Saturday, May 16, 2009

Bukan Islam Baca Al-Quran

Ingin aku bincangkan berkenaan isu yg telahpun aku sentuh tidak berapa lama dahulu. Semasa parti2 politik yg terlibat sedang sibuk berkempen utk pilihan raya kecil tidak berapa lama dahulu, tiba2 isu ini digunakan sebagai salah satu senjata utk meraih undi oleh salah sebuah parti yg bertanding. Isu orang bukan Islam membaca Al-Quran. Bersama-sama ini disertakan clip yg menjadi isu hangat itu:



Akupun terkejut bila aku bertemu rakan sepejabat yg merupakan golongan berkecuali turut tidak berpuas hati dgn apa yg telah berlaku. "Kenapa dia nak baca Al-Quran? Apa Tujuannya?" Jelas, penerimaan mereka agak negatif kesan daripada pengaruh media rasmi yg menegatifkan perkara tersebut. Entahlah, bagi aku, aku gembira kerana orang2 Kafir di Malaysia dah terbuka hati nak mendekati Al-Quran. Bagi aku, kalau terus begini, tak mustahil tak lama lagi, kaum2 utama lain dlm negara akan turut memeluk Islam. Dan ketika itu, Malaysia dah boleh ditadbir mengikut sistem pertadbiran Islam secara 100% tanpa anda sebarang tentangan. Kalau ada pun dari puak2 tu jugakle...

Ayat Al-Quran diturunkan kepada Rasulullah S.A.W. utk disebarkan kepada seluruh umat manusia. Islam pada asalnya hanya dipeluk oleh Nabi Muhammad S.A.W. telah berjaya diperkembangkan ke seluruh dunia sehingga ke hari ini melalui dakwah yg dijalankan menerusi ayat-ayat Al-Quran yg diturunkan oleh Allah S.W.T. Kisah bagaimana Saidina Umar Al Khattab, telah terbuka hati utk memeluk Islam setelah terdengar bacaan ayat Al-Quran adalah salah satu bukti bahawa ayat-ayat Al-Quran telah lama diperdengar dan dibaca oleh orang2 Kafir. Yg menjadi masalahnya, perkara tersebut tidak boleh diterima oleh mereka2 yg berfahaman Sekular. Bukan itu aje, org2 yg kononnya Islam tertapi berfahaman sekular ini dah tak baca pun Al-Quran dlm kehidupan seharian mereka. Di rumah mereka, ada Al-Quran. Ia akan disimpan ditempat yg tinggi. Kalau dilangkah, mereka akan marah. Kalau nak kahwin, Ia akan digunakan sebagai salah satu hantaran. Kalau nak baca, tak adale. Nak belajar maksudnya, jauh sekali. Kalau nak dibaca pun, bulan puasa nanti. Itu pun kalau terbuka hati nak baca.

Berikut adalah komen para Tok Guru berkenaan isu yg diheboh-hebohkan itu:



No comments:

Post a Comment