Friday, June 26, 2009

Hilangnya Sebutir Bintang...


Awal pagi ini aku mendapat sms dari sepupu aku (Mat) yg kebetulan sedang berada di LA California. SMS yg mengesahkan kematian King of Pop Michael Jackson atau nama Islamnya Mikhail pd usia 5o tahun. Mengikut laporan yg aku baca pagi ini, Michael Jackson telah dibawa ke UCLA Medical Centra LA pd jam 12.21 tengahari (waktu LA) selepas 911 mendapat panggilan kecemasan dari kediaman beliau. Beliau dikatakan sesak nafas dan Koma sehinggalah pd jam 3.15 petang (waktu LA), pihak UCLA Medical Centre telah mengesahkan kematian beliau.

Michael Joseph Jackson @ Mikhail (29th Aug 1958 - 25th June 2009), telah memulakan karier muziknya seawal usia 11 tahun bersama-sama 4 lagi abg beliau melalui kumpulan The Jackson 5. Beliau kemudiannya memulakan karier solo beliau pd tahun 1971 ketika masih menganggotai kumpulan tersebut. Antara album solo beliau yg mendapat sambutan yg cukup hebat di serata dunia adalah spt Off The Wall (1979), Thriller (1982), Bad (1987) & Dangerous (1991). Micheal Jackson juga cukup terkenal dgn penghasilan muzik video yang menarik spt Beat It, Billie Jean, Thriller, Black or White, Remember The Time dan sebagainya. Jacko juga sempat membintangi sebuah Film, Moonwalker pd tahun 1987 yg selalu aku ulang tengok dgn Mat masa kecil2 dulu. Sepanjang kariernya, Jacko pernah menerima 13 Grammy Awards. Jumlah penjualan albumnya yg dipasarkan ke seluruh dunia telah pun mencapai jualan lebih daripada 750 juta yg menobatkan beliau sebagai "Most Successful Entertainer of All Time".

Aku juga merupakan salah seorang peminat Michael Jackson yg kronik suatu ketika dahulu. Selain dibesarkan dgn muzik video dan lagu2 Michael Jackson yg selalu aku ulang dengar & ulang tonton semasa kecil dahulu, satu peristiwa yg aku tak dapat lupakan, semasa sekolah menengah dahulu, aku & rakan2 suka bertukar2 koleksi kaset Michael Jackson. Salah seorang rakan aku yg kaki ponteng sekolah telah meminjam kaset Jacko member aku (Badaruddin) yg merupakan seorang budak baik & pandai. Satu hari ketika member aku yg nakal ni hadir ke sekolah, si Badaruddin ni pun tuntutlah kaset dia balik dgn berkata "Esok Hang bagi balik kaset Michael Jackson aku. Kalau hang tak bawa, aku bakar rumah hang". Malangnya, keesokan harinya si mamat ni tak datang jugak. Setelah bebrapa hari memonteng, isu ini dah sampai ke pengetahuan bapa si budak nakal ni. Bila cikgu & bapa dia tanya kenapa dia tak nak datang sekolah, si budak nakal ni beri alasan yg dia takut nak datang ke sekolah sbb ada budak ugut nak bakar rumah. Tak pasal2 si badaruddin ni kena panggil dgn pengetua. Bila dibilik pengetua, pengetua terkejut... "budak ni yg ugut awak nak bakar rumah" disebabkan reputation si Badaruddin ni sgt baik... depan kita orang jugak si budak nakal ni kenal sebat dgn pengetua. He... He... He.... Antara lagu Jacko yg menjadi kegemaran aku ialah... I'll Be There, Ben, Man in the miror, Billie Jean, The way you make me feel, Heal The World, Smooth Criminal, Dangerous, Dirty Diana, You are not alone, I just can't stop loving you, ...... (banyak gile beb)

Apapun... perginya Michael Jackson adalah satu kehilangan besar dlm industri muzik dunia. Bagi aku, kehilangannya adalah sama seperti kehilangan Elvis Presley dan Tan Sri P. Ramlee. Hopefully Mat tak melepaskan peluang keemasan utk menghadiri funeral Legenda Pop Michael Jackson di LA...

No comments:

Post a Comment