Sunday, February 27, 2011

Hachiko vs Shiro...





.

Baru2 ini aku berkesempatan menonton sebuah filem berkenaan hubungan akrab di antara anjing dgn tuannya, HACHIKO A DOG'S STORY... Filem ini diadaptasikan daripada kisah benar yang belaku di Jepun pada era 1930'an... Actually aku pernah dengar kisah ini sewaktu menghadiri sessi kursus motivasi beberapa tahun yg lalu... Tak sangka pula kisah ini ada difilemkan...












.

Hachiko adalah seekor anjing jenis Akita yg telah dibela oleh tuannya, Professor Ueno di Tokyo, Jepun. Professor Ueno menggunakan keretapi sebagai pengangkutan utama utk beliau berulang-alik ke tempat kerja. Setiap hari, Hachiko akan menemani Professor Ueno ke stesen keretapi Shibuya sewaktu beliau hendak ke tempat kerja dan menanti di hadapan stesen tersebut pada waktu pulang. Begitulah rutin harian kehidupan mereka berdua sehinggalah pada suatu hari dlm bulan May 1925, Professor Ueno yg pergi ke pejabatnya seperti biasa, tidak kembali lagi di stesen berkenaan kerana telah meninggal dunia. Hachiko tetap setia menanti tuannya itu pd hari berkenaan... Hachiko kemudiannya diserahkan kepada penjaga lain tetapi beliau telah lari dari rumah tuan barunya dan menuju ke kediaman lama Professor Ueno... Selepas menyedari yg kediaman tersebut telah diduduki oleh org lain, Hachiko kemudiannya kembali ke stesen Shibuya dan terus menetap di sana dgn harapan tuannya akan kembali bertemu dgnnya di stesen berkenaan. Hachiko terus dikenali oleh masyarakat di kawasan stesen berkenaan dan menjadi sangat terkenal di Jepun atas sifat kesetiaannya... Hachiko terus menanti tuannya di stesen berkenaan selama 11 tahun sebelum beliau pergi buat selama-lamanya di stesen berkenaan. Sebagai tanda penghargaan, Tugu beliau telah didirikan di hadapan stesen berkenaan... Tugu tersebut telah diwujudkan sewaktu Hachiko masih hidup lagi. Sehingga hari ini, tugu berkenaan masih wujud di stesen Shibuya, Jepun...
.
Bila tengok Filem ini.. pastinya aku teringat dgn 2 kucing aku yg sgt setia dgn aku.. Shiro & Spacey... Shiro telah hilang sewaktu aku overnight di rumah saudara wife aku di Ipoh.. Mlm tu dia merajuk sbb aku kurung dia dlm kandang... keesokan paginya aku balik ke KL tanpa dia sbb dia hilang entah ke mana... beberapa hari kemudian dia pulang ke rumah berkenaan dan bila dia sedar yg aku tiada di situ.. dia terus lari entah ke mana walaupun saudara wife aku cuba pujuk dia utk tinggal di sana... Kes Spacey pula, aku tinggalkan dia di rumah mertuaku di Kg. Boyan.. actually dia mmg dah biasa tinggal di sana.. selepas seminggu dia sedar yg aku tak pulang ke rumah berkenaan, beliau pula melarikan diri dari rumah tu dan hilang entah ke mana.. mungkinkah mereka pulang ke rumah lama aku???































No comments:

Post a Comment