Thursday, April 30, 2009

Islam Di Malaysia - Part 1

Dalam satu kuliah Zohor yang aku hadiri baru2 ini, Ustaz ada menyentuh berkenaan gambar yg pernah aku post dlm blog di mana terdapat dua orang yg berpakaian sami Buddha bersama-sama menunaikan Solat berjemaah di sebuah Surau atau Masjid. Maklumat sebenar berkenaan gambar tersebut masih tidak diketahui. Antara persoalan yang telah diajukan kepada Ustaz berkenaan kejadian di dalam gambar berkenaan adalah seperti berikut: Sekiranya mereka berdua masih belum memeluk Islam, salahkah tindakan mereka menyertai Jemaah tersebut? Sebagai orang Islam, apa tindakan yang patut kita buat? Adakah kita boleh membenarkan orang2 bukan Islam berada di dalam Masjid?

Jawapan yang aku dapat drp kuliah tersebut berkenaan persoalan-persoalan yang telah diajukan, lebih kurang begini. Islam diturunkan oleh Allah bukan sahaja untuk umat Islam tetapi untuk semua umat manusia dan seluruh alam. Adalah menjadi tanggungjawab semua umat Islam utk menyebarkan dakwah Islam dan mengajak orang2 yang masih kafir untuk menerima dan seterusnya memeluk agama Islam yang telah diturunkan kepada Rasulullah S.A.W. Umat Islam tidak boleh memaksa orang2 kafir untuk memeluk Islam tetapi umat Islam diwajibkan utk mengajak orang2 kafir menerima dan memeluk Islam. Sekiranya mereka enggan memeluk Islam, kita memang tidak ada hak utk paksa.

Untuk mendekatkan diri mereka dengan Islam, mereka perlu didedahkan dengan cara kehidupan umat Islam. Mereka perlu didedahkan dgn ayat-ayat Al-Quran. Mereka perlu turut serta dalam majlis-majlis ilmu yang diadakan di Surau-Surau dan di Masjid-Masjid. Pendapat yang mengatakan orang-orang kafir tidak boleh membaca dan mempelajari Al-Quran adalah salah. Pendapat yang mengatakan tidak boleh berpolitik dgn ayat-ayat Al-Quran juga adalah salah.

Jika kita renung kembali sejarah Rasulullah S.A.W. Islam diturunkan oleh Allah melalui ayat-ayat Al-Quran kpd Rasulullah S.A.W. Kemudiannya, Rasulullah S.A.W., insan pertama yang memeluk Islam, menyebarkan dakwahnya kepada orang-orang kafir melalui ayat-ayat Al-Quran yang diturunkan tadi sehingga berjaya mengambil alih tampok pemerintahan dan menubuhkan kerajaan Islam yang hebat.

Berkenaan amal ibadat yang orang-orang kafir lakukan seperti Solat dan sebagainya, sekiranya mereka masih belum memeluk Islam, para Ulama’ berpendapat, mereka akan tetap mendapat manfaat duniawi sepertimana yg diperolehi oleh umat Islam tetapi tidak utk ganjaran di akhirat. Sebagai contoh yang nyata adalah amalan sedekah. Sabda Rasulullah S.A.W. sesiapa yang bersedekah, Allah akan panjangkan umur dan murahkan rezeki mereka. Maka sbb itulah orang2 kafir yang suka bersedekah akan panjang umur dan lebih kaya, yang mereka tak dapat adalah pahala utk hari akhirat nanti.

Kesimpulannya, adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai umat Islam utk mengajak dan mendekatkan diri orang2 kafir dengan Islam. Tuntutan ke atas kita sebagai umat Islam bukanlah hanya sekadar amal ibadat kita sahaja. Menyebarkan dakwah Islam dan menegakkan syiar Islam adalah menjadi tanggungjawab kita semua sbg orang Islam kerana itulah yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W. dan para sahabat baginda serta khalifah2 terdahulu. Tidak malukah kita nak menghadap mereka sekiranya kita hanya sekadar membawa pahala dari amalan utk diri kita sahaja semasa di akhirat nanti?

No comments:

Post a Comment