Monday, July 27, 2009

Road Tour 2


Kesinambungan jelajah mertuaku di KL. Pada 25 Julai yang lalu, sekali lagi kami berkesempatan membawa ibu mertuaku melawat sanak saudara di sekitar Lembah Klang. Perjalanan dimulakan seawal jam 12 tengah hari. Lokasi pertama adalah kediaman teman rapat ibu mertuaku, pelakon veteran merangkap produser dan pemilik SA Production, Sharifah Aminah, di Saujana Impian, Kajang. Hampir dua jam kami menghabiskan masa di situ. Maklumlah, dah lama juga kami tak melawat beliau. Panjanglah sikit ceritanya.


Kira-kira jam 2.30 petang, perjalanan diteruskan ke kediaman seorang lagi kenalan rapat keluarga kami, En. Asmadi, di Bandar Sunway Semenyih. Bukan senang nak visit En. Asmadi ni. Selain daripada sibuk dengan perniagaannya, beliau juga sangat aktif dengan persatuan dan politik. Sejak isu perebutan kuasa di Perak, selalu juga wajah dia kelihatan dalam akhbar. Tercapai juga hajat mertua aku nak melawat kediaman mereka. Selepas kira-kira 1 jam setengah, kami pun berangkat untuk pulang ke rumah.

















Dalam perjalanan pulang, kami sempat membawa mertuaku singgah ke kediaman baru yang bakal kami duduki tidak lama lagi. Ramai jugak pemilik rumah yang datang melawat petang tu. Maklumlah, masing-masing dah tak sabar-sabar nak pindah. Ada diantara pemilik yang sudah pun mengambil kunci. Buat masa ini, kami masih menunggu pihak developer menerima payment terakhir daripada Financier kami. Dari maklumat yang diterima, cek telah pun dikeluarkan, mungkin dalam perjalanan agaknya. InsyaAllah, tak lama lagi mungkin kami pun boleh collect kuncinya. Sabar ajelah…










Pada 26 Julai 2009, pagi tu aku terbaca berita tentang kematian pengarah filem terkenal Yasmin Ahmad. Dah sampai masa dia transit ke alam yg keempat, bagi yang masih berada di alam ketiga ini, beringat-ingat juga le… Al-Fatihah buat arwah. Sebalah malamnya, kediaman kami dikunjungi oleh sepupu isteri aku, Abang Kamal dan Abang Nasir sekeluarga. Mereka tiba di rumah kami lebih kurang jam 9.30 malam. Hampir 2 jam lebih mereka berborak di rumah kami. Maklumlah, dah lama tak jumpa. Walaupun masing2 tinggal di lembah klang, tapi maisng2 sibuk dgn kerjaya masing-masing. Apa-apa pun, terima kasih buat mereka semua kerana sudi datang melawat mertuaku sempena road tour mereka July 2009.












2 comments:

  1. Salam... Perghh.. Dah lama tak datang umah kau bro... Nanti apa2 hal aku call..
    Bagus la kau... memang blog ni up-to-date..hehehe

    ReplyDelete
  2. Bila2 ko nak datang ko call aje... Jgn lupa bawa askar2 ko sekali ye...

    ReplyDelete