Monday, July 13, 2009

Balik Kampung – 10th July 2009


Trip kali ini adalah trip paling pantas kami berada di Kampung. Diwaktu tengah sibuk di pejabat, aku terpaksa pulang seawal jam 6.45 petang pd hari Jumaat kelmarin, meninggalkan rakan2 seperjuangan yg masih bertungkus lumus menyiapkan kerja sehingga lewat malam. Keputusan utk pulang awal terpaksa dibuat sbb aku masih belum sempat pack brg2 utk pulang ke kampung memandangkan hari2 sebelumnya aku sibuk menghadiri kursus dan terpaksa pulang semula ke pejabat utk menyiapkan kerja sehingga lewat malam.

Kepulangan kali ini adalah trip pertama buat Sookie (kucing baru kami). Setelah selesai bersiap, kami hanya sempat memasuki highway kira-kira jam 11.00 mlm. Perjalanan agak tenang tanpa sebarang halangan sehinggalah kami melepasi terowong berhampiran jelapang. Hampir 1 jam lebih kami tersangkut di situ. Nasib baik kami sempat download 40 lebih lagu2 MJ utk dilayan semasa memandu pulang. Kenderaan terpaksa beratur panjang akibat drp kemalangan yg berlaku around 1 pagi. Bila tiba di lokasi, kami dah tak nampak kenderaan yg terlibat dlm kemalangan tersebut. Jalan disitu agak berdebu sehingga menganggu penglihatan. Mungkin itulah yg menjadi punca berlakunya kemalangan itu. Kami hanya tiba di rumah kira2 jam 3.00 pagi.
















Seperti yg telah diketahui, Taiping mmg terkenal sbg kawasan paling banyak menerima hujan di Malaysia. Sewaktu kami tiba, hujan baru mula nak turun. Apb kami terjaga pagi tu, hujan masih terus turun sehingga hampir jam 10.oo pagi. Selepas selesai sarapan, kami pun menunaikan hajat kami nak bawa anak2 buah bersuka ria di Laketown Waterpark. Setelah hampir 3 jam bermandi manda, kami pun bawa anak2 buah makan tengahari di restoran kegemaran mereka, KFC le… Walaupun aku lebih prefer makan di Marrybrown, aku terpaksa akur sbb Marrybrown dah tak ada di Taiping…

Bila tiba di rumah, petang tu buat pertama kalinya anak2 buah aku berpeluang menonton dvd concert MJ yg aku bawa pulang bersama. Mereka hanya tahu MJ selepas mendengar berita kematiannya. Mereka tak pernah dgr & tengok music & videonya. Bila aku tayangkan dkt dia org, ternyata mereka pun dah terkena fenomena MJ. Si Ali sampai tak buka topi MJ yg aku pinjamkan kpd dia. Sehinggalah waktu aku nak balik, dia pulangkan semula topi tu kpd aku, bila aku kata “ambil ajele, pak su bagi dkt ali”. Tersenyum lebar dia…



Ali Jackson

Amin Jackson


Daniel Jackson


Dina Jackson


D'fario Jackson





















Kami sempat juga berjumpa D-Boy yg selalu dirindui. Waktu kami bermalam di rumah parent aku, aku paksa mak aku ambil D-Boy sbb aku nak kasi hadiah birthday dia yg dah lama aku simpan. Disebabkan favorite word dia is Bus, so kami beli mainan bas dkt dia. Mmg dia suka bas pun. Apa lagi, bukan main seronok lagi dia dok layan bas hijau dia tu. After breakfast dgn parent aku pd keesokan harinya, kami pun bergegas pulang mengambil barang2 di rumah mertua aku + mertua aku sekali.

Mertua aku akan tinggal bersama kami buat sementara. Saja nak bawa mereka berjalan & nak kasi abg2 ipar aku yg manja2 tu merana buat seketika. Kami telah selamat tiba di rumah seawal jam 2.00 petang. For our next trip, pasti kita dpt saksikan ada diantara abg ipar aku yg akan kurus dgn sendirinya… he.. he..he…









No comments:

Post a Comment