Friday, May 22, 2009

Islam Di Malaysia. – Part 2


Dalam satu kuliah yg pernah aku hadiri, Ustaz berbicara berkenaan hasutan syaitan. Pada hari pembalasan nanti, semasa kita disoal berkenaan dosa-dosa yg pernah kita lakukan di atas muka bumi, kita akan cuba meletakkan kesalahan2 tersebut kepada syaitan dan pada ketika itu syaitan akan menjawab kembali yang dia tidak pernah memaksa kita utk melakukan dosa-dosa tersebut. Dia hanya berbisik kepada kita utk melakukannya, dan kita sendiri yang dengan rela hati melakukan dosa-dosa tersebut. Pd ketika itu, syaitan akan melepaskan diri dan sudah pasti kita yg akan dipertanggungjawab di atas segala kesalahan yang telah kita lakukan hasil drp hasutan syaitan.

Setelah hampir 52 tahun Negara kita merdeka, tidak dinafikan, banyak pembangunan dan kemajuan yang telah Negara kita kecapi. Akan tetapi, kita juga tidak dapat nafikan yang masalah sosial masyarakat di Malaysia juga semakin lama semakin kritikal, seiring dengan perkembangan dan kemajuan Negara kita yang tercinta. Buktinya, jika di tahun 60an dan 70an, masyarakat dilanda dengan gejala pop yeh yeh, pesta muda mudi, majlis tari menari, minum dan sebagainya. Di tahun 80an, gajala disco, ketagihan dadah dan sebagainya,. Di tahun 90an, muncul pula gejala mat rempit, bohjan, bohsia, seks bebas dan pembuangan bayi. Di era millennium, muncul pula gejala ragut, gay, lesbian, pengkid, penderaan seks ke atas kanak-kanak dan entah apa-apa lagi yg akan muncul tidak lama lagi. Bayangkan, bagaimana bentuk kehidupan yang akan dilalui oleh anak cucu kita di masa akan datang.

Aku masih ingat lagi, di era 90an dahulu, isu gambar lucah seorang artis wanita yang telah disebar luas ke seluruh negara. Sewaktu itu, artis tersebut dikecam teruk oleh masyarakat sehinggakan beliau digam. Begitu malunya kehidupan artis tersebut sehinggakan beliau menghilangkan diri utk satu tempoh yg agak lama. Pada hari ini, semakin banyak artis2 yg mempunyai gambar lucah yg tersebar luas di internet. Bukan setakat gambar, video lucah pun ada, tetapi penerimaan masyarakat hari ini sudah berbeza dengan penerimaan masyarakat 10 tahun yang lalu. Pada hari ini, perkara itu sudah dianggap satu kebiasaan dan mereka masih boleh meneruskan karier mereka, menghadap masyarakat tanpa rasa segan atau malu. Masalah sosial ini bukan sahaja melanda kpd para artis, tetapi ianya turut melanda kpd pelajar sekolah, masyarakat kampung, pelajar universiti dan pelbagai golongan lagi turut tanpa segan dan silu menyebarkan gambar dan video aksi lucah mereka sendiri di laman-laman web dan telefon bimbit. Kalau ada yang masih tak sedar, itulah hakikatnya. Bertapa kritikalnya tahap masalah sosial yang sedang melanda Negara ini. Pada suatu masa dahulu, para remaja boleh tersentuh apabila mendengar lagu gelombang nyanyian Salamiah Hassan. Pd hari ini, lagu tersebut dah dikira tidak relevan dan lirik lagu tersebut boleh dianggap sebagai suatu hasil penulisan yang kelakar bagi para remaja di zaman teknologi ini.

Hakikat yang sebenar, semua perkara-perkara tersebut berlaku adalah berpunca daripada kejayaan syaitan yang sentiasa menhasut manusia untuk melakukan kejahatan. Semakin hari, semakin hebat kejahatan yang dilakukan oleh manusia sehinggakan ada diantaranya sesuatu yang tidak pernah terlintas di dalam fikiran kita. Kita ambil kes Nurin sebagai contoh. Pernahkah kita terfikir yang ada manusia yg akan melakukan pembunuhan sekejam itu kepada seorang kanak2 tanpa ada satu sebab yg munasabah. Ini semua adalah angkara syaitan. Syaitanlah yang berbisik kepada manusia utk meragut. Syaitanlah yang berbisik kepada manusia utk merompak. Syaitanlah yang berbisik kepada manusia utk membunuh. Syaitanlah yang berbisik kepada manusia utk berzina. Syaitanlah yang berbisik kepada manusia untuk merogol. Syaitanlah yang berbisik kepada manusia utk merasuah. Syaitanlah yang berbisik kepada manusia utk berjudi, minum arak, menipu dan macam-macam lagi. Pendek kata, syaitanlah yang menghasut manusia utk melakukan segala yang ditegah oleh Allah dan meninggalkan apa yang diperintahkan oleh Allah.

Satu-satunya jalan penyelesaian ke atas segala permasalahan ini adalah melalui iman dan taqwa kita terhadap Allah S.W.T. melalui ajaran Islam yg sebenar-benarnya. Hanya iman dan taqwa sahaja yang dapat menewaskan hasutan syaitan. Kembalilah kepada ajaran Islam yang sebenar. Kembaliah kepada sistem pemerintahan dan perudangan Islam. Telah jelas dan nyata bahawa sistem perundangan barat yg dicipta oleh manusia tidak akan dapat menjamin kesejahteraan kehidupan manusia. Buktinya, masalah sosial di Negara barat adalah jauh lebih kritikal daripada apa yg sedang kita hadapi hari ini. Kita dah diberi Al-Quran sebagai panduan hidup. Kita dah diberi hudud & qisas utk membantu menghindari kita daripada terjerumus dgn hasutan syaitan. Kita hanya ada dua pilihan, Islam atau Kufur? Dosa atau Pahala? Syurga atau Neraka? Islam tak pernah tolak kemajuan. Malahan Islam selalu menyarankan kepada umatnya utk mencapai kejayaan di dunia dan di akhirat. Buktinya, dalam seruan azan sendiri, “marilah menunaikan Solat, marilah menuju kejayaan”. Renung-renungkanlah.

No comments:

Post a Comment