Thursday, July 2, 2009

Jawapan Nukilan Zambry Abd Kadir!


Aku terbaca nukilan DS. Zambry yg cuba memberikan gambaran negatif terhadap pemimpin yg amat dihormati, Tuan Guru Nik Aziz di blog rasmi Dato' Seri Dr. Zambry Abd Kadir. Pandangan beliau ini telah turut diberi sokongan padu oleh beberapa org penyokong beliau yg dgn lantang dan beraninya mengutuk Ulama tersohor kita. Aku turut memberi komen di blog tersebut bagi menjawab segala tomahan yg telah dilemparkan.

Bersama-sama ini, aku sertakan nukilan beliau & komen aku yg tak akan disiarkan tu utk tatapan & renungan bersama:



AMARAH TOK GURU
27.6.09
Nukilan/Posted By : Dr Zambry Abd Kadir




Saya dapat memahami perasaan Tok Guru Nik Aziz Nik Mat bila menyatakan UMNO sama dengan komunis, ajaran Ayah Pin dan sosialis.Ini kerana Tok Guru juga adalah insan politik yang tidak dapat lari dari amarah politik. Tambahan lagi sejak dalam politik sekian lama indoktrinasi politik benci kepada UMNO begitu menunjang.Meskipun dalam al-Qur'an menganjurkan supaya berlemah lembut dengan sesama ummat, tetapi apa yang kita saksikan ialah sikap yang lebih lunak dan lembut ditunjukkan kepada orang yang dengan tegas menentang segala cita-cita Islami PAS.Akibat kebencian yang teramat sangat kepada UMNO, ia sudah melupai segala uslub al-da'wah yang sering dikuliahkan.Maka tidak hairanlah kita mendengar hujah dari mereka bahawa "UMNO itu zalim, DAP itu kafir. Maka lebih baik berkawan dengan orang kafir dari berkawan dengan orang zalim". Ada yang bertanya kepada saya kenapa sampai hati Tok Guru Nik Aziz mengeluarkan kenyataan sedemikian.Saya jawab bahawa saya tidak terkejut dengan kenyataan Tok Guru kerana itulah alam fikirnya.



Bagaimanapun saya yakin bahawa apa yang diluahkannya adalah terzahir daripada amarah yang memuncak.Cuma kalau ada orang yang memikirkannya maksum (terlepas dari sebarang dosa), barang diingat bahawa dalam tradisi Sunni beliau juga tidak terlepas dari melakukan kesilapan dan dosa.Mungkin selepas menyedari kesilapannya, Tok Guru kemudiannya berkata bahawa ia hanya kiasan sahaja. Bagaimanapun saya kurang arif pula melihat "kelaku" nya yang sejak akhir-akhir ini membimbangkan saya.Kemarahannya terhadap Timbalan Presiden PAS Nasaruddin Mat Isa seperti yang disiarkan dalam TV benar-benar meluap dan bukan main-main. Sehinggakan ayat-ayat yang tidak sepatutnya dikeluarkan oleh seorang yang menganggap dirinya ulama, terkeluar juga.Saya juga kurang mengerti apakah disebabkan oleh kegagalan Husam Musa menang sebagai Timbalan Presiden menyebabkannya bertindak sehingga ke tahap itu. Apapun hujah beliau, menuduh UMNO atau mengkiaskan UMNO seperti komunis, Ayah Pin dan sosialis adalah perbuatan golongan pelampau atau secara kiasannya juga menggambarkan keangkuhan ilmu.Saya hairan bagaimana tuduhan berat kepada kiasan sossialisnya UMNO boleh dihamburkan, tetapi dalam masa yang sama memeluk DAP seerat-eratnya yang juga berfahaman sosialis.





KOMEN AKU



Apa yg dimaksudkan oleh Tuan Guru Nik Aziz mengenai persamaan UMNO dgn Ayah Pin, Komunis dan sebagainya adalah kesemua perjuangan tersebut tidak berlandaskan ajaran Islam yg sebenar malahan ianya jauh terpesong dgn apa yg dituntut oleh Allah S.W.T ke atas umat Islam. Hanya org yg beriman sahaja yg akan faham sbb org yg beriman (percaya kpd Allah S.W.T.) tidak akan berada di dlm saf perjuangan selain drp perjuangan menegakkan Islam.

Neraka paling dlm adalah tempat bagi org2 munafik dan bukannya orang2 kafir. Jelas ia menggambarkan bahawa org munafik adalah jauh lebih hina drp org kafir. Definisi org2 munafik adalah org2 yg mengaku Islam, hidup mcm org Islam tetapi dlm masa yg sama mereka menjalannkan gerakan utk menghancurkan Islam. Di zaman Rasulullah S.A.W., Baginda bukan setakat mengutuk gerakan puak2 munafik tetapi Baginda akan mencatas (membunuh) pejuang2 gerakan munafik yg cuba menghancurkan Islam.

Org2 kafir yg tidak menentang Islam tidak perlu ditentang tetapi sebaliknya adalah menjadi tangunggjawab umat Islam utk berdakwah & mengajar mereka mengenali Islam yg sebenar. Islam mengajar kita utk berbaik dan berlembut dgn semua makhluk tetapi tidak bagi mereka yg menentang dan mengancam Islam. Ianya jelas digambarkan dlm sejarah Islam semasa Ijtihad Rasulullah S.A.W. terhadap tawanan perang di mana Allah S.W.T. berkehedakan sebaliknya.

Pd pendapat saya, selagi mana UMNO berpegang dgn sekular, undang2 dan sistem pemerintahan ciptaan barat, maka selagi itulah ianya jelas bertentangan dgn tuntutan Allah S.W.T. dan akan terus menjadi penentang / penghalang usaha memartabatkan syiar Islam. Persoalannya, kenapa UMNO menolak ajaran Islam yg sebenar? Adakah UMNO tidak percaya dgn apa yg Allah S.W.T. titahkan di dalam Al-Quran atau dlm erti kata lain, adakah UMNO tidak mahu beriman kpd Allah & tidak mahu beriman kpd Al-Quran? Jika dilihat betul2, yg menjadi penentang pejuang-pejuang Islam (PAS) di Malaysia bukannya org2 kafir, tetapi org2 UMNO (yg mengaku sbg Islam) sendiri.

Berkenaan ayat DS Zambry “seorang yg mengaku dirinya ulama”, sebenarnya, utk mendapat gelaran ulama tidaklah semudah mendapat gelaran Dr, Ir, Datuk, Datuk Seri, Prof dan sebagainya. Gelaran Ulama tidak akan diberikan dgn hanya menamatkan program2 dari mana2 Universiti. Gelaran Ulama tidak akan diperolehi sbg pengiktirafan drp mana2 Sultan atau Raja. Gelaran Ulama ini hanya akan diperlolehi berdasarkan sedalam mana pengetahuan individu terhadap ilmu Islam dan amalan mereka sebagai org yg benar2 bertaqwa kpd Allah S.W.T. Sekiranya tuan berasakan yg tuan adalah seorang insan yg hebat, saya ingin mencabar tuan utk dapatkan gelaran tersebut sebelum akhir hayat tuan.



*Kelakar beb, baru ni kenalan aku menghadiri kursus BTN, Fasilitator dia org ajar, antara 4 perkara ini : Diri, Agama, Negara & Bangsa yg mana perlu diutamakan. Jawapan betul yg diberi oleh Fasilitator tersebut secara turutan ialah: Negara, Agama, Bangsa & Diri. Agaknya dia mati esok Malaikat akan tanya apa yg kamu dah buat utk negara kamu kot. Apapun itulah mereka yg berfahaman Sekular.


No comments:

Post a Comment