Thursday, July 23, 2009

Road Tour...


Buat sementara waktu ini, pasti ramai yg akan datang menziarah kami di rumah. Kalau tak pun, kami sendiri yg akan buat road tour ke rumah sanak saudara di sekitar Lembah Klang. Sebabnye, skg ini ibu & bapa mertua aku sedang dlm percutian di rumah kami. Kedua-duanya telah kami bawa bersama ke KL semasa pulang dari kampung tempoh hari. Saja nak kasi dia org relax2 kepala sikit. Al-maklumlah, rumah kami tiada anak2 kecil, so, dptlah mereka berehat-rehat menenangkan fikiran mereka buat seketika.

Tetamu pertama telah pun hadir pd 19hb July yg lalu. Siapa lagi kalau tak abg ipar aku @ abg long dari Klang. Beliau tiba kira2 jam 2.00 petang bersama-sama isteri dan 4 orang anaknya. Yg tidak dpt hadir bersama adalah anak sulungnya yg kini sdg belajar di salah sebuah Sekolah Tahfiz di Lembah Klang. Seronok juga bila sekali-kala rumah kami riuh-rendah dgn telatah anak2 buah yg dah lama tak bertemu dgn atuk & nenek mereka. Kami sempat juga bawa abg & kakak ipar melawat rumah baru kami yg tak berapa jauh dari rumah sekarang nie. Tetamu pulang kira-kira jam 9 mlm. InsyaAllah, kalau berkesempatan, kami akan buat trip ke rumah mereka pula nanti.


Malaysian next top model (Haura)


Adam



Enjoynye... Huzair & Muhamad




Abg Long in action..





Tok Papa









Pak su & Mak su with bebudak Klang...








Ramli MS



Ramli Sarip




Ramli Burger




Ramli Ngah Talib











Pd 20hb July pula, aku & isteri mengambil cuti tahunan kami yg masih berbaki 20++ hari lagi tu. Sengaja nak abis kan cuti sambil membawa org tua berjalan2. Pagi tu, selepas kami selesai urusan di Ampang Park, kami bersama ibu mertuaku terus menuju ke Sentul utk ke rumah sepepu mak mertua aku. Thanks to Nan yg membantu kami mencari jalan ke rumah tu. Sepupu mak mertua aku ni menjalankan perusahaan batik. Bengkelnye depan rumah dia aje. Kencang tu beb… market sampai Brunei & Singapore… Yg lebih menyeronokkan lagi, di kediaman mak cik Salmah nie, ada lebih kurang 15 ekor kucing. Semuanya sihat-sihat belaka. Dlm banyak2 ekor tu, kami hanya dpt jumpa dlm 4 to 5 ekor aje. Kucing2 dia malu2 belaka kecuali seekor yg duduk dkt office dia. Yg itu kalau org dtg melawat, dia le yg jadi pemandu pelancong. Manja tahap gaban siap jilat muka tuan dia. Dah mcm anjing pulak. Kami berada di kediaman tersebut kira2 1 jam lebih. Sempat juga kami melawat staff2 dia melukis batik. Sayangnye.. kami tak bawa camera bersama-sama ketika itu….

No comments:

Post a Comment