Tuesday, July 28, 2009

Alhamdulillah...



Alhamdulillah, di atas limpah kurnia daripada Allah S.W.T, hajat untuk memiliki sebidang tanah di tempat kelahiran kami telah pun menjadi kenyataan. Dengan izin Allah S.W.T, urusan jual beli tanah lot dengan rumah untuk projek rumah impian kami telah pun selesai pada hujung minggu yang lalu. Tanah dan rumah yang didiami oleh keluarga mertuaku kini telah menjadi milik kami sendiri.

Sebelum ini, keluarga mertuaku menyewa di premis berkenaan. Agak lama juga mereka menginap di situ. Pada asalnya, tanah dan rumah tersebut dimiliki oleh kenalan ibu mertuaku yang dikenali sebagai Mak Tua. Harta tersebut merupakan harta pusaka peninggalan keluarganya. Beberapa tahun sebelum Mak Tua meninggal dunia, tanah dan rumah tersebut telah dijual kpd anak saudaranya, En. Nadzri dan isteri.. Sebelum itu, Mak Tua pernah bertanya kepada mertuaku sama ada berminat untuk membelinya. Mak Tua juga sempat berpesan kepada anak saudaranya supaya tidak menjual tanah tersebut sebarangan.

Hujung tahun lepas, kami berkesempatan bertemu dengan En. Nadzri bersama isterinya dan menyatakan minat kami untuk membeli hartanah tersebut memandangkan memang dah lama isteri aku berjanji dengan mereka untuk membelinya. Setelah mengadakan beberapa perbincangan, mereka telah bersetuju untuk menjualnya. Urusan jual beli telah dimulakan seawal Januari 2009. Walaupun harga penilaian semasa hartanah tersebut berjumlah RM 145 000, disebabkan hubungan baik di antara keluarga mertuaku dengan arwah Mak Tua, En. Nadzri dan isteri telah bersetuju untuk menjual kepada kami dengan harga yang jauh lebih rendah daripada harga semasa.

Agak lama juga urusan jual beli ini berlangsung. Maklumlah, kami dan syarikat guaman yang dilantik berada di KL, En. Nadzri di Penang dan hartanah di Perak. Sampai 6 bulan jugak le… Apa pun, kami bersyukur, akhirnya selesai juga. Buat masa ini, rumah tersebut akan terus didiami oleh mertuaku. Fizikal rumah akan terus kekal seperti sedia ada sehinggalah dana kami mencukupi untuk pembinaan rumah baru mengikut design seperti yang diimpikan. Buat sementara ini, kalau ada renovation pun, just utk touch up sikit-sikit aje…

Sesungguhnya, kita hanya mampu merancang dan hanya Allah sahaja yang akan menentukan. Apa jua yang kita miliki di dunia ini, baik harta, ahli keluarga, kesihatan dan segala-galanya adalah hak milik Allah yang dipinjamkan sementara untuk kita. Allah S.W.T. boleh memberi dan mengambilnya pada bila-bila masa sahaja. Yang penting, kita perlu berusaha, berdoa dan berserah kepadaNya. InsyaAllah….

11 comments:

  1. you've been tagged. cek my blog....hehe!

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah.... kau dah pun jadi bertambah kaya...:-)

    ReplyDelete
  3. Bro.. kau ada tak gambar2 or apa2 video file masa kita blaja kat UPM dulu.. aku nak masukkan dalam blog baru:
    http://ex-bbaexec2005.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. Fertzy - gua akan selalu cek blog lu...

    Kamil - Apa yg gua ada skg ni Allah kasi pinjam aje... Gambar2 lama tu, nanti gua nak kena cari balik... Kalau ada gua post dkt lu..

    ReplyDelete
  5. Isk.. sedih pulak aku dengar.. takpe bro.. bukan salah mencari rezeki dunia.. bila harta dah bertambah, buat la kebajikan.. mcm Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary tu..

    ReplyDelete
  6. Bro.. aku ada satu lagi blog. Tapi yang ni khas cerita isu-isu semasa. Nanti sudi2 la comment & masukkan dalam list blog roll kau..hehe..

    ReplyDelete
  7. http://epique-enterprise.blogspot.com
    Nama blog ikut nama biznes aku, tapi takde kena mengena dgn biznes aku...:-)

    ReplyDelete
  8. beb, congrats beb...tambah satu lagik harta!

    ps: biler pindah ke rumah baru jgn luper jempot "panaskan rumah" (house warming)

    ReplyDelete
  9. Rumah baru, kalau jadi spt dirancang.. dlm Ramadhan gua angkut brg masuk. Open house Raya nanti kita kasi panas itu rumah sekali... Doa-doakan ye...

    ReplyDelete