Tuesday, February 1, 2011

Farewell for Shafiq...



Shafiq Izlan, pelajar Diploma Multimedia sebuah kolej di Perlis baru sahaja melengkapkan latihan praktikal selama 4 bulan di unit kami pada 31hb Januari 2011. Beliau yg berasal dari Pulau Langkawi telah bersama-sama membantu kerja-kerja projek khas untuk unit kami sejak dari bulan Oktober 2010. Sebagai tanda penghargaan, unit kami telah mengadakan majlis perpisahan buat beliau di restoran SABA, Wangsa Maju pada 26hb Januari 2011. Restoran SABA merupakan restoran yang menyajikan masakan Arab dan beroperasi di 2 buah cawangan iaitu di Wangsa Maju dan Cyberjaya. Masakannya memang sedap... Belasah kambing le... apa lagi...
.
.
Selain daripada aku dan Shafiq.. antara rakan pejabat yg sudi meluangkan masa memeriahkan majlis tersebut termasuklah Laili, Yana, Fizah & Kak Lidza... Yg lagi best tu.. kami beramai-ramai berangkat dengan menaiki LRT... Antara shot yg sempat dirakam utk tatapan bersama:




Sewaktu di jejantas dari stesen LRT ke restoran...


Restoran Saba yg terletak di tingkat 1 & 2







Antara tetamu yg hadir..




Fizah pun pandai makan kambing jugak..




Hidangan yg sempat aku belasah...
.
.
Buat Shafiq, terima kasih atas kerjasama yg telah diberikan sepanjang tempoh perkhidmatan... Mohon maaf sekiranya ada salah dan silap yg dilakukan oleh semua anggota kami... Semoga berjaya dalam pembelajaran dan apa jua bidang yang akan diceburi nanti...

.

No comments:

Post a Comment