Monday, November 29, 2010

Aidiladha 2010



Rabu, 17hb November 2010... semua umat Islam di Malaya meraikan Hari Raya Aidiladha... Tahun ini, kami raikannya di KL aje... jauh dari sanak saudara tetapi dekat dengan jiran tetangga...

.
Pagi tu... seawal jam 8.00 pagi... penduduk2 Muslim Serdang Heights yg terdiri daripada orang Melayu, Iran, Bangladesh dan Indonesia berkumpul beramai-ramai di surau Al-Faizun bagi menunaikan Solat Sunat Aidiladha... selesai mendengar Kutbah... para penduduk bersalaman antara satu sama lain dan terus menuju ke perkarangan Surau bagi menikmati jamuan makan pagi yang disediakan oleh jawatankuasa surau sebelum Jemaah puang ke rumah masing-masing utk persediaan menyertai majlis Qurban...

.
Lebih kurang jam 10.00 pagi, acara Qurban pun bermula... sebanyak 4 ekor lembu telah disumbangkan oleh beberapa orang penduduk bagi menjayakan majlis Qurban pada tahun ini... Apa yg menariknya... semangat persaudaraan sesama Islam lebih jelas terasa apabila umat Islam pelbagai kaum yg ada di Bukit Serdang ini bergotong-royong bersama-sama menjayakan majlis tersebut... Jamuan juga turut disediakan oleh jawatankuasa surau untuk semua yang hadir menjayakan majlis tersebut... selepas selesai kerja-kerja melapah... kira-kira jam 12.00 tengahari, aku pun berangkat pulang...


Antara Lembu yg dikorbankan...





Lembu yg tak ada dosa yg dijanjikan Syurga pun.. agak perit saat kematiannya... bagaimana dgn kita??? renung-renungkanlah...


Sessi melapah... Ini kulit boleh bikin kasut nie..

Siap...

Distribution process...


Dato' Aziz Singah (kiri sekali) turut turun padang..

Begitu ramai Jemaah yg turun bergotong royong...


Jamuan disediakan oleh Jawatankuasa Surau..



Selepas selesai membersihkan diri... perjalanan Aidiladha kami diteruskan ke kediaman sepupu aku di Mont Kiara... Selain datang beraya... kami juga ke sana utk melawat aunty aku yg dah lama jugak kami tak jumpa... Selepas beberapa jam di rumah sepupu aku... kami mendapat panggilan drp sepupu yg lain yg dah dalam perjalanan nak ke kediaman kami... kebetulan kami pun mmg nak berangkat pulang... mmg kena le waktunye... Hajat kami nak makan Briayani Kambing bersama rombongan sepupu aku petang tu tak kesampaian sbb nasi briayani dah sold out... so.. tinggal Murtabak kambing ajelah...




Ini aje yg ade...


Antara sepupu teman yg hadir beraya bersama...

.
Hari Raya Kedua... Khamis, 18hb November 2010... memandangkan cuti umum hanya 1 hari sahaja... Hari Raya bersambung di pejabat pula... kali ini dengan rakan2 opis yang tak balik Raya... atas sumbangan rakan2 yang pandai memasak... kami pun menikmati hidangan raya beramai-ramai di pejabat... Suasananya meriah jugak... mcm raya dkt rumah jugakle...



Rakan sepejabat yg tak balik Raya...







.
Selesai aje waktu pejabat... masing2 bergegas pulang ke rumah...nak sambung Raya le agaknya... kami pun tidak ketinggalan... setibanya kami di rumah... dengan pantas kami berkemas2 utk pulang ke kampung... Kira-kira jam 6.00 petang.. kami pun melepasi tol jalan duta untuk pulang beraya bersama-sama sanak saudara di kampung.....

.

No comments:

Post a Comment