Monday, November 29, 2010

Aidiladha 2010



Rabu, 17hb November 2010... semua umat Islam di Malaya meraikan Hari Raya Aidiladha... Tahun ini, kami raikannya di KL aje... jauh dari sanak saudara tetapi dekat dengan jiran tetangga...

.
Pagi tu... seawal jam 8.00 pagi... penduduk2 Muslim Serdang Heights yg terdiri daripada orang Melayu, Iran, Bangladesh dan Indonesia berkumpul beramai-ramai di surau Al-Faizun bagi menunaikan Solat Sunat Aidiladha... selesai mendengar Kutbah... para penduduk bersalaman antara satu sama lain dan terus menuju ke perkarangan Surau bagi menikmati jamuan makan pagi yang disediakan oleh jawatankuasa surau sebelum Jemaah puang ke rumah masing-masing utk persediaan menyertai majlis Qurban...

.
Lebih kurang jam 10.00 pagi, acara Qurban pun bermula... sebanyak 4 ekor lembu telah disumbangkan oleh beberapa orang penduduk bagi menjayakan majlis Qurban pada tahun ini... Apa yg menariknya... semangat persaudaraan sesama Islam lebih jelas terasa apabila umat Islam pelbagai kaum yg ada di Bukit Serdang ini bergotong-royong bersama-sama menjayakan majlis tersebut... Jamuan juga turut disediakan oleh jawatankuasa surau untuk semua yang hadir menjayakan majlis tersebut... selepas selesai kerja-kerja melapah... kira-kira jam 12.00 tengahari, aku pun berangkat pulang...


Antara Lembu yg dikorbankan...





Lembu yg tak ada dosa yg dijanjikan Syurga pun.. agak perit saat kematiannya... bagaimana dgn kita??? renung-renungkanlah...


Sessi melapah... Ini kulit boleh bikin kasut nie..

Siap...

Distribution process...


Dato' Aziz Singah (kiri sekali) turut turun padang..

Begitu ramai Jemaah yg turun bergotong royong...


Jamuan disediakan oleh Jawatankuasa Surau..



Selepas selesai membersihkan diri... perjalanan Aidiladha kami diteruskan ke kediaman sepupu aku di Mont Kiara... Selain datang beraya... kami juga ke sana utk melawat aunty aku yg dah lama jugak kami tak jumpa... Selepas beberapa jam di rumah sepupu aku... kami mendapat panggilan drp sepupu yg lain yg dah dalam perjalanan nak ke kediaman kami... kebetulan kami pun mmg nak berangkat pulang... mmg kena le waktunye... Hajat kami nak makan Briayani Kambing bersama rombongan sepupu aku petang tu tak kesampaian sbb nasi briayani dah sold out... so.. tinggal Murtabak kambing ajelah...




Ini aje yg ade...


Antara sepupu teman yg hadir beraya bersama...

.
Hari Raya Kedua... Khamis, 18hb November 2010... memandangkan cuti umum hanya 1 hari sahaja... Hari Raya bersambung di pejabat pula... kali ini dengan rakan2 opis yang tak balik Raya... atas sumbangan rakan2 yang pandai memasak... kami pun menikmati hidangan raya beramai-ramai di pejabat... Suasananya meriah jugak... mcm raya dkt rumah jugakle...



Rakan sepejabat yg tak balik Raya...







.
Selesai aje waktu pejabat... masing2 bergegas pulang ke rumah...nak sambung Raya le agaknya... kami pun tidak ketinggalan... setibanya kami di rumah... dengan pantas kami berkemas2 utk pulang ke kampung... Kira-kira jam 6.00 petang.. kami pun melepasi tol jalan duta untuk pulang beraya bersama-sama sanak saudara di kampung.....

.

Sunday, November 14, 2010

Mari Menyangkul

Ahad, 14hb November 2010... aku sempat malapangkan masa untuk bersama-sama Jemaah Surau Al-Faizun Bukit Serdang bagi menjalankan gotong-royong penyediaan ibadah Qurban yg akan berlangsung pada 17 November ini... Operasi bermula seawal jam 8.30 pagi sehingga jam 12.00 tengahari... antara aktiviti yg dijalankan ialah menggali 4 lubang tapak penyembelihan dan satu lubang besar untuk tanam sisa-sisa lembu Qurban dan operasi memotong rumput... Sebanyak 4 ekor lembu bakal diqurbankan di surau Al-Faizun Bukit Serdang selepas Solat Sunat Aidiladha nanti... Insya Allah... jika tak kemana-mana... aku akan turut serta dalam operasi menyembelih dan melapah pada Hari Raya nanti...

Masa untuk berehat...


Busut yg cuba dimusnahkan...

Operasi menggali Lubang besar untuk tanam sisa lembu Qurban...

Pembakaran terbuka... sabor ajelah...


Api semakin marak...


Tok Imam sedang khusyuk memotong rumput...

.

Present For Kiki & Koko



Actually, dah lama dah kami berhajat nak belikan hadiah ni buat Kiki... Semalam, 13hb Nov 2010 barulah berkesempatan... sebelum ni pergi kedai.. tak ada stock... Lagipun dah tak sanggup melihat deme berdua ni mencakar sofa set kami...


.
Letak aje benda nie... dua2 ekor mula buat experiment... tapi deme tahu aje functionnye... tak payah susah2 nak ajar... Selain dari pencakar nie... kami juga belikan tempat makanan dan minuman serta bola utk mereka... tempat makan tu dibeli supaya senang kami nak outstation.. bila habis aje food dia... automaticly akan refill semula... tak payah le si Kiki balik Kg. lagi...

Excited...

Pandai.. tak payah nak ajar...


Pencakar lama vs pencakar baru...
.

Saturday, November 13, 2010

Fatin's 1st Visit...



Ahad, 7hb Nov 2010... buat pertama kalinya, anak kedua kepada Mat & Ita, Fatin Alisya Mohd Farizal... menjejakkan kakinya ke Aman Heights... Rombongan keluarga mereka yang bertolak dari kediaman Abg Jeff (Abg kepada Mat) di Sentul, tiba di kediaman kami kira2 jam 4.00 petang...



.
Selepas berbual-bual dan makan ringan... kami semua ke swimming pool utk test Ashraf... Inilah kali pertama si Ashraf turun ke pool walaupun sebelum ini beliau selalu juga turun ke Aman Heights. Menurut kata Mat... si Ashraf ni takut air... kalau mandi sungai or laut... dia susah nak turun... macam bapak dia masa kecil-kecil dulu... Bila sampai di Kolam... steady le pulak...mungkin environment yg buat dia takut kot... kalau laut.. aku pun ada gerun jugak... sbb tak tahu entah ape2 yg ada dlm tu... mcm kes dkt PD dulu... tahu2 ada Buaya Tembaga...







Antara gelagat Ashraf di kolam...


.
Selesai di Kolam mandi... sambung sessi ke kolam ikan pula... mcm biasa... salah satu favorite aktiviti masa kecik2 dulu... kasi ikan makan roti... dulu2 kena pergi lake garden... skg dah boleh buat dkt rumah aje... zaman dah berubah...








Torties yg turut dijumpai di kolam ikan...


.
Sessi disambung ke play ground.... aktiviti yg paling digemari oleh semua kanak-kanak... bebudak kalau sampai sini... sure melekat lama punye... yg bagusnye si Ashraf nie.. bila org ajak balik... dia langsung tak membantah... kekalkan prestasi begitu utk mengelak dari dilempang oleh den ye...








.
Dari club house... kembali ke kediaman utk bersihkan diri masing2... bila dah selesai.. sambung minum petang... wife aku sempat goreng kuetiow semasa kami bersiap-siap... selesai menjamu selera... kira2 jam 6.00++ petang, tibalah masa utk Mat sekeluarga mengundurkan diri. Apa2 pun.. terima kasi sbb sudi menziarah.. bila ada kelapangan.. jemputlah lagi... Insya Allah.. lagi beberapa session.. bolehle start ajar si Ashraf berenang pulak...






Berselera benor...




.

Tuesday, November 9, 2010

Ujian Di Shah Alam...



Hajat kami nak ke Halal Mall yg baru dibuka di Shah Alam pada 6hb November 2010 yg lalu tidak kesampaian apabila tayar belakang kereta kami terlanggar something berhampiran bulatan kayangan yg telah mengakibatkan ianya bocor... terasa azabNya apabila terpaksa menukar tayar spare sewaktu matahari tengah terpacak di atas kepala... Ada juga masyarakat prihatin yg berhenti hendak menolong tetapi masa tu kami dah selesai pasang tayar spare...

.
Kemudiannya, kami drive menuju ke sebuah kedai berhampiran utk menampung tayar tesebut.. malangnya, kami hanya dilayan oleh pelajar praktikal kedai tersebut yg benar2 niat nak membantu tetapi secara tidak sengaja telah mengakibatkan tayar tersebut semakin kritikal. Dgn tayar spare, kami drive menuju ke kedai tayar yg biasa aku kunjungi di Seri Kembangan.... ternyata, tindakan pelajar praktikal tersebut telah menyebabkan tayar yg boleh diselamatkan itu gagal diselamatkan. So, terpaksalah ganti dgn tayar lain.. Actually, kami tak marah pun dengan budak tu... apa yg terjadi ini adalah kehendak dan ujian drp Allah S.W.T. Hadapilah dgn tenang dan redha...



.

Sunday, November 7, 2010

Good Bye.. KuKiKo


Setelah Kaka disunting cousin aku, Adin, pada awal minggu yg lalu... Jumaat, 5hb November 2010, tibalah giliran Kuki & Kiko pula... Kedua-dua kitty comel ni akan dipindah tanggungjawab membesarkan mereka kepada seorang lagi cousin aku, Nadia & hubbynye, Fendi...





.
Lebih kurang jam 8.00 malam... rombongan 2 kereta cousin aku tiba di kediaman... Mlm tu, wife aku bertugas tetapi masih sempat cooked speggeti utk sessi dinner kami sebelum dia berangkat ke pejabatnya... Selain daripada dinner bersama-sama.. kami juga turut meraikan ulang tahun kelahiran Nadia yg ke 2x... Aunty aku turut sempat memasak nasi briani bersama-sama kari daging & papadom sebagai menu tambahan party tak rasmi kami malam tu...

.
Selesai dinner.. cousin2 aku bersama rombongannya terjun ke swimming pool sementara aku pula layan ping pong dkt club house dgn seorang lagi cousin aku, Mat, yg turut hadir pd malam tu... hajat kami nak berentap di badminton court tidak kesampaian memandangkan tinggal aku dgn Mat aje yg ready... tapi.. tak sanggup pula nak main single memandangkan keadaan aku yg pening2 sbb terskip lunch hari tu...

.
Selesai di meja ping pong... aku dan mat ke meja cafe di club house.. pekena teh arab sambil menikmati angin malam... Dah lama tak dapat session one by one dgn Mat.. banyak jugak perkara yg kami borakkan malam tu.. Sessi disambung lagi ke dlm rumah... kali ni sessi potong cake pulak...



















Lebih kurang jam 1.00++ pagi... tibalah masa utk ucapkan selamat tinggal to Kuki & Kiko... cage yg dibawa oleh Nadia dirasmikan oleh Kiki terlebih dahulu... Bagaikan dah mengerti... Kiki stay aje dalam cage tu sehingga Kuki & Kiko dimasukkan... Selepas Kiki bermesra buat kali terakhir dgn Kity2nye di dalam cage... dia pun keluar... Itulah kali terakhir Kiki bersama dgn mereka... InsyaAllah, kami akan selalu melihat perkembangan mereka bila kami singgah ke rumah Nadia nanti...










.