





Selesai menjamu selera, kami pun berjalan kaki menuju ke pusat membeli belah dgn harapan nak shopping sakan. Pd hari tu, shopping complex tu akan ditutup pd jam 11.00 malam. So, sempat le lagi kami nak membeli belah. Mcm biasa le, bila ada special offer, yg dtg pun mestilah ramai. Disebabkan si D'boy tu meragam pulak mlm tu, mak aku terpaksa le melupakan hajat nak membeli belah. D'boy pulak tak berapa nak dgn org lain, so, aku, wife aku & adik aku terpaksa le shopping dgn secepat yg mungkin.

Pada keesokan paginya, kami bercadang nak ke rumah ibu saudara aku di Kajang. Selesai sarapan pagi, kami pun bersiap2 nak ke Kajang. Hajat nak ke Kajang terpaksa dibatalkan disebabkan ibu saudara aku berada di Kelantan kerana mertuanya baru meninggal dunia. Kami pun bertukar destinasi ke rumah ayah saudaraku di Subang Bestari. Sebelum ke sana, aku sempat membawa family aku melawat rumah baru kami di Bukit Serdang. Kami tiba di Subang Bestari lebih kurang jam 11.00 pagi. Cadangnya nak melawat kejap aje sbb nak solat Jumaat di Tmn Tun. Tapi kena tahan pulak sampai pukul 3.00 petang. Kami menunaikan solat Jumaat di masjid berdekatan Subang Bestari. Seronok jugak, sbb ada Tazkirah sementara nak tunggu masuk waktu. Selesai makan tengahari di rumah Pak Cik aku, kami pun bergegas ke rumah aunty aku di Damansara. Nanti marah pulak aunty aku, dia dah masak banyak2 tak ada org nak makan.





Hajat nak makan malam bersama aunty aku di Damansara terpaksa dibatalkan sbb sepupu aku dah bising2 ajak mak aku dinner dkt rumahnye di Kota Damansara. Dah banyak kali sepupu aku ni ajak mak aku dtg rumah dia. Kali ni tak sampai hati pulak nak tolak. Malam tu kami split sbb mak aku nak ke Kota Damansara & bapa aku nak tunggu uncle aku dari Kelana Jaya dtg ke rumah aunty aku di Damansara. So, aku, wife aku, adik aku, mak aku & D'boy dinner di Kota Damansara & bapa aku dinner bersama aunty aku & uncle aku di Damansara. Kami berada di rumah sepupu aku pun tak lama sbb uncle aku dari Kelana Jaya tu nak jumpa si D'boy ni. Lepas dinner, kami pun bergegas pulang ke rumah aunty aku. Entah kenapa aku lupa pula nak bawa camera masa di Kota Damansara tu.
Keesokan paginya, seorang lagi sepupu aku dtg mengajak parent aku breakfast di restoran Santai, di Tmn. Tun. Tepat jam 8.45 pagi, kami pun bertolak ke restoran tersebut. Kali ini wife aku tak ikut sekali. Wife aku terpaksa pergi ke Rawang pd pagi tu utk menziarah immediate bossnya yg baru kehilangan suami. Selesai breakfast kami pulang semula ke rumah aunty aku utk berborak2. Pd awalnya mak aku bercadang nak pergi shopping dkt shopping complex yg baru dibuka, tak jauh dari umah aunty aku. Disebabkan si D'boy ni tak tido2, so hajat tu terpaksa dibatalkan. Parent aku pun bersiap2 nak pulang ke Perak sbb adik aku nak kena balik ke kampusnye pd hari Isnin. Kira2 jam 11.00 lebih, parent aku pun bertolak ke Perak.
Lebih kurang jam 12.30, wife aku pun tiba utk menjemput aku. Dlm tergesa2, kami pulang ke rumah utk bersiap2 ke majlis hari jadi Mia (anak Izwan) spt yg diwar-warkan sebelum ini. Kami tiba di majlis tersebut pd jam 2.00 petang. Walaubagaimanapun, kelewatan kami ni telah dimaklumkan terlebih dahulu kpd Izwan pd awal pagi tu. Semasa majlis tersebut, aku sempat bertemu dgn Mat yg tiba lebih kurang waktu kami tiba. Majlis tersebut mmg meriah dgn kehadiran tetamu2 yg merupakan kawan2 & ahli keluarga Izwan dan isterinya. Bersama2 ini sedikit gambar sekitar majlis ulang tahun Mia yg pertama. (gambar tak berapa cun sbb camera aku dah mula buat hal)
No comments:
Post a Comment