Saturday, March 19, 2011

Selamat Pengantin Baru - Adin & Anis...



Minggu lepas... seluruh keluarga di Simpang busy dgn peranan masing2 bagi menjayakan majlis perkahwinan sepupu aku, Adin dengan gadis pilihannya, Anis... Utk turut serta menjayakan majlis berkenaan, aku telah memulakan perjalanan pulang dari KL selepas selesai sarapan pagi bersama isteriku pd Jumaat, 11hb March 2011. Darling aku tidak dapat turut serta bersama utk trip kali ini kerana beliau perlu bertugas di konti pada hari majlis bakal berlangsung... Al-maklumlah.. musim cuti sekolah... tak ada org yg nak ganti dia on that day..
.
By 10.00am, aku melepasi tol jalan duta dan Alhamdulillah, selamat sampai di Ipoh by 12.00pm... Tujuan aku ke Ipoh sbb nak jemput Pak Cik & Mak Cik aku di Gunung Rapat utk turut pulang bersama-sama... by 1.30 pm.. kami selamat sampai di Simpang dan terus ke Masjid utk menunaikan solat Jumaat... Selesai aje Solat, pelamin utk pengantin sudah ready dihias di kediaman Opah aku...



.
Dari kediaman Opah, aku ke Ford Service Centre, Taiping utk membawa pulang kereta aku yg dah seminggu tidor di workshop tu... Radiator's Termostart Set + Gasket Cover.... Nak buat cam mane... x ade rezeki... Kenelah ganti jugak... Selesai aje di workshop.. hujan pun turun dgn lebatnye... Aku pun pulang ke rumah parentku utk bersiap2 nak ke majlis akad nikah Adin di Masjid Tekah, Assam Kumbang... Selesai Solat Asar berjemaah... majlis akad nikah pun berlangsung... Lebih kurang jam 6.00 ptg... majlis pun selesai... rombongan pengantin lelaki telah dijemput bertandang ke kediaman keluarga pengantin perempuan di Kg. Jambu utk majlis minum petang...







Confidence aje mamat ni....

My sis, Adin & my Mom...

My Family...


Sessi minum petang di kediaman pengantin perempuan..



D'boy.. merasmikan pelamin di kediaman pengantin perempuan..

.
Keesokkan paginya... masing2 sibuk bersiap2 nak ke majlis resepsi di sebelah pihak perempuan... Adik aku sempat meluangkan masa utk menghias wedding car... Nissan Fairlady 350Z... hampir jam 1.00 petang... rombongan pengantin lelaki bersedia utk memulakan perjalanan ke Kg. Jambu...



Adin with 350Z...





Cikgu Arshad.. x lepas peluang bergambar kenangan...



D'boy pun....



Ready to go...





.
Seperti biasa, ketibaan kami disambut dengan alunan kompang... pengantin di bawa ke pelamin manakala kami semua ke meja hidangan utk menjamu selera sambil menonton acara yg telah direncanakan... Antara acara yg telah dilansungkan adalah sessi persandingan, pertunjukkan seni silat, alunan gendang dan serunai, persembahan accordian dan sessi photography... Selesai aje acara... rombongan lelaki pun mengundur diri bagi meneruskan operasi persiapan majlis resepsi pihak lelaki yg bakal berlangsung keesokan harinya...



















Persembahan Accordian...


Persembahan muzik tradisional...


Adin & Me...

.
Sebelah malam dikediaman Opah... sewaktu kaum hawa masih sibuk dgn persiapan akhir majlis resepsi pengantin lelaki... kaum adam dah mula bersuka ria melepaskan tekanan dlm sessi karaoke bersama keluarga... Mcm biasale... kalau ada sessi karaoke bersama family... aku akan jadi antara org yg aktif menjayakan sessi berkenaan... Masa ni le aku nak perform pun... kalau dkt tempat lain... rasanya dah tak nak perform... kira dah taubat jugak le...




Karaoke session...




Still can perform walaupun dah lama gile aku tak nyanyi...


.
Pagi Ahad... 13hb March 2011... kediaman Opah kembali sibuk dgn majlis resepsi pihak lelaki yg meraikan perkahwinan Adin & Anis... Selepas selesai menyusun meja2... pihak katering pun tiba utk persiapan hidangan majlis... diikuti oleh brother cendol yg didatangkan khas utk para tetamu... Brother DJ juga dah standby utk memeriahkan majlis... Selepas selesai kerja2 diluar... tetamu2 yg terdiri dari keluarga terdekat dan para jemaah Masjid tiba utk majlis Tahlil dan doa selamat... Selesai aje majlis Tahlil... para tetamu pun dijemput utk menjamu selera...





Photostate...


Majlis tahlil & doa selamat...

.
Lebih kurang jam 12.45pm... aku yg ditemani oleh sepupuku, Ejai & Fandi... bergerak ke Kg. Jambu utk menjemput rombongan pengantin perempuan... Setibanya kami semua di kediaman Opah... pengantin dan rombongannya terus mengikut aturcara yg telah dirancangkan sementara aku pula terus ke meja para tetamu utk bertemu dgn para sahabat dan saudara mara yg dah lama tak berjumpa...



Ketibaan pengantin...




Sahabat lama... Mat & Cikgu Komeng...


Mastura with 350Z

D'boy in action...




.
Majlis selesai lebih kurang jam 4.00 petang... selepas duduk berehat sambil berbual2... aku pun pulang ke kediaman parent aku utk bersiap2... Sebelum berangakat pulang... aku sempat minum petang bersama keluarga mertuaku di Kg. Boyan... selesai solat Jamak Maghrib dan Isya' di kediaman Opah... lebih kurang jam 8.00 mlm, aku pun memulakan perjalan pulang ke ibu kota... sekali lagi aku singgah di Ipoh utk menghantar Pak Cik & Mak Cik aku di Gunung Rapat yg turut serta dlm perjalanan aku kali ini... Alhamdulillah, by 1.00 am aku selamat sampai di kediamanku...


Fandi... bergambar kenangan with 350Z... InsyaAllah ada rezeki.. kita naik Abg E-1 punye nanti ye...

.

5 comments:

  1. hi...nama saya jazz... saya cadang cadang nak beli aman 3.. u duduk ground ke? ada nyamuk x? angin kuat x ? ingat nak beli atas, nak rasa angin kuat tp...mahal la pulak..hehe... lg tinggi lg mahal.. senang hati saya jumpa blog u ni.... sekurang nya saya tau ada melayu duk situ..sebab saya tgok itu kawasan cina.. tp nak kenduri mcm mana? org masjid mana nak di panggil? nak tanya blh? bpe u spend pasang kitchen cabinet?

    ReplyDelete
  2. ohh lagi 1 nak tanya.. nursery ada ke dekat dekat situ.. u anta anak ke mana? or wife u x keje? thannnnkkkksssssss

    ReplyDelete
  3. Dear Jazz,

    Utk makluman, duduk dkt Aman Heights ni mmg best... kawasan ni sejuk walaupun duduk ground floor. Tak perlu pasang air cond pun (tapi kena buka tingkap). Kalau waktu senja.. kenale tutup semua sbb time tu nyamuk masuk... lepas Isya' dah ok.


    Majority yg tinggal di Aman Heights ni ialah Iran & Chinese... Melayu adale beberapa umah aje. Dekat dgn Kondo ni ada perumahan teres yg diduduki oleh ramai Melayu jugak. Berdepan dgn Kondo (atas bukit) ada surau yg digunakan utk Solat Jumaat. Kalau ada Jumaat maknanya ramai le Jemaahnye ye.. Soal kenduri, no problem... actually, tiap2 mlm Jumaat ada baca Yaasin & kenduri dkt Surau...

    Kitchen cabinet.. dah tak ingat... tapi, tak sampai 10k... Kontraktor, we all boleh recommend.. mmg tip top...

    Soal nursery... tak dapat nak tolong sbb we all belum ada anak lagi... Anyway, welcome to Aman Heights..

    ReplyDelete
  4. thankss for the info...saturday hari tu i dah g booking...
    hehe...lama lgi nak duduk nyaa...2 tahun setengah g, insyallah...
    tp nanti bila nak pindah tu, i akan tanya u yer nama contractor..harap nya time tu x naik harga lagi....
    pasal rumah teres dekat kondo ada melayu duduk...oo ada juga yer melayu..i ingat cinaaaa semuaaa.. sebab nampak mcm tu...
    hmm...mmg sangat berbeza dari kawasan yang i tgal skg ni.. ampang jaya....makan nya senang, dekat dgn semua nya.. pusing sket dah jumpa restoran melayu tetapi nak buat mcmmana...nak kena buat perubahan la kan..

    ReplyDelete
  5. Selamat menjadi warga Aman Heights.. Kalau compare dgn Ampang Jaya... Jumlah penduduk Melayu di Bkt Serdang mmg tak seramai di sana.

    Bagi saya, kedua2nya ada kelebihan masing2. Majoriti penduduk Melayu Seri Kembangan tertumpu di Sri Serdang (UPM) yg terletak bertentangan dgn Bkt Serdang. Kalau nak cari food Melayu, boleh ke sana aje. Di Bkt Serdang juga ada satu restoran sea food Melayu (dkt Kem Rela) dan 3 kedai Mamak. Kalau nak tukar selera, boleh terus ke Equine Park. Dkt situ lagi banyak pilihan. Kalau nak shopping, kami selalu ke Jusco or Giant Equine Park, South City Plaza and Mines. Equine Park area sgt selesa sbb tak jam...

    Ckp pasal jam.. Kita ada banyak laluan nak ke Bkt Serdang... kalau jam, boleh tukar laluan. Kalau keluar tepat jam 5.30ptg, normally dalam pkl 6.00 lebih dah sampai rumah. Kalau bulan puasa, sempat shopping2 dkt Bazar Ramadhan lagi. Bila dah pindah nanti, boleh le cite panjang lagi ye...

    ReplyDelete