Monday, July 27, 2009

Ruang Bersedekah...

Pagi ini aku agak terkejut apabila menerima satu email nie. Yg buat aku terkejut sangat2, org yg dimaksudkan tu adalah org yg pernah aku kenali suatu ketika dahulu. Beliau baru berusia 32 tahun tetapi sudah diuji dengan penderitaan akibat penyakit yang dialami. Kepada sesiapa yg ingin beramal, harap dapat beri sedikit bantuan bagi meringankan beban beliau. Sila baca kanduangan email di bawah dan bantulah apa-apa yang patut.


Y.Bhg Dato’/Datuk/Tuan/Puan,


Dukacita dimaklumkan bahawa rakan sekerja kita Encik Hasrol Bin Haron yang bertugas sebagai Pembantu Pegawai Teknik sedang menghadapi musibah. Beliau telah menghidap penyakit kegagalan buah pinggang yang teruk dan tidak dapat dipulihkan lagi (End Stage Renal Failure).

Untuk pengetahuan Y.Bhg Dato’/Datuk/Tuan/Puan, penyakit buah pinggang yang dihidapi oleh beliau memerlukanya berulang alik ke Hospital untuk membuat rawatan. Beliau terpaksa dirawat secara rawatan Haemodialisis tiga kali seminggu untuk empat (4) jam setiap rawatan dan rawatan ini terpaksa dilakukan sepanjang hayat beliau.

Oleh kerana kemudahan rawatan yang terhad dan sukar untuk mendapatkan pemindahan buah pinggang, doktor yang merawat beliau telah menyarankan kepada beliau supaya membuat rawatan di Luar Negara disebabkan kesukaran untuk mendapatkan penderma buah pinggang di Malaysia. Untuk menjalani rawatan tersebut, beliau memerlukan wang sebanyak RM 300,000.00.

Untuk meringankan beban beliau yang mempunyai lima (5) orang tanggungan dan seorang isteri, pihak kami memohon bantuan tulus ikhlas untuk menyumbangkan derma /sumbangan. Y.Bhg Dato’/Datuk/Tuan/Puan bolehlah membuat kutipan dan / atau terus menyalurkan sumbangan ikhlas ke akaun Bank Islam : 14 1800 10000 041

Sebarang pertanyaan mengenai kutipan / sumbangan ini bolehlah berhubung dengan En. Abdul Rahim Bin Abdul Hamid di talian 03- 2240 1629


Setiap sumbangan ikhlas dari Y.Bhg Dato’/Datuk/Tuan/Puan amatlah dihargai.

" Yang Kekal Mengiringi Jenazah kita nanti hanyalah tiga (3) perkara sahaja iaitu Ilmu yang Manfaat, Anak yang Solehah dan ketiganya ialah Sedekah Jariahnya "

No comments:

Post a Comment