Wednesday, April 20, 2011

Jungle Tracking @ Serdang Heights...


.

Sabtu, 16hb April 2011, rombongan sepupu aku, Shakira, Azmer & Che Nod tiba di kediaman kami jam 9.00++ mlm. Dah lama juga deme tak overnite dkt rumah kami ni... Al-maklumlah.. masing2 sibuk... Mlm tu, tiada aktiviti yg dapat dijalankan memandangkan masing2 dalam kepenatan. Selepas dinner, kami berborak2 sambil menonton tv kemudiannya masing2 masuk tido bagi mengembalikan tenaga utk aktiviti pagi esok.

.


Ahad, 17hb April 2011, maka tibalah hari yang dinantikan. Kami memulakan perjalanan seawal jam 8.00 pagi. Itupun dah lewat setengah jam drp perancangan asal. Lokasi yang ditujui ialah kawasan hutan berhampiran kediaman kami. Seperti yang dinyatakan sebelum ini, memang ada jungle track yang digunakan oleh penduduk-penduduk Bukit Serdang utk aktiviti senaman pagi mereka pada setiap hujung minggu. Inilah kali pertama kami membawa tetamu menyertai aktiviti yang sungguh menyegarkan itu.


.


Beberapa tips yang perlu diamalkan untuk menyertai aktiviti ini ialah: membawa kayu atau tongkat panjang sebagai senjata menghalau binatang spt anjing dan sebagainya, selalu lihat ke bawah sewaktu berjalan (takut terpijak benda2 yg tak diingini) dan sentiasa menjaga pertuturan (jgn sebut benda2 yang tak sepatutnya) sewaktu berada di dalam hutan. Walaubagaimanapun, ekspedisi ini sebenarnya tidaklah begitu menakutkan kerana kita akan selalu berselisih dengan ramai orang yg turut menjalankan aktiviti tersebut. Ada diantara mereka yg berjalan kaki bersama-sama anak kecil, berbasikal (mountain bike) dan ada juga yang membawa anjing peliharaan. Sewaktu kami hampir ke checkpoint, seekor anjing peliharaan hampir2 menyerang Azmer. Mujurlah si Azmer ada membawa kayu panjang sebagai langkah keselamatan. Ekspidisi ini hanya mengambil masa kira-kira satu jam. Jam 9.30 pagi, kami dah berada di meja makan sambil menikmati sarapan pagi bersama. Kelakar juga bila si Azmer terkejut melihat Koko yang tiba-tiba melompat dihadapannya. Dia ingatkan anjing... fobia le tu....



















No comments:

Post a Comment