Wednesday, May 13, 2009

Kemelut Selesai, Maruah Tergadai...

Kisah utk dijadikan teladan dan pertimbangan anda tentang apa yg telah berlaku.

Disebuah kampung yg aman dan damai, tinggalnya seorang Tok Kadi tersohor, Ustaz Mazlan yg juga merupakan seorang Tok Guru yg tinggi ilmu pengetahuannya dlm bidang hukum hakam agama. Di kampung itu juga, tinggalnya dua orang kaya yg sangat dihormati oleh penduduk-penduduk kampung tersebut. En. Izhar, seorang jurutera yg hidup bahagia bersama-sama isteri tercinta yang bernama Farah dan 3 orang anaknya. Seorang lagi orang kaya di kampung tersebut adalah Dr. Nazri yang masih bujang trang tang tang dan merupakan bekas kekasih Farah.

En. Izhar merupakan seorang yang baik hati dan suka menolong orang-orang kampungnya tanpa mengira kaum. Sikap ini membuatkan segelintir orang kampung yang sangat pentingkan elemen perkauman, tidak senang hati. Dua puak berlainan fahaman yang tinggal di kampung tersebut, satu puak yg hidup berlandaskan Islam seperti yg diamalkan oleh En. Izhar dan satu puak lagi yang mementingkan perkauman dan hidup berlandaskan ideologi sekular yang diperjuangkan oleh Dr. Nazri.

Dr. Nazri yang sukakan kehidupan ala-ala barat telah berjaya mempengaruhi ramai orang2 kampung utk berpegang kepada ideologi sekular dan cuba membuat orang2 kampung, kaum Melayu khususnya utk membenci En. Izhar. Kampung tersebut didiami oleh kaum Melayu, Cina dan India. Dr. Nazri mendakwa yg En. Izhar ini tidak menjaga kebajikan orang2 Melayu kampung tersebut hanya kerana En. Izhar telah membantu penduduk2 kampung Cina yg miskin dan tinggal di pendalaman. Tetapi hakikat sebenarnya, Dr. Nazri mempunyai hubungan yang sangat intim dengan tauke-tauke Cina dan India yang kaya raya di pekan berhampiran yang mana akan dapat membantu beliau menambahkan lagi kekayaan duniawinya.

Nak dijadikan cerita, Farah yg merupakan isteri kepada En. Izhar, turut terpengaruh dengan dakyah yang di bawa oleh Dr. Nazri. Dlm masa yang sama, Dr. Nazri yg masih cintakan Farah, telah berjaya membuka pintu hati Farah utk menyintai Dr. Nazri semula dan mula bencikan suaminya sendiri, En. Izhar. Sejak daripada itu, hubungan En. Izhar dan Farah sudah tidak sebahagia dahulu. Lebih memburukkan keadaan lagi, ketiga-tiga anak En. Izhar turut berjaya dipengaruhi oleh Dr. Nazri. Perkara ini pun dirujuk kepada Ustaz Mazlan.

Ustaz Mazlan telah pun dimaklumkan berkenaan kemelut rumah tangga yang dialami oleh En. Izhar dan Farah. Dlm pertemuan diantara Ustaz dan En. Izhar, En. Izhar telah menyatakan hasrat beliau utk menyelamatkan rumah tangga yang telah dibina dan menegaskan yang beliau tidak mahu menceraikan isterinya, Farah. Dlm masa yang sama, Dr. Nazri yang turut datang berjumpa dengan Ustaz menyatakan perasaan cinta dan sayangya terhadap Farah dan anak-anaknya dan beliau sudah bersedia utk mengambil Farah sebagai isteri. Apabila Ustaz bertanya kepada Farah dan anak-anaknya, mereka turut bersedia menerima Dr. Nazri sebagai pegganti En. Izhar. Setelah didesak dan dinasihati oleh Dr. Nazri, Ustaz Mazlan, selaku Tok Kadi dan Tok Guru tersohor kampung tersebut telah mengarahkan En. Izhar utk menceraikan isterinya. Walaubagaimanapun En. Izhar dengan tegasnya enggan menceraikan isterinya kerana masih ingin cuba menyelamatkan isterinya yang tercinta daripada terus sesat di bawah pengaruh Dr. Nazri.

Keputusan En. Izhar enggan diendah oleh Ustaz Mazlan, lalu Ustaz Mazlan pun membuat keputusan utk menikahi Dr. Nazri dengan Farah walaupun Farah tidak menuntut Fasakh di Mahkamah, dengan alas an tuan punya badan dan ketiga-tiga anak-anaknya telah bersetuju dan enggan menjalani kehidupan bersama En. Izhar lagi.

Semasa upacara angkat nikah hendak dijalankan, Manaf, yang merupakan pengikut En. Izhar dan anak murid kepada Ustaz Mazlan bersama beberapa orang rakan beliau telah cuba menghalang perjalanan Tuan Guru mereka ke masjid utk menjalankan upacara tersebut. Mereka semua telah ditangkap oleh pihak berkuasa kampung tersebut dan diberi amaran yang keras. Tindakan Manaf utk menyelamatkan maruah Tuan Guru mereka daripada melakukan keputusan yang akan menjatuhkan maruah tersebut telah dianggap biadap dan kurang ajar oleh pengikut-pengikut Dr. Nazri dan mereka-mereka yang berkecuali. Upacara nikah tersebut telah pun berjaya dilaksanakan dan dengan bangganya Dr. Nazri mengatakan yang beliau kini adalah suami Farah yang sah.

En. Izhar yang tidak bersetuju dengan apa yang telah belaku telah mengambil keputusan utk membawa perkara ini ke Mahkamah Syariah. Dipendekkan cerita, dlm keputusan yang dikeluarkan oleh Mahkamah Syariah, En. Izhar masih lagi suami Farah yang sah dan pernikahan yang dibuat oleh Ustaz Mazlan adalah tidak sah dan bertentangan dengan hukum agama. Antara sebabnya, En. Izhar tidak pernah menceraikan Farah dan tiada tuntutan fasakh yang dibuat oleh Puan Farah utk mendapatkan penceraiaan.

Akibat daripada kemelut rumahtangga En. Izhar, kreadibiliti Ustaz Mazlan sebagai Tokoh Agama yang disegani oleh penduduk2 kampung tersebut telah tercemar. Lebih memburukan keadaan, apabila ditanya kepada Dr. Nazri, “itu adalah keputusan Tok Kadi.” Penduduk-penduduk kampung lain yang mengetahui perkara ini asyik menperkatakan, bagaimana seorang Ustaz yang tinggi ilmu Agama boleh mebuat keputusan yang jelas bercanggah dengan hukum-hakam. Dlm masa yang sama, Dr. Nazri melepas tangan dan munuding jari kepada Ustaz Mazlan tentang apa yang telah berlaku. Jelaslah, Manaf dan rakan2 amat sayangkan Tok Gurunya kerana cuba menghalang upacara pernikahan tempoh hari. Sekiranya pernikahan tersebut dibuat mengikut prosedur yang betul, sudah tentu Manaf dan rakan-rakan tidak akan berani menghalang Tok Gurunya sendiri melaksanakan tugasnya sebagai Tok Kadi.

No comments:

Post a Comment