Tuesday, October 20, 2009

Open House - Syawal 2009

Seperti yg dimaklumkan sebelum ini, tiada official open house Aidilfitri di kediaman kami tahun ini. Walaubagaimanapun, siapa2 yg nak datang beraya, dipersilakan. Cuma, rumah kami tu semak sikit le…

Sambung balik rangkuman diari Aidilfitri tahun ini…. Selepas kami sibuk dgn majlis perkahwinan sepupu aku tu, keesokan harinya (27 Sept), mak cik & pak cik wife aku dari Bukit Mertajam telah sudi meluangkan masa menziarah kami sekaligus menobatkan mereka sebagai tetamu pertama kami sempena Aidilfitri.

Minggu petama bekerja selepas Aidilfitri, apa lagi, concentrate kerje le… nasib baik ingat lagi…. Selain drp sibuk bekerja, dlm masa yg sama aku juga sibuk dok push developer & mpsj berkenaan isu CF umah kami yg tak sattle2 lagi… naik tension aku memikirkan. Mana tak nye… notice dah kasi hingga end of October… Sabo ajele..




Pada 4hb October 2009, open house pertama yg kami hadiri, kediaman Abg Nasir yg merupakan sepupu wife aku di Kepong. Umah dia kalau tak pergi, rugi beb… dia ni tukang masak… hidangan hari tu, semuanya dia masak sendiri…













Minggu seterusnya, pada 10hb October 2009, pada sebelah tengahari kami telah ke Jalan Yadi, Teluk Gadong, Klang utk menghadiri open house rakan pejabat wife aku, Mas. According to wife aku, hidangan hari tu juga dimasak sendiri oleh bapa si Mas tu… sedap beb.. udang beso2….









Selesai di Klang, kami terus menuju ke Kajang bagi memenuhi jemputan Open House sepupu aku… siapa lagi.. si Mat le…. Lama jugak kami lepak di sana… dari jam 4.00++ hingga nak dekat pukul 8.00 mlm. Masakan di rumah Mat mmg sedap gile… sampai hari ni gua teringat nasi minyak tu…. Buat Apai… Selamat Hari Lahir…











Dari kediaman Mat, kami terus ke kediaman Izwan… bukan open house… tapi karaoke session…. Dah banyak kali Izwan ajak… Malam tu kita on terus aje… Sygnya tak ramai yg dpt hadir sbb Ad hoc program… yg sempat meluangkan masa mlm tu hanya aku & wife + Azura, Bitah & Nazri… sampai dkt pukul 1.00 pagi… lepas karaoke, sambung borak dkt kedai mamak… 2.00 pagi baru jumpa katil…. Nasib baik tak mabok.. hahahhaha…. Thanks to Izwan sbb kasi gua test drive mlm tu…. Tak boleh tido…. Wa cakap lu….











Minggu seterusnya…. Pd 16th October, kira-kira jam 8.00 mlm, kami tiba di kediaman sahabat kami, Fakhzan, di Putra Damai Apartment, Precinct 11, Putrajaya sempena rumah terbuka beliau. Buat pertama kalinya juga kami bertemu dgn cahaya mata pertamanya. Mlm tu, gua makan satay… To Fakhzan, thanks for the F1 Lighter yg ko hadiahkan tu…









Pada keesokan malamnya pula, satu lagi rumah terbuka yg perlu dihadiri…. Kali ini di kediaman sepupu aku, Abg Majid di Seksyen 7, Shah Alam. Alhamdulillah, di sini ramai sepupu2 side bapa aku dpt berhimpun. Sejak umah Tok kami di Greentown tu dijual, susah jugak kita org nak berhimpun beramai-ramai mcm nie. Thanks for Abg Majid yg sudi organize gathering mlm tu… Sorry for pasu bunga yg pecah tu… accident…













Sebagai penutup Aidilfitri tahun ini, gelaran tetamu terakhir kediaman kami di Puncak Jalil jatuh kepada….. Kamil & Family…. Kunjungan beliau sekeluarga pd 18th October bersamaan dgn 30 Syawal adalah merupakan kali terakhir kami menerima tetamu di kediaman yg sudah hampir 4 tahun kami duduki. InsyaAllah, dlm seminggu dua lagi, kami akan berhijrah ke kediaman baru kami di Serdang Heights. Mcm biasale.. anak2 si Kamil semakin membesar, aktif & comel… Tak menang tangan menjaga dia org… For next visit…kita rendam aje budak2 tu dlm kolam… sure enjoy punye…






.

Sunday, October 4, 2009

Majlis Perkahwinan Shakira & Azmir


Pasti ramai yg pelik, mengapa kami pulang awal ke KL pd Aidilfitri kali ini. Biasanya, kami akan pulang ke ibu kota pada hari pertama persekolahan selepas Aidilfitri. Bukan sebab cuti kami dah habis, tapi sbb kami perlu menghadiri majlis perkahwinan sepupu aku, Shakira bersama buah hatinya, Azmir.

Majlis pernikahannya telah berlangsung pada 25th September 2009 bersamaan 6th Syawal 1430 dlm jam 10.00 pagi. Jurunikah bertugas adalah Tn. Hj. Hailan Abu, bekas pengacara Bakat TV tahun 70an. Alhamdulillah, Shakira kini sah menjadi isteri kepada Azmir selepas tiga kali lafaz. Yg jadi sampai 3 kali nie bukan sbb pengantin, tapi sbb Tok Kadi yg sampai dua kali tersalah sebut nama pengantin.

Disebabkan masih dlm mood raya, selepas selesai Solat Jumaat, aku bersama familyku & uncle aku bergegas ke rumah uncle aku merangkap abang sulung bapak aku di Setapak Garden. Uncle aku ni dah tak berapa ingat. Short term memory lost, mcm dlm cerita 50 first date. Kalau sembang benda lama2, dia ingat. Walaubagamanapun, Alhamdulillah, penyakit lain tak ada la pulak.













My Uncle...


Bersama cucu uncle aku & maid dia yg baik...


My Dad with his eldest brother


The Youngest with The Eldest

.
Mlm tu, parent aku bersama adik aku bermalam di kediaman kami. Entah kenapa, abg aku & familynya tak mahu ikut sama. Biar ajele...
.
Keesokan paginya, kami bawa tetamu kehormat kami breakfast di restoran kegemaran kami di Precint 9, Putrajaya. Selesai breakfast, kami round2 sekejap di precint 9 sbb nak visit umah sepupu mak aku. Disebabkan cari pun tak jumpa & call pun tak dapat, kami terus bergegas ke Kelana Jaya utk meninjau persiapan Majlis Resepsi Shakira & Azmir yg akan berlangsung pd malam tu.





Bersama-sama ini aku sertakan clip video sempena majlis perkahwinan Shakira & Azmir:



Buat Shakira & Azmir, Selamat Pengantin Baru....