Sunday, February 20, 2011

Persidangan Gagak Itam @ Aman Heights...





.

Agak dah lama geng gagak itam x buat gathering... Al-maklumlah.. masing2 sibuk dgn kerjaya masing2... Alhamdulillah, minggu ini, ahli2 geng gagak itam telah sudi meluangkan masa bagi menjayakan perjumpaan rasmi pertama tahun 2011 yg diadakan di Aman Heights...



.

Semuanya bermula dengan lawatan Azmer & Shakira ke Aman Heights pd cuti umum sempena MaulidurRasul, 15h Februari 2011 yg lalu... Sebelum tu, masih belum terlambat utk kami ucapkan Selamat Menyambut MaulidurRasul buat semua kenalan yg beragama Islam... Harap semua dapat tingkatkan Selawat dan Salam buat Nabi junjungan kita, Nabi Muhammad S.A.W.




.

Azmer dan Shakira tiba dikediaman kami kira2 jam 6.00++ petang... since dah lama tak berkumpul mcm ni... banyaklah perkara yg dibualkan semasa sessi minum petang... selepas selesai solat Maghrib, sessi kami bersambung di kedai makan utk sessi dinner bersama... restoran yg menjadi pilihan malam tu ialah Naili's Place, yg terletak di Tmn Dato Senu, Sentul... Ini merupakan kali pertama kami dinner di situ... walaupun kewujudan restoran ini telah disedari sejak dari zaman kami lepak di Sentul lagi.... tetapi kami tak pernah singgah makan di situ sbb kedai ni sentiasa penuh, lagi pun kami mmg dah sign contract dgn gerai nasi lemak belakang padang bola Tmn Dato Senu ketika itu... Masuk aje kedai... waahh.... amazing... udah mcm dalam cerite Magika pulak... Punye le cantik dan luas... Ketika dlm kedai.. banyak meja kosong... tapi si Azmer & Shakira terus aje berjalan sampai ke hujung... Rupanye si Azmer nak jumpa tauke restoran ni yg merupakan bapa sedare dia... Tak pernah pulak aku tau... anyway.. bagus jugak... boleh dpt discount... hehehehe... Kesimpulannya, makan dkt sini mmg sedap... tambah best lagi... environmentnye mmg sgt cantik, menarik dan hebat... rugi kalau kome tak try... 5 star beb....

































.

Perjumpaan rasmi geng gagak itam kali pertama bagi tahun 2011 telah berlangsung pada 18hb Feb 2011... Kesemua ahli tiba tepat pada masa yg dijanjikan... jam 9.00 mlm.... Sessi dimulakan dgn makan malam bersama-sama di kediaman kami... masing2 bawa juadah seorang sikit... Punyelah seronok makan sampai lupa nak amik gambo... Selesai dinner, kami berborak sekejap sebelum mereka semua di bawa ke Kolam Ikan utk sessi memberi ikan makan diwaktu malam... Kesian jugak dkt deme ni... mereka adalah antara sahabat yg selalu berkunjung ke Aman Heights.. tapi tak pernah tgk kolam ikan ni... salah aku le tu... Mlm tu.. aku lelap kan mata awal sbb nak bangun awal pagi bagi menjayakan aktiviti pagi keesokan harinya...














.

Sessi yang dimaksdukan... morning walk di sepanjang jalan bersatu, Serdang Heights... Lebih kurang 1/2 jam jugak kami berjalan dari hujung ke hujung Jalan bersatu tu... Sessi bersambung ke Kolam Ikan utk aktiviti memberi ikan makan diwaktu pagi... Selesai di kolam... kami kembali ke rumah utk sessi sarapan pagi sebelum sambung aktiviti di kolam renang...












































.

Selepas selesai, mereka pun bersiap-siap utk pulang... Pagi tu mereka menerima perkhabaran berita ttg atuk mereka yang terjatuh... so, dari Aman Heights, mereka semua terus ke PPUM utk menziarah atuk mereka . Apa2 pun, kami doakan semoga atuk mereka akan kembali sembuh... Pagi ini, 20hb Feb 2011, sewaktu kami menegur jiran yg sama2 sedang menjalankan aktiviti morining walk... jiran tersebut telah mengajak kami menyertai sessi tersebut bersama beliau.. rupa2nye... ada track utk aktiviti jungle tracking di Serdang Heights ni... panjang track nie lebih kurang 2 km satu hala... melibatkan aktiviti mendaki dan menuruni bukit... Insya Allah... siapa2 yg nak join aktiviti nie.. boleh le kami bawa nanti... tapi kena gerak seawal 7.30 pagi le....



.

No comments:

Post a Comment