayakan perjumpaan rasmi pertama tahun 2011 yg diadakan di Aman Heights...



.

Semuanya bermula dengan lawatan Azmer & Shakira ke Aman Heights pd cuti umum sempena MaulidurRasul, 15h Februari 2011 yg lalu... Sebelum tu, masih belum terlambat utk kami ucapkan Selamat Menyambut MaulidurRasul buat semua kenalan yg beragama Islam... Harap semua dapat tingkatkan Selawat dan Salam buat Nabi junjungan kita, Nabi Muhammad S.A.W.




.

Azmer dan Shakira tiba dikediaman kami kira2 jam 6.00++ petang... since dah lama tak berkumpul mcm ni... banyaklah perkara yg dibualkan semasa sessi minum petang... selepas selesai solat Maghrib, sessi kami bersambung di kedai makan utk sessi dinner bersama... restoran yg menjadi pilihan malam tu ialah Naili's Place, yg terletak di Tmn Dato Senu, Sentul... Ini merupakan kali pertama kami dinner di situ... walaupun kewujudan restoran ini telah disedari sejak dari zaman kami lepak di Sentul lagi.... tetapi kami tak pernah singgah makan di situ sbb kedai ni sentiasa penuh, lagi pun kami mmg dah sign contract dgn gerai nasi lemak belakang padang bola Tmn Dato Senu ketika itu... Masuk aje kedai... waahh.... amazing... udah mcm dalam cerite Magika pulak... Punye le cantik dan luas... Ketika dlm kedai.. banyak meja kosong... tapi si Azmer & Shakira terus aje berjalan sampai ke hujung... Rupanye si Azmer nak jumpa tauke restoran ni yg merupakan bapa sedare dia... Tak pernah pulak aku tau... anyway.. bagus jugak... boleh dpt discount... hehehehe... Kesimpulannya, makan dkt sini mmg sedap... tambah best lagi... environmentnye mmg sgt cantik, menarik dan hebat... rugi kalau kome tak try... 5 star beb....

































.

Perjumpaan rasmi geng gagak itam kali pertama bagi tahun 2011 telah berlangsung pada 18hb Feb 2011... Kesemua ahli tiba tepat pada masa yg dijanjikan... jam 9.00 mlm.... Sessi dimulakan dgn makan malam bersama-sama di kediaman kami... masing2 bawa juadah seorang sikit... Punyelah seronok makan sampai lupa nak amik gambo... Selesai dinner, kami berborak sekejap sebelum mereka semua di bawa ke Kolam Ikan utk sessi memberi ikan makan diwaktu malam... Kesian jugak dkt deme ni... mereka adalah antara sahabat yg selalu berkunjung ke Aman Heights.. tapi tak pernah tgk kolam ikan ni... salah aku le tu... Mlm tu.. aku lelap kan mata awal sbb nak bangun awal pagi bagi menjayakan aktiviti pagi keesokan harinya...














.

Sessi yang dimaksdukan... morning walk di sepanjang jalan bersatu, Serdang Heights... Lebih kurang 1/2 jam jugak kami berjalan dari hujung ke hujung Jalan bersatu tu... Sessi bersambung ke Kolam Ikan utk aktiviti memberi ikan makan diwaktu pagi... Selesai di kolam... kami kembali ke rumah utk sessi sarapan pagi sebelum sambung aktiviti di kolam renang...












































.

Selepas selesai, mereka pun bersiap-siap utk pulang... Pagi tu mereka menerima perkhabaran berita ttg atuk mereka yang terjatuh... so, dari Aman Heights, mereka semua terus ke PPUM utk menziarah atuk mereka . Apa2 pun, kami doakan semoga atuk mereka akan kembali sembuh... Pagi ini, 20hb Feb 2011, sewaktu kami menegur jiran yg sama2 sedang menjalankan aktiviti morining walk... jiran tersebut telah mengajak kami menyertai sessi tersebut bersama beliau.. rupa2nye... ada track utk aktiviti jungle tracking di Serdang Heights ni... panjang track nie lebih kurang 2 km satu hala... melibatkan aktiviti mendaki dan menuruni bukit... Insya Allah... siapa2 yg nak join aktiviti nie.. boleh le kami bawa nanti... tapi kena gerak seawal 7.30 pagi le....



.

Tuesday, February 15, 2011

Diet - Kekal Muda Bertenaga...



.
Hujung minggu yang lalu, aku berkesempatan menyaksikan 2 program talk show berbeza yang menampilkan 2 tokoh terkenal Malaysia... Kedua-dua tokoh ini adalah antara individu termahsyur dlm bidang masing-masing... Seorang berusia 76 tahun dan seorang lagi sudah berusia 86 tahun... Persamaan kedua-dua individu ini adalah mereka masih terus aktif dan masih kekal bertenaga... Antara tips yg dikongsi bersama dlm kedua-dua program tersebut adalah diet pemakanan mereka...
.
Tokoh pertama: Hanya makan ikan, sedikit nasi, banyakkan sayur-sayuran dan buah-buahan... Beliau juga tidak minum kopi, teh, milo dan sebagainya tetapi hanya mengambil mineral water sbg sumber minumannya. Yg penting sekali, beliau tidak makan banyak (berhenti sebelum kenyang). Untuk senaman yg sesuai dgn usia beliau, beliau mengamalkan aktiviti berjalan kaki dan sentiasa bangun awal pagi.

.

Tokoh yang kedua: Langsung tak makan ikan, makan sedikit (berhenti ketika tengah sedap).

.

Cuma yang buat aku rasa kurang berpuas hati... bila kedua-dua mereka mengatakan yang mereka tidak minum arak... Memanglah bagus mereka tak minum arak... cuma yang tak kenanya... sebagai orang Islam... perlukah mereka menyatakannya??? Bukankah terang dan nyata yang arak itu haram dan tidak boleh diminum oleh umat Islam walaupun setitik... Bila mereka keluarkan statement mcm tu.. ianya seolah-olah arak tu tak haram.. cuma mereka aje yang tak nak minum... secara tak langsung... ia juga menunjukkan yg arak tu benda biasa dlm kehidupan sosial mereka... Agaknye sbb tu lah mereka tak rasa janggal nak cakap mcm tu... Sbg contoh... pelik tak bila aku cakap.. "utk kekal muda, saya banyak makan ikan dan kambing. Saya juga tak makan lembu, ayam dan babi." Pelik tak bunyinya???


Thursday, February 10, 2011

Estawoo...


.
Artikel menarik yg diterima drp seorang sahabat melalui email baru-baru ini. Untuk dikongsi sebagai renungan bersama:


.
In the program called (One Family) on MAJD channel the speaker was Dr. Yahya Alyahya (head of the CALL to Islam Committee) He said that Muslims are never disorganized; they just need to be CONVINCED.

.
Then he told a story of an American Non Muslim Man who was discussing about Islam with him while he was watching live on broadcast of Salat Isha' from Kaabah on TV.

.
The American man was so amazed of how crowded is the Masjid, more than 3 million Muslims were there at the last nights of the holy month of Ramadhan. So crowded, so disorganized.







.
The sheikh asked the Non-Muslim man: How long do you think they'll take to organize themselves in rows and start the Salaat?
.
He answered: at least 2-3 hours
.
The sheikh said : But the masjid (Haram) of Kaabah is 4 floors.
.
The man said: Oh, this's will make it about 12 hours then
.
The sheikh said : Put in your mind that they are from countries all over the world with different languages.
.
The American man said: It's Impossible to organize them by any means!!!
.
The the Salaat time came, and sheikh Sudais of Makkah stood up and said "Estawoo" (Arrange yourselves)


.
And within seconds, the whole scene changed and the crowd of 3 million Muslims arranged themselves in well organized rows in NO TIME!!!









.
The American man stared at the TV screen for a moment, and then said:
ASH-HADU ANN LA ILAHA ILALLAH WA ASH-HADUA ANNA MUHAMMADAN RASULULLAH
.

Monday, February 7, 2011

Chinese New Year - Pak Ngah @ Aman Heights



.
Selepas kepenatan tiba dari Taiping pada malam sebelumnya, aktiviti 1hb Feb 2011 dimulakan dengan sarapan pagi di food court precinct 9, Putrajaya... Hari itu merupakan public holiday sempena Hari Wilayah.. Masa yg sesuai untuk jalankan urusan bank di Selangor... Selesai aje breakfast... kami pun bergerak ke Cyberjaya untuk jalankan urusan perbankan...











.
Sebelah petangnya... kami bergerak ke Kepong untuk menziarah sepupu wife aku, Abg Nasir & family.. Dlm kesibukan Abg Nasir & family pulang dari berkelah, beliau masih sempat sediakan Bihun Goreng & Dadih utk kami.. ditambahkan pula dgn satay yg dibeli oleh Pak Ngah.. tak jadilah kami nak keluar makan malam hari tu... Selesai solat Maghrib, kami bergerak ke office wife aku... saje bawa Pak Ngah & Tok Mami buat lawatan sambil belajor... Sempat le amik gambo Pak Ngah berangan-angan jadi host dkt beberapa set yg ade.. Sabor ajele...


Di kediaman Abg Nasir...



Pemandangan Kuala Lumpur



Di pintu masuk wisma IBC..





@ Set Sehati Sejiwa..



@ Set Panorama... nak jadi host le tu..



Pak Ngah menemuduga Pak Schumarcher @ Set Sukan..

.
2hb Feb 2011, seawal jam 7.30 pagi... aku & Pak Ngah jalankan aktiviti morning walk sambil mendaki bukit di sepanjang jalan Bersatu, Serdang Heights... Cuak jugak bila banyak street dog turut sama buat morning walk pagi tu... mujurlah deme ni dah biasa tengok org jalan2 di kawasan tu... so, deme buat hal deme ajele... Selesai aje morning walk dan breakfast di rumah... kami pun bersiap2 nak pegi jalan2... memandangkan aku & darling aku cuti pada hari tu... so, panjang sikit le langkah kami....


@ Club House Aman Heights..










.
Lokasi pertama yang kami tuju... Gerai Kepala Ikan yg terkenal di Bangsar... Lokasi sebenar gerai ini adalah di hadapan kedai tayar yg terletak di belakang restoran Syed Bistro... landmark yg lebih tepat... kalau kome lalu dkt situ jam 12.00 tengahari... pasti akan ada ramai insan2 yang beratur panjang utk ambil juadah di gerai berhadapan dgn kedai tayar.... Ramli Sarip pun selalu makan dkt sini...




Antara yg sabar beratur...






.
Dari Bangsar... perjalanan diteruskan ke Kuala Pilah, Negeri Sembilan... Tujuan kami ke sana adalah bagi memenuhi hajat Tok Mami utk bertemu dgn rakan sekolah beliau yg sudah lebih 40 tahun tidak berjumpe... Actually, sahabat Tok Mami ni ada attend kenduri dkt Taiping sebelum ini dan berjumpa dgn jiran kami semasa kenduri tu.... sembang punye sembang... since dia mention dkt jiran tu yg dia ni kawan sekolah Tok Mami, jiran kami tu pun pass no telefon Tok Mami dkt dia... tu yg boleh jumpa balik tu... mulanya aku ingatkan Tok Mami pun dah ada account facebook... rupenye idak yee...



Tok Mami.. sempat possing masa di RNR Seremban



Di atas bukit dlm perjalanan ke Kuala Pilah...






Rumah Minang Kabau... milik kawan Tok Mami...


Inilah kawan Tok Mami tu...




.
Dari Kuala Pilah, perjalanan diteruskan ke Seremban... Kali ini kami ke rumah cousin wife aku, Azura... saje Tok Mami nak tengok umah dia... Selepas solat Maghrib di rumahnya... kami sambung perjalanan pulang ke Seri Kembangan... Singgah dinner di restoran kegemaran kami, Seri Kembangan Paradise yg terletak berdekatan roundabout Sri Serdang... Menu kegemaran... Ikan Bakor le...


Kediaman Azura di Seremban...






Sewaktu dinner di Sri Kembangan Paradise..





.
Khamis, 3hb Feb 2011, Hari pertama Chinese New Year... Pagi tu kami ke Jusco Equine Park... Tok Mami nak shopping hadiah utk cucunye di Tepen... Memandangkan Raye Cine... banyak jugak butik2 yg tutup... org pun tak ramai sangat.. so, senang le sikit nak shopping... mujur Jusco tak tutup... Memandangkan petang tu wife aku kena bertugas... so, kami banyak habiskan masa di rumah aje... Sebelah malamnya, aku & Pak Ngah sempat merasmikan cafe sebelah swimming pool di club house Aman Heights yg baru aje bertukar tauke.. dulu cafe tu diusahakan oleh mamat Iran, kali ni diusahakan oleh brother Melayu pulak... waktu operasi seawal 8.00 pagi - 10.00 mlm... antara juadah yg dijual, nasi lemak, western food & masakan Thai... Senang le sikit aku lepas ni.. tak payah nak keluar cari makan lagi...




Shopping @ Jusco Equine Park...



Dinner @ Club House...



.
4hb Feb 2011, selepas drop wife aku di pejabatnya, kami teruskan perjalanan kami ke kediaman Abg Long di Klang... Selesai solat Jumaat, aku, Pak Ngah & Abg Long singgah ke Sekolah Tahfiz anak2 buah kami... Budak2 ni susah sikit nak cuti.. kalau nak jumpe, kena le pergi ke sekolah deme... Tak ape.. belajor rajin2 ye... Selesai di sekolah Tahfiz, kami pulang ke kediaman Abg Long utk menikmati makan tengahari... Selepas solat Asar, kami beramai-ramai bertolak ke kawasan perkuburan utk menziarah pusara Arwah Tok Papa... Hajat kami nak menziarah kubur tidak kesampaian apabila kereta kami tak dapat masuk sbb pintu pagar kawasan kubur tu berkunci... Harap pihak yg bertanggungjawab menjaga kawasan kubur tu akan lebih prihatin di masa akan datang... Dlm perjalan pulang dari Klang... kami sekali lagi singgah ke sekolah Tahfiz Ar-Rasyid.. kali ni nak menuanaikan hajat anak2 buah yg rindu dkt Tok Mami... Selesai sessi mengubat rindu.. kami pun bergerak semula ke office wife aku utk jemput dia yg dah selesai bertugas...



Bakal Tuan Sheikh... dari kanan, Huzair, Mohd & Fakrul..









Lunch time..



Dlm perjalanan ke tanah perkuburan...







.
Dlm perjalanan pulang... kami singgah solat Maghrib di stesyen minyak Shell, Bukit Jalil sebelum meneruskan perjalanan ke pasar malam kediaman lama kami di Puncak Jalil... Keadaan di pasar malam juga agak sunyi... ramai org tak meniaga.. mujur brother cakui kegemaran kami tu ada... Boleh le buat kudap2 waktu sessi menonton tv mlm tu... Mlm tu, kami dinner di food court Giant, Bandar Putra Permai... Semasa dinner di sana.. aku terserempak dgn sahabat lama aku... Azizul @ Abuya... Pada mulanya... dia teragak2 nak tegur.. al-maklumlah.. size aku masa zaman sekolah dulu mmg berbeza dgn size aku hari ini... last2 dia tegur juga... rupa2nya... dia pun tinggal di area Sri Kembangan jugak... nampak gayenye.. bertambahle ahli kelab Badminton kita.... Tengah2 malam hari tu.. kami duduk rumah menikmati cakui sambil layan Hantu Kak Limah di channel Astro First... Ulang2 tengok pun.. masih gelak juge... Sabor ajelah...


@ Pasar Malam, Puncak Jalil...


@ Food Court, Giant..

.
Sabtu, 5hb Feb 2011, sekali lagi kami pulang ke Tepen... kali ini nak hanto Tok Mami & Pak Ngah pulang... Tok Mami ni mudah penat dan susah nak naik & turun tangga, so, kami tak benarkan dia pulang dgn public transport... Semasa dalam perjalanan pulang... kami singgah sebentar ke rumah sahabat Pak Ngah, Abg Sham di Rawang... Abg Sham ni dah macam family jugak... selalu menziarah Tok Mami & arwah Tok Papa tiap kali dia pulang ke Tepen... Masa arwah Tok Papa tenat di Klang dulu... satu malam Abg Sham tunggu sebelah arwah... Hajat kami nak masuk rumah Abg Sham tak kesampaian sbb nak kena naik tangga tingkat dua... Al-maklumlah, Tok Mami susah nak naik/turun tangga... so, kami tukar plan, lepak dkt kedai makan ajelah... Pagi tu kami breakfast dgn Abg Sham di Food Court, Tesco Rawang... waktu Tok Mami & wife aku shopping2... kami sambung minum dkt cawangan restoran Santai yg terletak dlm Tesco tu jugak... Lebih kurang jam 12.00 tengah ari... kami teruskan perjalanan pulang ke Tepen...



@ Food Court Tesco Rawang...



Antara hidangan yg menarik di Food Court...



Duduk bersantai @ Santai...





.
Perjalanan dari KL ke Tepen lancar... tidak pula bagi mereka yg bergerak dari Utara ke Selatan... kenderaan bergerak pelahan dari sebelum Tapah lagi... Inilah sebabnye aku tak gemar balik bila cuti Raye Cine... Keluar tol Changkat Jering... Kenderaan masih beratur hingga ke Simpang.. Kalau aku jadi deme.. mmg aku tak balik hari tu... Kalau dah mcm itu, busuk2... mahu 8 jam baru boleh sampai ke KL... Sabor ajelah...




Highway Utara ke Selatan..


Keadaan dari Simpang ke Changkat Jering..






.
Memandangkan Astro First yg aku subscribe hanya bersiaran selama 48 jam aje... aku bawa balik sekali kad Astro umah aku utk buat tayangan perdana Hantu Kak Limah Balik Rumah... petang tu.. aku open dkt umah parent aku... Sebelah malamnye pulak... buat tayangan perdana di umah keluarga mertua aku di Kg. Boyan... semua anak buah dkt Tepen turun... rupanya ada jugak yg takut dgn hantu Kak Limah... sampai ade yg takut nak balik rumah... sabor ajelah...




Tayangan Perdana.. Hantu Kak Limah Balik Rumah..



.
Keesokan paginya... dlm perjalanan dari umah parent aku ke Kg. Boyan... kami singgah sebentar ke Tmn Kaya utk jemput anak buah kami... Aktiviti pagi tu... mandi air terjun di Burmise pool... Turut serta dlm aktiviti tu.. Abg Faisal @ Pak Ngah, Abg Faiz, Daniel & Dina... Sewaktu di Tmn Kaya... aku sempat snap kecederaan yg dialami oleh Daniel akibat tertumpah maggi yg baru dimasak...






.
Sewaktu di Burmise pool... kami ke lokasi favorite... sebelah atas sekali... Port yg kami tujui kosong.. x ade org.. so enjoy lebih sikit le... Bawah sikit.. ramai jugak org... tengah2 mandi2 tu... si Daniel terlepas cakap pulak... "dekat sini, pacat tak ade... Ulxxx adelah"... spoil betul mamat nie... aku dah tak sedap hati... tapi kami teruskan juga mandi manda... tak lama lepas tu... sekumpulan pengunjung warga Bangladesh tiba... deme ni takut2 nak mandi dkt kawasan kami... lepas kami ajak... baru deme berani join... sebelum deme beredar... deme minta nak tangkap gambo dgn kami... kasi le deme satu shot... Semasa di air terjun... kami terjumpa satu ranting yg agak pelik & unik... mulanya ingatkan sepit rambut.. tengok betul2.. rupanya ranting... Dlm perjalanan pulang... firasat aku menjadi kenyataan apb sewaktu kami menuruni bukit... kami berhenti sebentar melihat monyet yg riuh rendah di atas pokok berhampiran... rupa2nya, deme nampak seekor Tedung Selar sedang mengejar mengkarung dilaluan yg hendak kami tujui... Alhamdulillah, Allah S.W.T. gerakkan hati kami utk berhenti apb monyet2 tu buat bising... kalau bertembung.. tak tahu le apa yang akan terjadi.. Satu pengajaran yg berguna buat Daniel... kalau masuk hutan... hati-hati bila bercakap ye...





Pak Ngah & Dina...








Uniknye Ranting kayu ni...



.
Sebelah petang... kami sempat menziarah Opah di kedaiamannya... Tiba waktu Maghrib, kami pun pulang ke keidaman parent aku... Mlm tu, kami sempat keluar dinner di kedai kegemaran kami di Taman Kaya... Keesokan paginya, seawal jam 9.00 pagi kami bertolak dari Kg. Boyan ke rumah parent aku... Hajat nak jumpa D'boy, tak kesampaian sbb dia kena pergi sekolah... mujur ade Irdina... Lebih kurang jam 10.00 pagi.. kami melepasi tol Changkat Jering utk ke Kuala Lumpur... Kereta banyak juga tetapi laluan lancar aje... Alhamdulillah, by 12.00++ kami selamat tiba di KL...



Irdina...

.