Ahad, 14hb November 2010... aku sempat malapangkan masa untuk bersama-sama Jemaah Surau Al-Faizun Bukit Serdang bagi menjalankan gotong-royong penyediaan ibadah Qurban yg akan berlangsung pada 17 November ini... Operasi bermula seawal jam 8.30 pagi sehingga jam 12.00 tengahari... antara aktiviti yg dijalankan ialah menggali 4 lubang tapak penyembelihan dan satu lubang besar untuk tanam sisa-sisa lembu Qurban dan operasi memotong rumput... Sebanyak 4 ekor lembu bakal diqurbankan di surau Al-Faizun Bukit Serdang selepas Solat Sunat Aidiladha nanti... Insya Allah... jika tak kemana-mana... aku akan turut serta dalam operasi menyembelih dan melapah pada Hari Raya nanti...



Operasi menggali Lubang besar untuk tanam sisa lembu Qurban...

Pembakaran terbuka... sabor ajelah...

Tok Imam sedang khusyuk memotong rumput...
.
No comments:
Post a Comment