Saturday, October 6, 2012

Watak-watak Nostalgia...


Kebelakangan ini, aku sering aje bertemu dengan karektor-karektor yang dapat mengimbau kenangan masa silam aku... Bermula drp pertemuan dengan seorang sahabat yang berkhidmat sebagai salah seorang Chef di Duduk Cafe, Damansara Jaya. Sewaktu di zaman sekolah dahulu... salah satu kegemaran aku ialah mengajak member2 terdekat lepak kat rumah sambil menjamu selera bersama... Disitulah timbulnya minat nak memasak.... Minat ini turut dikongsi oleh sahabat aku ini... Minat aku dalam dunia masakan ni tak adalah sampai ke mana sebab tak betul2 berguru pun... Tak macam sahabat aku ini yang dapat dorongan dan galakan drp gurunya yakni bondanya sendiri... Akhirnya, memasak telah dijadikan kariernya pada hari ini.... Rakan yang dimaksudkan ialah Saiful Rizal Amiruddin. Khamis, 27 September 2012... Selesai aje menunaikan Solat Maghrib di Masjid Mujahidin, Damansara... aku dan darling sempat meluangkan masa untuk menikmati makan malam di Duduk Cafe cawangan Damansara Jaya. Sebenarnya memang saje nak menziarah sahabat kita ni. Memandangkan Western Food adalah kepakaran beliau, maka lamb chop dijadikan menu pilihan aku malam tu. Kalau member2 nak turun lepak malam2 (weekdays) dekat situ, roger2 le gua... Insya Allah, gua boleh turun sekali... 






Karektor seterusnya... pertemuan dengan Abg Mi (sepupu gua) di Aman Heights pada hari Sabtu, 29 September 2012... Kehadiran Abg Mi di Aman Heights yang turut ditemani oleh anaknya Shukran adalah bertujuan bagi menghantar basikal yang kami beli daripadanya... Beliau kini telah melibatkan diri dengan seriusnya dalam aktiviti sukan berbasikal (Mountain Bike). Siap masuk tournament satu Malaysia lagi... Tujuan kami beli basikal, tak adalah sampai ke situ.. saja nak exercise dkt kawasan umah aje.. Ini merupakan kali pertama Abg Mi berkunjung ke kediaman kami... sejak dah dewasa ni, jarang jugaklah kami berjumpa... kali terakhir adalah sewaktu perkahwinan Adin & Anis... Berbeza dengan zaman sekolah dahulu.. ketika Abg Mi masih bujang... beliau suka menghabiskan masa terluang utk pulang ke kampung... Bila dia balik Kampung... aku & Mat le yang selalu menemani beliau ronda2 dkt Tepen... Beliau kini dah sattle down dkt Teluk Intan.. memandangkan aku ni jarang ke Teluk Intan... maka tu yg lama jugak tak jumpe... Kalau balik kampung pun, timing tak same... Abg Mi ni adalah salah satu watak yg banyak mempengaruhi kehidupan aku... Macam mana aku boleh terjebak main muzik (gitar & keyboard) malahan sambung belajar ke peringkat U pun sebenarnya atas contoh dan tauladan yang ditunjukan oleh beliau jugak... Lepas lepak dkt rumah & jalan2 di Club House, selesai aje Solat Maghrib, Abg Mi mengundurkan diri sbb nak ke Bangi katanya... Pelawaan kami agar mereka bermalam aje di Aman Heights terpaksa ditolak memandangkan beliau ada urusan lain keesokan paginya di Teluk Intan. Tak apelah... bila2 free, bawaklah satu family turun sini... macam2 aktiviti kita boleh buat dkt sini nanti..














Ahad, 30 September 2012, pagi tu aku & darling sempat melayan basikal yang baru aje kami beli drp Abg Mi tu... Sekali lagi mengimbau kenangan zaman remaja aku... Dulu, aku ada sebuah basikal racing model Raleigh yang menjadi pengangkutan utama aku dari Tingkatan 2 hingga ke Tingkatan 4... Hobi aku, kayuh basikal racing laju2... berapa banyak ayam dkt kampung yg mati sbb kena langgar dengan aku akibat tak sempat nak brek bila aku bawa laju... Bila dah ada motor.. basikal tu aku gantung aje dkt kediaman lama parent aku yg kini menjadi kediaman abang aku... Bila dah ada rumah sendiri & SUV... aku pun berhajat nak angkut basikal tu ke KL... malangnya basikal tu pun dah tak ada... tak tahu le mak aku kasi dekat siapa entah... Tak ada rezeki le namanya tu... Dah lebih 15 tahun rasanya aku tak kayuh basikal betul2...  Lepas ni boleh le aktif kembali.. Tapi, x adalah laju2 mcm dulu... al-maklumlah, dah 3 series...




Watak2 seterusnya adalah wajah yang aku temui setiap hari bekerja sejak 2007 hingga setahun yang lalu... Rakan2 sepejabat di syarikat tempat aku berkhidmat sebelum ini... Sabtu, 6 October 2012, kira2 jam 3++ petang, aku menerima panggilan drp Bitah yang memaklumkan mereka ada program di Bazar Rakyat, Tmn Pinggiran Putra... aku yang kebetulan ada kelapangan bergegaslah ke sana utk bertemu dengan mereka semua... 14 November tahun lalu merupakan hari terakhir aku bersama mereka... Dah hampir setahun ye... cepat beno masa berjalan... Insya Allah, lepas ni kita akan selalu berjumpa lagi... Keep in touch...







.

No comments:

Post a Comment