
Khamis, 18hb Nov 2010, kira2 jam 8.30 mlm, kami selamat tiba di kediaman keluarga di Kg. Boyan. Selesai aje turunkan barang2 dari kereta... aku terus bergegas ke kediaman keluarga sahabat aku, Alan. Actually, dah dekat setahun kami tak berjumpa... kebetulan dia balik beraya... sebelum dia berangkat pulang keesokan harinya... so, sempatlah kami buat reunion malam tu... Dari kediamannya, kami terus bergerak ke rumah seorang lagi sahabat, Kumi... rumah tulah menjadi lokasi kami berborak sepanjang malam tu... Lebih kurang jam 11.00 mlm.. kami pun minta diri memandangkan Cikgu Kumi kena pergi mengajar esok... Walaubagaimanapun, sessi aku dengan Alan terus bersambung di kedai mamak sehinggalah jam 1.00 pagi...

.
Jumaat, 19hb Nov 2010, setelah seharian aku lapangkan masa di kediaman keluarga aku di Simpang, sebelah petangnya aku bergegas ke kediaman ibu saudara isteri aku di Bukit Mertajam bagi menghadiri majlis perkahwinan anak sulongnya, Azharuddin, yang berlangsung pada 20 dan 21 Nov 2010...
.
Setibanya aku di kediaman Mak Chik & Pak Chik... ramai sanak saudara dari jauh yang dah tiba... Selepas lapangkan masa berborak2... aku pun pulang ke Hotel yg dah di check in oleh isteri aku petang tu... Jarak Hotel dgn rumah sangatlah dekat... memudahkan kami utk berulang-alik ke rumah pengantin....
.
20hb Nov 2010, tibalah hari meraikan pengantin... Sabtu giliran rumah pengantin perempuan yg jaraknya pun tidaklah jauh daripada rumah pengantin lelaki... lebih kurang 2-3 km aje... Lebih kurang jam 2.00++ petang, rombongan kami pun bergerak ke kediaman pengantin perempuan... Hidangan di rumah pengantin perempuan memang marvelose... sampai hari ini teringat-ingat.... Antara menu yg hingga kini tak dapat aku lupakan... gulai daging yg masih fresh... siap ada tulang lagi... boleh pengsan wooo...






.
Selesai kenduri sebelah perempuan... tibalah masa utk persediaan kenduri pihak lelaki... Dari petang.. ke malam.. hinggalah ke keesokan paginya... masing-masing sibuk menjalankan tugas bagi memastikan kelancaran majlis... Antara orang yang paling kuat adalah Abg Nasir yg ada bakat semula jadi.. pegang apa pun semuanya jadi... Beliau bertindak sebagai 'Pak Abu' dalam majlis ini... dari hiasan meja pengantin... hantaran... hinggalah ke kamar pengantin... semuanya hasil kreativiti beliau...

.
Kalau Abg Nasir jadi org kuat bab2 hiasan... Abg kepada Abg Nasir iaitu Abg Bad pula jadi org kuat kerja2 berat.... dari project Bihun Sup Semanggul... hinggalah ke persembahan utk para penonton yg hadir... semuanya hasil usaha dan ideologi Abg Bad... Kalau kedua-dua org kuat ni tak hadir... mungkin tak smooth juga le majlis ni agaknya... Actually... everytime ada kenduri kahwin saudara mara wife aku.. sememangnya dua org ini lah yang akan banyak main peranan dalam menjayakan majlis....
.
Pada majlis yang berlangsung pada 21hb Nov 2010, Alhamdulillah... majlis telah berlangsung dengan lancarnya... Bermula dari jam 12.00 tengahari dan tamat kira-kira hampir jam 5.30 petang.... ramai sanak saudara, sahabat handai dan jiran tetangga keluarga pengantin yang hadir memeriahkannya... Yg lagi bestnya... kebanyakkan extra/special events yg ada pada majlis ini semuanya diusahakan oleh saudara mara sendiri... tak plan pun... tiba aje majlis... masing-masing mainkan peranan... itu yang mahal tu... Antara special events yg dimaksudkan adalah jamuan Bihun Sup Semanggul, persembahan gendang dan serunai tradisional, perarakan pengantin, persembahan silat dan sebagainya... Berikut adalah antara shot yg sempat di ambil sepanjang majlis berlangsung....










.
Selepas selesai majlis, kira-kira jam 8.00 mlm.. kami pun bergerak pulang ke Tepen... Selepas berehat dan bersihkan diri.. malam tu kami berdua pulang ke kediaman ibubapaku di Kota Jaya... Keesokan paginya.. aku sibuk uruskan kereta di workshop... ganti cable gear utk escape di Service Centre Ford dan ganti battery Masterpiece di satu kedai aksesori di Kamunting... Sewaktu pulang ke Kg. Boyan utk berkemas... tiba-tiba aje Abg Bad sekeluarga tiba di hadapan rumah... so, sempatlah kami makan tengahari bersama sebelum kami berkemas utk pulang....


Ali, D'Boy dan Amin.. sebelum kami berangkat pulang ke KL...
.
Alhamdulillah, by 4.00 pm kereta kami berjaya disiapkan.. sementara tunggu kereta siap.. kami sempat menziarah Opah di kediamannya... Selepas ambil kereta di workshop.. kami singgah di kediaman parent aku utk minum petang bersama-sama... Lebih kurang jam 6.00 petang, kami pun melepasi tol Changkat Jering... kepulangan kali ini turut disertai oleh dua orang anak buah kami, Amin & Ali yang tiba-tiba aje nak ikut kami pulang petang tu.. al-maklumlah.. cuti sekolah...
.
No comments:
Post a Comment