
Utk makluman, kucing kesayangan aku, Spacey, yg telah ditransfer ke Kg. Boyan tu dah beberapa minggu tak pulang ke rumah. Menurut ibu mertuaku, kucing tu masih kelihatan di kawasan kejiranan situ, tetapi tidak mahu pulang ke rumah. Kemungkinan besar dia merajuk sbb dah lama sgt kami tinggalkan dia. Selalu tinggal kejap2 aje. Mungkin dia ingat kami dah buang dia. Sedihnye...
Pd hari tu, perjalanan ke Kampung dimulakan sebaik selesai waktu pejabat. Sudah sekian lama kami tak bertolak pd waktu sebegitu sbb selalunya kena pulang ke rumah terlebih dahulu utk menjemput kucing kesayangan. Sejak tak ada kucing di rumah nie, terasa bebas sikit utk bergerak. Tepat jam 5.00 petang, aku keluar dari pejabat menuju ke office wife aku. Kali ini abg ipar aku turut sertai kami. Wife aku jemput dia dkt stesen Komuter berhampiran pejabat seawal jam 3.00 petang. Alhamdulillah, dlm perjalanan tu, trafficnye tak le teruk sangat. Sepanjang perjalanan tu, kami relax2 aje. Berhenti solat, ambil minyak, kira-kira hampir jam 10.00 malam kami dah tiba di Taiping. Setibanyadi rumah, tak berapa lama selepas itu abg ipar aku sorang lagi pun tiba di rumah mertua aku bagi menceritakan apa yg berlaku sepanjang tempoh kempen dan hari pilihan raya kecil parlimen Bukit Gantang. Sampai pukul 1.o0 pagi kita org dok bercerita pasal tu aje.
Kalau mendengar gelagat org2 kita nie, mmg aku nak geleng kepala. Mana taknye, masih ramai lagi yg tak paham2. Ada yg terlalu emotional sampai bergaduh sesama sendiri. Yg sebenarnya bukanye org lain, kawan2 & sedare mare jugak. Disebabkan fahaman politik berbeza, ada yg sampai tak bertegur sapa. Aku pun hampir2 mengalami perkara yg sama jugak. Puncanya bukan apa, cuma nak tegur perkara yg benar. Masalahnya, org2 yg lebih tua sudah tentu tak boleh nak terima teguran dari org2 muda. Tapi aku tak ada le nak ambil port benda2 nie. Mungkin salah aku juga sbb cara aku tegur mungkin agak kasar hingga boleh menyinggung perasaan. Apa2 pun, niat aku ni baik. Tak nak org terlambat sedar. Kalau mereka2 menang debat atau perbicaraan di mahkamah dunia sekalipun, di mahkamah Akhirat, semasa hari pembalasan nanti, kamu semua akan tahu kebenarannya jugak. Maka jawablah kamu dgn lidah yg fasih di padang Masyhar nanti.
Antara perkara menarik yg aku dengar sepanjang kempen pilihan raya kecil yg lalu, semua rumah & kedai2 kosong habis disewa. Ada yg memberi sewa rumah kampung sehingga RM 3000 sebulan. Ada yg beri sewa rumah RM200 per head. Rumah utk dijual dpn rumah bapak aku pun diduduki oleh pasukan khas polis. Rumah mertua aku pun turut diduduki oleh rombongan para ustaz dari KL seramai 15 orang. Yg ini kita org tak kena sewa, kira fisabilillah aje. Tak semua org nak duit beb.
Ada juga aku dgr cerita ttg org2 melayu jahiliah yg jawab "kalau tak undi ... masuk neraka, aku rela masuk neraka drp undi ..." semasa kempen sdg dijalankan. Mmg terkejut jugak aku. Pernah jugak soalan ini diajukan kpd ustaz, mengapa ada sesetengah org, kita bagi kuliah, kita bagi tazkirah tapi hati dia tak mahu terbuka jugak?. Antara faktor2 kenapa Allah S.W.T. tidak mahu beri hidayah kpd mereka2 ini adalah kerana mereka tidak menjaga pemakanan mereka. Sumber rezeki mereka, tak kira halal atau haram, dia org main sebat aje. Daging yg dimasak dan dimakan, cara penyembelihannya mengikut kaedah yg halal atau sebaliknya. Inilah diantara punca2nya. Dari itu, aku ambil kesempatan mengingat diri aku dan rakan2 sekalian, hati-hatilah dgn sumber rezeki kita. Jgn sbb ko org rasa nak untung, ko org belasah aje. Tak kira halal ke haram semua ko org belasah. Kadang2 peluang dtg dpn mata, Allah saje nak uji kita. Ingatlah, kekayaan dari punca rezeki haram tak akan ke mana. Kalaupun kita kaya raya dgn wang mcm tu, kehidupan kita belum tentu bahagia lagi. Di dunia pun kita akan ditimpa bala, di Akhirat apatah lagi. Hakikatnya, yg memberi rezeki tu Allah, yg nak tarik rezeki pun Allah. So, ikutlah apa yg Allah suruh dan hindarilah apa yg Allah larang.
Ada jugak aku dgr cerita berkenaan ugutan yg dibuat kpd penduduk2 kg. oleh pihak2 yg tak bertanggungjawab. "Ko org kalau tak undi ...., anak ko org nanti tak akan dpt kerja dgn ......... Nanti dia org akan check ko org undi apa". Kata memperjuangkan melayu, kalau mcm ni memperjuangkan melayu atau memperjuangkan ahli? Dah le memperjuangkan bangsa tu sgt2 bertentangan dgn ajaran Rasulullah S.A.W. Inilah contoh demokrasi terpimpin mcm yg P.Ramlee kata dlm movie dia dulu. Mmg betul le aliff, min, nun tendang wau, sarkas. Sudahle ko org, para malaikat pun akan check jugak nanti... kalau Allah nak kasi turun bala, ko org boleh buat apa? Rezeki, jodoh, ajal, maut semuanya ditangan Allah. Tak perlu la takut dgn siapa2 kecuali Allah S.W.T. Dah banyak dah aku tengok CEO2 muda yg berjaya, dpt duit corner2, last2 tak leh makan tu.... tak leh makan ini... sbb mcm2 penyakit dah kena. Duit banyak, nasi pun tak leh makan. Ko nak cakap apa? Itu baru Allah tarik nikmat sikit aje. Sekali lagi aku ingatkan, aku ni bukan nak menentang, tapi sekadar nak mengajak semua org kembali kpd perjuangan sebenar yg dituntut oleh Allah S.W.T. dlm ajaran yg dibawa oleh Rasulullah S.A.W. melalu kitab Al-Quran dan hadis2 yg ditinggalkan sebagai panduan bagi manusia menjalani kehidupan di dunia yg sementara ini.
Niat aku nak berjumpa dgn kucing kesayangan tidak kesampaian. Mungkin sbb masa tu adalah waktu musim mengawan. Puas aku round satu kg. boyan tu. Tak jumpa2. Pagi sebelum aku balik tu, ada dia muncul di laman rumah, tapi dia tak nak masuk. Ada sekali aje masa lepas Maghrib sebelum aku berangkat ke rumah Opah aku, aku terdengar suara spacey tgh bergaduh dgn kucing lain. Bila aku panggil, dia tak datang pun. Kelibatnya pun tak nampak. Disebabkan aku tergesa2 nak ke rumah Opah aku, aku pun beredar begitu saje. Sehingga ke hari ini, dia masih tak muncul2. Apa pun, aku berdoa agar dia selamat. Kalau ada jodoh, InsyaAllah kita berjumpa lagi. :(
Kepulangan kali ini, aku tak bawa camera. So tak banyak le gambar yg boleh aku share. Gambar2 yg ada ni pun adalah sumbangan abg ipar aku dari klang tu. Dia bawa camera. Tapi tak banyak gambar aku boleh copy sbb bila dkt Taiping, dia jalan sendiri, aku jalan sendiri. Gambar yg ada di bawah aku pergi dinner beramai-ramai bersama keluarga mertua aku dkt satu kedai kuetiauw berhadapan kedai Singer di kamunting. Mmg sedap & murah. Sepinggan RM 2.50 aje. Banyak pulak tu. Mula2 plan aku nak pergi makan kuetiauw dolly dgn wife aku. Dah sampai pun dkt kedai, sekali tak ade meja kosong. So balik le ke rumah dulu. Rupa2nye abg ipar aku dah ada plan lain, kita org join ajele plan dia.



Kami berangkat pulang ke KL selepas makan tengah hari pd hari Isnin. Terpaksa ambil cuti sbb urusan dgn imegresen Taiping tu. Pukul 3.00 petang baru masuk highway. Sampai Klang waktu Maghrib. Punye le jam. Sampai rumah pukul 10.00 mlm. Mmg lena betul tidor mlm tu. Nasib baik esok tu boleh bangun pergi kerje.
No comments:
Post a Comment