Tuesday, February 15, 2011

Diet - Kekal Muda Bertenaga...



.
Hujung minggu yang lalu, aku berkesempatan menyaksikan 2 program talk show berbeza yang menampilkan 2 tokoh terkenal Malaysia... Kedua-dua tokoh ini adalah antara individu termahsyur dlm bidang masing-masing... Seorang berusia 76 tahun dan seorang lagi sudah berusia 86 tahun... Persamaan kedua-dua individu ini adalah mereka masih terus aktif dan masih kekal bertenaga... Antara tips yg dikongsi bersama dlm kedua-dua program tersebut adalah diet pemakanan mereka...
.
Tokoh pertama: Hanya makan ikan, sedikit nasi, banyakkan sayur-sayuran dan buah-buahan... Beliau juga tidak minum kopi, teh, milo dan sebagainya tetapi hanya mengambil mineral water sbg sumber minumannya. Yg penting sekali, beliau tidak makan banyak (berhenti sebelum kenyang). Untuk senaman yg sesuai dgn usia beliau, beliau mengamalkan aktiviti berjalan kaki dan sentiasa bangun awal pagi.

.

Tokoh yang kedua: Langsung tak makan ikan, makan sedikit (berhenti ketika tengah sedap).

.

Cuma yang buat aku rasa kurang berpuas hati... bila kedua-dua mereka mengatakan yang mereka tidak minum arak... Memanglah bagus mereka tak minum arak... cuma yang tak kenanya... sebagai orang Islam... perlukah mereka menyatakannya??? Bukankah terang dan nyata yang arak itu haram dan tidak boleh diminum oleh umat Islam walaupun setitik... Bila mereka keluarkan statement mcm tu.. ianya seolah-olah arak tu tak haram.. cuma mereka aje yang tak nak minum... secara tak langsung... ia juga menunjukkan yg arak tu benda biasa dlm kehidupan sosial mereka... Agaknye sbb tu lah mereka tak rasa janggal nak cakap mcm tu... Sbg contoh... pelik tak bila aku cakap.. "utk kekal muda, saya banyak makan ikan dan kambing. Saya juga tak makan lembu, ayam dan babi." Pelik tak bunyinya???


No comments:

Post a Comment