
Pemergian Raja Pop dunia ini masih terus menjadi tanda tanya. Apapun, semua org perlu menerima hakikat yg Michael Jackson @ Mikhael telah pergi buat selama-lamanya. Mungkin bagi sesetengah orang, ianya hanya perkara biasa. Tetapi tidak bagi individu2 yg hidupnya terlibat dgn muzik. Apatah lagi aku juga adalah di antara jutaan manusia yg pernah terjerumus di dalam fenomena MJ pd suatu ketika dahulu.
Cuti hujung minggu yg lalu, aku telah menghabiskan masa lapangku utk menemani Auntyku di Damansara. Salah satu sbb adalah kerana isteri aku tiada di rumah disebabkan terpaksa menghadiri kursus dari hari Khamis hingga Isnin. Kasihan Aunty aku yg tak dpt tgk channel lain kerana aku tak jemu2 berada di hadapan TV sambil menonton rancangan2 khas berkaitan Michael Jackson yg ditayangkan di CNN, BBC, CNCB, Channel V & MTV. Yg aku nanti2 kan adalah majlis pengkebumiannya sama ada dibuat mengikut Islam atau sebaliknya. Sebak juga aku bila mendengar lagu Arwah diputarkan di radio semasa memandu terutamanya lagu BEN. Nak meleleh air mata aku. Selain drp terkenangkan arwah, lagu tu juga mengingatkan aku ttg Spacey (kucing kesayangan aku) yg hilang entah ke mana.
Baru2 ini, selepas aku menikmati makan malam di sebuah restoran berdekatan rumah bersama isteriku, aku singgah ke salah sebuah DVD shop sbb nak beli movie "The Last House on The Left". Aku mmg suka cerite2 thriller mcm tu. Dari jauh, aku dah dengar kedai tersebut memutarkan lagu "Man In The Mirror". Bila aku melangkah masuk, terdapat satu ruangan khas yg menempatkan all CDs & DVDs MJ. Aku sempat beli DVD concert MJ yg pernah aku miliki videonya suatu ketika dahulu. Sempat aku berbual dgn tauke kedai tu ttg MJ. Antara yg tauke tu ceritakan : "banyak sayangla ini orang sudah mati. Banyak terkejut ooo. Gua sudah 4 hari non stop pasang dia punya lagu dkt kedai. Masuk Jusco pun dia punya lagu. Masuk kereta pun dia punya lagu juga. Saya punya kawan, tido pun ada mimpi dia".
Apapun, syukur kerana diakhir2 hayatnya, Allah S.W.T. telah memberi Hidayah sehingga beliau memeluk Islam. Allahyarham Michael Jackson disyaki meninggal dunia akibat pengambilan painkiller yg berlebihan. Result dari autopsy yg pertama masih tidak dpt menjelaskan punca kematiannya. Keluarga beliau telah meminta autopsy kali kedua dijalankan ke atas jenazahnya. Entah bila dia org nak kebumikan jenazah tersebut. Al-Fatihah! Bersama-sama ini aku sertakan clip video lagu-lagu arwah yg menjadi kegemaran aku & video2 yg berkaitan dgn kematian Michael Jackson, The King of Pop. RIP...
Transformation of MJ
Jackson 5 - I Want You Back
Jackson 5 – Blame it to the boogie
Jackson 5 - Never Can Say Good Bye
Jackson 5 – Can you feel it
Jackson 5 - ABC
Jackson 5 – I’ll be there
One Day in your life
She’s out of my life
BEN
Off The Wall
Human Nature (Original)
Billie Jean
We are The World
Thriller
Beat It
Pepsi Commercial
Pepsi Commercial 2
Leave Me Alone
Man In The Mirror (Moonwalker)
Man In The Mirror (Live)
Another Part of Me
Speed Demon
Liberean Girl
I Just Can’t Stop Loving You
Come Together
Dirty Diana
Smooth Criminal
Dangerous KL (1996)
JAM
Who Is IT
Heal The World
Black Or White
Remember The Time
Will You Be There
You are not alone
Childhood
Ghost
They Don’t Care About Us
Earth Song
This Is It
Last Appearance
Final Rehersal
CNN – MJ Death
CNBC - MJ Death
MJ Memorial
Memang pemergiannya dirasakan terlalu awal. Tapi Allah Maha Mengasihi.
ReplyDeleteCerita tentang keIslaman Michael ni tak banyak kan.
Ada tak mana2 information atau links yang boleh membantu?
Biasele.. kalau boleh US tak nak declare dia sbg Muslim. Buatle mcm mana pun, yg pasti, akhirnya Islam pasti akan menang jugak.
ReplyDelete