Sunday, October 21, 2012

Farewell @ GGCC

 
Terima kasih diucapkan kepada semua rakan-rakan yang sudi meluangkan masa bagi menjayakan majlis perpisahan buat aku sepanjang minggu yang lalu... Sebenarnya sepanjang minggu tersebut aku terpaksa melaggar rutin diet aku bagi memenuhi jemputan lunch & dinner bersama rakan2... Sesi terbesar telah berlangsung pada tengahari 18 Okt 2012 (Khamis) di Cafe Glenmarie Golf & Country Club. Orang yg bertanggungjawab organize sesi berkenaan adalah x boss aku (Marliza) & Kak Ham yang turut melibatkan rakan2 di HC Operations & Development + Health Safety & Environment... Turut termasuk dalam agenda... majlis ulang tahun Kak Raziah yg telah dirahsiakan ulang tahun ke berapa?
 
Isnin, 22 Oktober 2012 adalah merupakan hari terakhir aku berkhidmat di syarikat Koprat terkemuka di Glenmarie ni. Setelah hampir setahun aku menimba pengalaman di sini, tibalah masanya untuk aku meneruskan perjalanan careerku ke syarikat koprat yang lain demi mencapai visi kerjaya dalam bidang Human Capital. Pengalaman di syarikat ini sudah semestinya telah banyak memberi pengajaran kepada aku untuk menjadi insan yang lebih cemerlang di masa yang akan datang. Dikesempatan ini, aku ingin memohon maaf kepada semua rakan2 sekiranya ada membuat sebarang kesalahan di sepanjang tempoh perkhidmatan ku di sana. Terima kasih atas segala tunjuk ajar dan ilmu yang sempat dikongsikan. Keep in touch...

 
Akma & Kak Ham
 
Bersama Hardly
 
Kak Harina & Lin
 
Fifi & Adhwa
 
Kak Ani
 
 
 
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment