Sunday, October 4, 2009

Majlis Perkahwinan Shakira & Azmir


Pasti ramai yg pelik, mengapa kami pulang awal ke KL pd Aidilfitri kali ini. Biasanya, kami akan pulang ke ibu kota pada hari pertama persekolahan selepas Aidilfitri. Bukan sebab cuti kami dah habis, tapi sbb kami perlu menghadiri majlis perkahwinan sepupu aku, Shakira bersama buah hatinya, Azmir.

Majlis pernikahannya telah berlangsung pada 25th September 2009 bersamaan 6th Syawal 1430 dlm jam 10.00 pagi. Jurunikah bertugas adalah Tn. Hj. Hailan Abu, bekas pengacara Bakat TV tahun 70an. Alhamdulillah, Shakira kini sah menjadi isteri kepada Azmir selepas tiga kali lafaz. Yg jadi sampai 3 kali nie bukan sbb pengantin, tapi sbb Tok Kadi yg sampai dua kali tersalah sebut nama pengantin.

Disebabkan masih dlm mood raya, selepas selesai Solat Jumaat, aku bersama familyku & uncle aku bergegas ke rumah uncle aku merangkap abang sulung bapak aku di Setapak Garden. Uncle aku ni dah tak berapa ingat. Short term memory lost, mcm dlm cerita 50 first date. Kalau sembang benda lama2, dia ingat. Walaubagamanapun, Alhamdulillah, penyakit lain tak ada la pulak.













My Uncle...


Bersama cucu uncle aku & maid dia yg baik...


My Dad with his eldest brother


The Youngest with The Eldest

.
Mlm tu, parent aku bersama adik aku bermalam di kediaman kami. Entah kenapa, abg aku & familynya tak mahu ikut sama. Biar ajele...
.
Keesokan paginya, kami bawa tetamu kehormat kami breakfast di restoran kegemaran kami di Precint 9, Putrajaya. Selesai breakfast, kami round2 sekejap di precint 9 sbb nak visit umah sepupu mak aku. Disebabkan cari pun tak jumpa & call pun tak dapat, kami terus bergegas ke Kelana Jaya utk meninjau persiapan Majlis Resepsi Shakira & Azmir yg akan berlangsung pd malam tu.





Bersama-sama ini aku sertakan clip video sempena majlis perkahwinan Shakira & Azmir:



Buat Shakira & Azmir, Selamat Pengantin Baru....

No comments:

Post a Comment