Tuesday, February 1, 2011

Majlis Tahlil Buat Tok Papa...




Jumaat, 28hb Jan 2011, Selesai sahaja darling aku bertugas kira-kira jam 7.00 malam... kami pun bergegas pulang ke Taiping untuk sama-sama membantu persediaan majlis Tahlil buat arwah Tok Papa yg akan dilangsungkan pada 30hb Jan 2011. Kepulangan kami kali ini turut disertai oleh cousin aku, Adin, yg perlu pulang ke Kampung bagi menjalani rawatan atas masalah kesihatan yg beliau alami sejak awal minggu yg lalu.

.

Sedikit maklumat berkenaan Adin, kira-kira 10 tahun lalu, beliau pernah mengalami sejenis penyakit saraf yang telah mengakibatkan beliau sukar untuk bergerak. Hampir 4 bulan beliau menjalani rawatan dan Alhamdulillah, akhirnya beliau kembali sembuh seperti sedia kala. Walaubagaimanapun, pada hari Rabu, 26hb Jan 2011, aku telah menerima panggilan daripada Adin yg memaklumkan, beliau mula mengalami symptom2 penyakit saraf tersebut. Dari tinjauan yg kami buat di rumah beliau pada keesokan harinya, Alhamdulillah, beliau masih dapat bergerak, cuma beliau berasa kebas dari paras lutut ke atas serta pandangan mata beliau sedikit kabur. Buat masa ini, beliau masih berada di Taiping bagi menjalani rawatan dan dirujuk kepada doktor-doktor yang sama yang mengendalikan kes beliau 10 tahun yang lalu. Marilah sama-sama kita mendoakan agar beliau kembali sembuh. Semoga berkat doa daripada sahabat handai dan saudara mara sekalian akan lebih segera dimakbulkan oleh Allah S.W.T. Insya Allah....

.
.

Malam tu kami tiba seawal jam 10.00++ mlm... Lokasi pertama yg ditujui adalah rumah Opah sbb nak drop Adin di sana sebelum pulang ke rumah parent aku dan seterusnya ke rumah mertua di Kg. Boyan... Keesokan paginya, aku terus menuju ke rumah parent aku... pagi tu, parent aku akan bertolak ke KL utk menghadiri majlis perkahwinan anak kepada sepupu aku, Abg Majid... Sepatutnya aku turut serta hadir dalam majlis tersebut, memandangkan tarikh majlis tahlil dengan majlis perkahwinan tu sama, maka kami terpaksa skip majlis perkahwinan berkenaan. Apa-apapun, terima kasih diucapkan kepada keluarga Uncle Halim dan keluarga Aunty Ton yg telah bersusah payah menyediakan tempat penginapan dan sudi melayan papa & mama sepanjang ketiadaan kami di KL tempoh hari. Buat Abg Majid... maaf sbb tak dapat hadir dan selamat menyambut menantu...




D'boy @ Ultraman




Dina pun nak try jugak..








Tak nak lepas Opahnye pergi ke KL...









.
Sekembalinya ke Kg. Boyan, semua ahli keluarga yg ada sibuk dengan persiapan untuk majlis esok... aku pun tak ketinggalan membantu kerja-kerja di dapur... Semakin masa berlalu... semakin ramai ahli keluarga yg sampai dan semakin banyaklah kerja-kerja yg perlu diselesaikan... Kesibukan kami terus berlarutan sehingga ke tengah malam... Majlis keduri kali ini diusahakan secara gotong royong dikalangan ahli keluarga tanpa melibatkan perkhidmatan catering.... Itu yg buat kami semua busy... tapi mmg best sbb dpt mengeratkan silaturrahim dgn semangat kerjasama dlm usaha memastikan kelancaran majlis...




Operasi memotong kentang...




Sambal udang... hmm.. meneyelerakan...




Dina.. patutle x ade di dapur... layan facebook rupenye...



.

Keesokan paginya, 30hb Jan 2011, aktiviti awal pagi... susun kereta-kereta yg ada supaya aktiviti menyusun meja dapat dijalankan... Dlm masa yg sama... aktiviti di bahagian dapur masih terus berjalan dengan lancar... Seawal jam 11.00 pagi, sudah ada tetamu-tetamu dikalangan ahli surau yg mula tiba... selepas selesai setup juadah2 di sebelah khemah kenduri... tepat jam 11.30 pagi.. majlis tahlil yang diketuai oleh tuan imam masjid Kg. Boyan pun dimulakan... Selesai doa selamat, para tetamu dijemput ke khemah kenduri utk menjamu selera... Majlis terus berlangsung dengan tetamu keluar masuk sehinggalah jam 4.00++ petang... Antara juadah yang sempat kami sediakan utk majlis berkenaan adalah : Nasi Putih, Nasi Minyak, Nasi Briyani, Sayur campur, Ayam masak merah, kari daging, sotong masak lomak cili api, sambal udang, ulam, sambal belacan + timun, ikan masin dan telur masin... Seramai 300++ tetamu telah sudi hadir memeriahkan majlis.. Terima kasih diucapkan kepada semua yang sudi hadir dan sudi membantu bagi menjayakan majlis berkenaan... Insya Allah, ada rezeki, kita buat lagi... Berikut adalah shot2 yg sempat diambil sepanjang majlis berlangsung....







Abg Faisal & Abg Faiz dlm operasi meja kenduri..



Abg Ali sempat berkata... "Abg Amin & Daniel relax aje"



Abg Ali membantu Pak Shumacher... Yg belakang tu over le pulak..



Ahli persatuan sepupu kanak2...



Abg Long sampai jugak walaupun keretanya breakdown di Sungkai..



Dari Kiri.. Kak Zurah, Kak Ti & Abg Pak Li..



Antara Jemaah Surau yg sudi hadir menjayakan majlis...



Sessi Doa Selamat...




Sessi makan-makan pun bermula...


























Geng kanak2... (kawan2 Amin)


Geng Mok Chik2...



Abg Faisal sempat berborak dgn Pak Cu..


Turn kaum hawa menguasai khemah...







Abg Pak Li.. join operasi mencuci pinggan..


Azli mengetuai team mencuci.. turut dibantu oleh Fakrul.. Hmm.. Kalau le ade si Huzair...



Antara kenderaan yg memenuhi pintu masuk..







Berehat sebentar selepas letih menjalankan operasi...


Abg Faiz @ Pak Lang yg sudah pengsan akibat kepenatan..


Siti Sarah.. asyik mengadap tv aje budak nie...



Tiba2 aje possing dkt sini.. nak jadi musician kaa?
.
.
31hb Jan 2011, sebelah paginya, masing2 sibuk mengemas... Al maklumlah.. baru lepas kenduri... banyak le kerje yg nak kena buat... dalam kesibukan mengemas tu.. aku masih sempat menziarah Opah dan bermalam di rumah parent aku malam sebelumnya... Alhamdulillah, parent aku selamat sampai ke rumah kira2 jam 7.00 mlm pada hari kenduri berlangsung... Selesai mengemas... kira-kira jam 6.30 petang... kami berangkat pulang ke ibu kota... trip kali ini turut disertai oleh Abg Faisal (abg ipar aku) & ibu mertuaku serta cousin wife aku, Azura. Alhamdulillah.. jam 9.00++ mlm, kami selamat tiba...



On the way.. Pak Munawer...


Dari kanan.. Fatiah with cousinnye.. Azura...


Fatiah & Tok Mami..


Sekali sudah malam daa...






Tiba di office darlingku utk ambil mini coopernye...

.

No comments:

Post a Comment