Sunday, June 10, 2012

Azura's Wedding


Akhirnye... Tanggal 1hb June 2012 (Jumaat), sepupu merangkap best friend kpd darling aku... Azura, telah pun menamatkan zaman bujangnya apabila selamat di ijab kabulkan dengan jejaka pilihannya... Salleh... Sewaktu majlis pernikahan mereka dilangsungkan di Bukit Mertajam, aku masih berada di KL... So, tak adelah shot2 majlis berkenaan... Darlingku yang turun sana sejak hari Rabu sebelum itu sempat menghadiri majlis berkenaan memandangkan beliau dah jadi salah seorang org penting dalam memastikan kelancaran majlis perkahwinan si Azura ni...

Selesai bertugas, aku bergegas pulang ke Tepen. Drive seorang diri dgn keadaan radio kereta yang kurang memuaskan... mmg agak mencabar... Alhamdulillah, aku selamat tiba dan sempat dinner bersama-sama parentku di kediaman mereka. Malam tu, aku layan rancangan favorite aku... Versus (Final) yg abis lambat gile... Sabo ajelah...

Selesai aje Solat Subuh pada 2hb June 2012... aku ke Kg. Boyan utk jemput Abg Faisal yang akan menemani aku sepanjang perjalanan ke Bukit Mertajam... Alhamdulillah, kami selamat tiba di kediaman keluarga pengantin seawal jam 7.30 pagi. Selepas breakfast... sempat le rehat2 kejap sementara menunggu majlis bermula.

Lebih kurang jam 11.00 pagi, majlis dimulakan dengan majlis Tahlil yang dijayakan oleh ahli2 keluarga & ahli-ahli Qariah Tmn Alma Jaya... Selesai Tahlil, para jemputan mula menjamu selera... Hidangan majlis mmg sangat menyelerakan... yang paling tak boleh lupa adalah keenakan teh tarik yang setanding dgn teh tarik dkt Restoran Ismail TTDI.... Hampir jam 2.30 ptg, rombongan pengantin lelaki pun tiba. Pengantin lelaki telah dibawa dengan Mini Cooper S... udah macam Italian Job pulak... Selain makanan yang disediakan oleh pihak catering, pihak keluarga pengantin juga sempat menyediakan juadah tambahan yang berupa Bihun Sup dan Laksa... Majlis kali ini agak simple memandangkan ramai org2 kuat majlis yg tak dapat hadir terutamanya Abg Nasir & Abg Bad... kalau tak, pasti majlis akan lebih meriah dgn sentuhan dekorasi dan masakan Abg Nasir serta persembahan muzik iringan dan pencak silat anak2 Abg Bad...

Selesai majlis... kami sempat bawa pengantin dan brother photographer ke Stadium Batu Kawan utk outing photo shoot sebelum pulang ke hotel utk charge battery masing2...


Persiapan Majlis:



Hantaran utk Pengantin lelaki:








Majlis Tahlil:




Sewaktu majlis berlangsung (2hb June 2012):










Shot terbaik majlis pertama : Potrait Aminuddin



Ahad, 3hb June 2012... pagi tu aku sempat hantar kereta pergi car wash... maklumlah... nak join rombongan pengantin.... Selesai di car wash, kami pun bersiap2 nak check out dari hotel. Siap sempat beli food utk Bob, street dog yang setia menjadi pengawal tak berbayar dkt hotel tu. Setibanya di rumah pengantin... deme semua pun tengah bersiap2... sementara deme bersiap, sempat le aku singgah Solat dkt Masjid Tmn Alma Jaya... Lebih kurang jam 2.30 ptg, rombongan pun bergerak ke rumah pengantin lelaki. Majlis di kediaman pengantin lelaki... food dia lagi best... cuma tak ada teh tarik aje... Selesai sessi fotografi, lebih kurang jam 4.00 petang, kami pun berangkat pulang ke Tepen... Buat Salleh & Azura, welcome to the club... Semoga berbahagie hingge ke akhir hayat.... 







best shot majlis kedua: Press conference Bersih 4.0

.

No comments:

Post a Comment