Wednesday, June 24, 2009

Medic Week!


Minggu ini merupakan minggu rawatan buat kami. Ketiga-tiga makhluk bernyawa yg tinggal bersama di kediaman kami telah menerima rawatan utk penyakit masing2.

Ianya berluma pada 15hb June 2009, kira2 jam 3.00 pagi. Aku & wife aku telah dikejutkan dari tido oleh si Memey. Entah apa hal pulak dia bising2 suruh kami berdua bangun. Agak panik pagi tu sbb dia nampak mcm sdg dlm kesakitan. Kami berdua agak buntu, tengah mlm-mlm mcm nie mana ada klinik veterina yg masih dibuka. Lebih kurang jam 3.20 pagi, semasa kami letak si Memey dlm kandang, dia telah selamat melahirkan seekor anak. Mmg confuse… kalau tgk fizikal dia, tak nampak mcm dia mengandung pun. Lagipun mlm tadi elok aje dia melompat kesana-sini. Masa bila dia mengandung?


Anak kucing mix parsi yg telah selamat dilahirkan agak colorful. Main color warna orange, campur putih & hitam sedikit. Kami suspect dia ni betina, so, kami namakan dia sbg Sharifah Sookie. Berita kelahiran ini telah pun kami maklumkan kpd tuan sebenar Memey (jiran kami), dan jiran kami tu telah menghadiahkan Sookie kpd kami sbg hadiah kerana kami telah menjaga Memey semasa ketiadaanya. Buat masa ini Memey akan menetap bersama kami sehingga selesai tempoh menyusukan anaknya.

Yg lebih kelakar, menurut tuannya, si Memey ni dah 3 kali melahirkan anak. Semuanya seekor-seekor aje. Masalah si Memey ni, dia tak suka menyusukan anak. Anak pertama dkt kpg tuannya, kucing lain yg menyusukan. Anak kedua mati sbb tak ada kucing nak susukan. Hari pertama dia lahirkan Sookie ni pun sama juga. Dia boleh duduk lepak dgn kami berdua dan biarkan anaknya duduk seorang diri dlm almari. Hari kedua dah okey pulak. Dia duduk dgn anak dia sepanjang masa. Maybe dia tahu kot yg anak kali ini nak diberikan kpd kami, sbb tu dia jaga elok2 agaknye. Hopefully dia tak buat perangai sepanjang tempoh menyusu nie.


Sookie semasa berusia 1 hari



Anak kucing paling besar yg pernah aku jumpa

Penerima rawatan yg kedua ialah aku sendiri. Pd hari kelahiran Sookie, aku telah diberi MC selama 2 hari akibat LED mata kanan aku yg dah merah menyala mcm terminator. Bagi mengelak ianya berjangkit, maka Dr suruh aku berehat di rumah. Hajat aku tak nak MC mcm tahun lepas tidak kesampaian. Sehingga kini, dah 5 hari aku MC tahun ni. 3 hari masa awal tahun sbb demam lepas balik gym akibat over exercise (tak boleh bangun beb!).

Penerima rawatan yg ketiga ialah wife aku yg telah selamat menjalani pembedahan kecil di dahi kirinya kerana mengalami sedikit ketumbuhan. Kami telah berjumpa dgn Dr. pd hari Selasa 16hb June yg lalu (semasa aku MC) dan telah bersetuju menjalani pembedahan pd hari Jumaat, 19hb June di Hospital Pakar Damansara.
Sehari sebelum operation, kami telah bermalam di rumah Aunty aku di Damansara. Keesokkan harinya, kami tiba di Hospital seawall jam 8.30 pagi. Wife aku telah diarah utk berpuasa sebelum menjalani pembedahan. Selepas registration, kami telah di tempatkan di ward day care sementara menunggu giliran utk dibedah. Wife aku telah dibawa ke operation theater kira-kira jam 11.20 pagi dan dibawa semula ke ward day care kira-kira jam 1.00 petang. Dia tidak sedarkan diri sbb Dr. kasi bius abis. Alhamdulillah, dlm keadaan tergesa2 sempat juga aku solat Jumaat di Tmn. Tun. Wife aku hanya sedar semula kira2 jam 5.00 petang. Kesian dkt jururawat bertugas yg terpaksa kerja lebih masa menunggu wife aku sedar & terpaksa membersihkan lantai ward yg kotor disebabkan wife aku yg termuntah sampai 2 kali. Kami terpaksa bermalam sehari lagi di rumah aunty aku sbb wife aku masih mabuk kesan drp bius. Dia hanya betul2 sedar pd pagi keesokan harinya. Walaupun dah sedar, dia masih weak akibat kurang makan agaknye. Terima kasih kpd Dr. Naqiyah, Dr. Wahida, Liza (Asst. Dr. Naqiyah) & jururawat Ward Day Care di atas perkhidmatan cemerlang yg telah diberikan sepanjang tempoh rawatan.
Fatiah yg tak dibenarkan breakfast


Aku on aje...


Ceria sebelum menjalani pembedahan


Sementara nak tunggu giliran...


Gua okey aje..


Tidak sedarkan diri selepas operation...


No comments:

Post a Comment