Monday, August 6, 2012

Ramadhan 2012 - Round 1


Alhamdulillah, bertemu juga kita dengan bulan Ramadhan pada tahun ini. Diharapkan kita semua tidak mensia-siakan peluang yang ada utk mentaqwakan diri dengan sebenar-benar taqwa kpd Allah S.W.T. Mengimbas kembali makna peluang yang diberikan di bulan Ramadhan, 10 hari terawal merupakan peluang utk kita memohon Rahmat Allah, 10 hari pertengahan, peluang untuk kita memohon keampunan manakala 10 hari terakhir, peluang untuk kita memohon pembebasan daripada azab api neraka sebelum kita kembali kepada fitrah pd 1 Syawal nanti.

Aktivit 10 hari terawal, selain drp dipenuhi dgn aktiviti seperti berpuasa, mengaji dan bertarawih, pd 28hb Julai 2012, geng gagak itam sempat melapangkan masa untuk berbuka puasa bersama-sama di kediaman aunty kami di Damansara. Antara yang hadir dlm majlis tersebut adalah Shakira & Azmer, Fendi & Nadia, Aku & darlingku, Azura, Aunty Tun & pembantu peribadinya, Sari. Selesai berbuka, kami sempat menunaikan solat Maghrib berjemaah sebelum meneruskan aktiviti bertarawih di Masjid. Dari Masjid, sambung lepak di restoran Mosin utk pekena teh tarik. Pelawaan sepupu2 aku utk bersama-sama menonton midnight show The Rise of The Dark Knight terpaksa di tolak memandangkan darlingku perlu bertugas malam tu. Berikut adalah antara shot2 yg sempat aku rakamkan buat kenang-kenangan Round 1 Ramadhan 2012:


No comments:

Post a Comment