Tuesday, September 29, 2009

Aidilfitri 2009



Alhamdulillah, kami telah selamat sampai ke kampung bagi meraikan Aidilfitri 2009 pd kira2 jam 1.00 pagi, 17hb Sept 2009. 2 hari terakhir Ramadhan, kami sibuk dgn persiapan akhir menyambut Aidilfitri dan bekesempatan berbuka puasa dengan sanak saudara di Tepeng




Sehari Sebelum Raya

Hari terakhir Ramadhan, aku & darlingku bergotong royong mencuci tingkat atas kediaman mertuaku yg dah bertahun-tahun tidak dikunjungi. Gotong-royong dimulakan dgn tragedi pertama di mana kepala aku telah dihempap dgn pintu di bahagian tangga. Dah lama sangat tak buka, kami pun dah lupa yg pintu tu perlu diselak. Nasib baik kena besi jarring aje… kalau kena kayu dia…. Mau tak kenal nombor aku nie… Alhamdulillah, semasa tengah mengemas sambil dibantu oleh anak saudara aku yg seorang tu, tiba2 aje keluarga abg ipar aku dari Klang tiba. Apa lagi, aku kerah anak2 dia utk bergotong royong sekali…. 20 kali tukar air mop lantai….


















Petang tu, sepupu darlingku, Abg Kamal tiba secara solo. Saje singgah katanye… sempat juga kami berbuka puasa bersama. Selesai Maghrib, kami lepak2 sambil tengok gambar2 di laptop Abg Kamal. Sambil budak2 sibuk main bunga api di laman rumah, aku sibuk bersiap nak bergegas ke Masjid Simpang sbb janji nak cari member2 lepas solat Isya’ di sana.








Selesai aje doa, terus nampak Alan yg turut serta bersama Jemaah walaupun dia baru aje tiba dari Johor waktu berbuka tadi. Dari Masjid, kami menuju ke rumah keluarga Alan sbb nak jumpa junior dia buat kali pertama. Sebijik mcm dia… walaupun baru hanya 10 bulan. Lebih kurang 10 minit di sana, aku dan Alan meneruskan perjalanan ke rumah Opah aku. Saja nak tinjau kemeriahan malam raya di sana. Tak berapa lama kemudian, perjalanan diteruskan ke rumah Kumi yg dah lama aku tak jumpa. Dkt sini kami stay lama sikit sbb nak tunggu si Kumi selesai buat ketupat. Lebih kurang jam 10.00 mlm, kami terus menuju ke Olden Days Kopitiam di Kampung Boyan, open table sempena malam Raya. Sampai jam 12.00 mlm kami lepak di sana. Disebabkan white coffee, aku hanya dpt tido selama 2 jam setengah aje pd malam raya kali ini. Buat sahabat2 yg aku terlupa nak panggil masa mlm tu, aku minta maaf banyak2. InsyaAllah, next Raya kita repeat balik ye…









Hari Raya Pertama


Pagi Raya, selesai solat subuh berjemaah di Masjid Kg. Boyan, Tok Siak mengumumkan kematian seorang jiran di malam Raya. Seorang lelaki berumur yg kuat beribadah dan selalu beriktikaf di Masjid. Beruntung betul arwah, selesai aje mensucikan diri di bulan Ramadhan, beliau terus kembali menghadap Ilahi dlm keadaan kembali kpd Fitrah. Dari Masjid, aku terus menuju ke rumah parent aku. Dlm perjalanan, berlaku tragedi kedua di mana dlm kelajuan 70-80 km/h, tiba-tiba seekor anjing berwarna perang melintas ditengah-tengah jalan utama. Aku berjaya mengelak, malangnye… ada seekor lagi anjing hitam mengekori dari belakang. Bang! Kepalanya terkena skirting bawah bumper kereta aku. Terdengar jeritan anjing tu mengingatkan tindakan bodoh aku melanggar anjing yg kokak kucing dihadapan rumah aku suatu ketika dahulu. Semoga Allah mengampuni aku.

Selesai Solat Sunat Aidilfitri, belakulah sessi bermaaf-maafan di rumah mertuaku. Bagi budak2, bermulalah sessi mengutip duit Raya. Selesai di rumah mertuaku, sessi bersambung ke rumah Opah aku. Tak lama lepas tu, aku bersama ahli keluargaku menuju ke studio gambar utk photo keluarga sempena Hari Raya. Susah jugak cameraman nak ambil gambar disebabkan gelagat si D-Boy yg mengamuk dlm studio.











Selesai di studio, aku & darling terus bergegas ke rumah sahabatku, Japri di Matang. Dah jadi rutin sejak zaman sekolah lagi, bila raya pertama, kami akan attack rumah si Japri. Tak berapa lama kami di sana, abg ipar aku call nak ajak konvoi ke rumah Pak Long wife aku di Kg. Bang. Kami pun bergegas pulang menanti rakan2 konvoi yg lain. Cukup aje team, kita org pun bergerak….







Di rumah Pak Long wife aku nie, suasana dia mmg nyaman gile. Terletak dlm perjalanan ke Gerik, siap ada sign board gajah melintas lagi… Mmg fresh gile. Disebabkan udara terlalu fresh, aku pun ambil kesempatan utk berehat-rehat di beranda rumah. Lagipun mmg tak cukup tido pun… Yg paling kelakar semasa di sana, sewaktu aku drive nak pulang, sekumpulan itik berjalan dihadapan kereta aku. Aku kena bertartur dengan mereka dan melintas titi bersama-sama. Sabo ajele…














Selesai Maghrib di rumah mertuaku, perjalanan diteruskan ke rumah mak cik wife aku di Gunung Semanggul (tempat Ust. Wan KK mati kene tembek). Mcm biasele.. org tua duduk bersembang, budak2 sibuk bermain. Aku, join dua2… Sampai 11.00 mlm, aku & wife pun bertolak ke rumah parent aku utk bermalam di sana.






Hari Raya Kedua

Pagi Raya kedua dimulakan dgn sessi lawatan rasmi ke rumah keluarga Alan. Diikuti dgn rumah Kumi. Sayangnye tak jumpa si Kumi sbb dia masih lena dibuai mimpi. Sempat jumpa bini dia dgn adik beradik dia aje. Kembali ke rumah parent aku, tetamu pertama, sekumpulan budak2 merangkap member bapa aku. Budak2 ni selalu dok tolong cuci pinggan mangkuk bersama-sama dengan bapa aku di masjid. Kemudian barulah tiba saudara mara dan rakan-rakan aku sempena open house di rumah family aku. Antara rakan2 yg sudi hadir ialah Alan & family, Kumi & family, Apay & family, Japri dan Suhaimi.





































Selesai di rumah parent aku, sambung beraya di rumah abang aku pulak. Kali ni barulah aku sempat nak menjamu selera.




Kembali ke rumah mertuaku, dua buah kereta dihadapan kami turut masuk ke laman rumah, rupa2nya, rombongan saudara wife aku dari Kedah. Turun2 kereta aje, terus meriah…. Tak lama kemudian, anak angkat mertua aku, Dilah bersama familynya pun tiba. Bertambah meriah rumah mertuaku petang tu…. Sempat jugak kami bergambar beramai-ramai sebelum mereka berangkat pulang.









Sebelah malamnya pula, wife aku bersiap-siap di dapur utk menyambut rakan2 yg akan hadir beraya. Dlm masa yg sama, kami juga perlu hadir ke open house pak cik aku (Cikgu Arshad) yg tak jauh dari kediaman mertua aku. Selepas pulang dari Masjid, aku sempat singgah ke rumah pak cik aku utk maklumkan yg kami akan lambat hadir ke rumahnya. Tiba aje di rumah mertua aku, dlm beberapa minit kemudian, sahabat kami , shahrul & family pun tiba. Selain dari Shahrul, ada dua org lagi rakan yg patut hadir bersama. Setelah Shahrul & family beredar, aku & wife bergegas ke rumah pak cik aku sementara rakan lain tak sampai lagi. Elok kami tengah duduk di meja makan, abg ipar aku call memberitahu yg member kami dah tiba. Kami pun cepat2kan makan kami dan segera kembali ke rumah mertuaku. Robitah & family dah tiba sambil berborak2 di ruang tamu. Mcm biasa, kalau duduk berborak dgn Bitah & Nazri, sure panjang punye. Mlm tu, dkt pukul 1.00 pagi baru abis borak.







Hari Raya Ketiga

Disebabkan terlalu aktif sejak dari hari terakhir puasa lagi, Raya ketiga ni kami slow down sikit. Banyak masa dihabiskan utk berehat-rehat di rumah. Keluar rumah pun, bawak anak buah beraya ke rumah parent aku, visit umah abg ipar aku di Taman Kaya & shopping2 di Tesco Tepeng aje. Kira charge battery le. Petang tu, Dr. Asmadi sempat menziarah keluarga mertuaku sempena Aidilfitri.








Hari Raya Keempat

Selepas selesai sarapan pagi, kami bersiap2 nak ke rumah mak cik wife aku di Bukit Mertajam. Cadangnya, lepas ke Bukit Mertajam, kami nak pergi kenduri di Gunung Semanggul. Bila sampai di Bukit Mertajam, lepak punya lepak, sampai hujan. Siap sempat lena lagi. Siang hari tu dihabiskan di sana aje. Dah lewat petang baru kami berangkat pulang ke Tepeng. Lepas Maghrib, visit umah Opah sekali lagi. Maklumlah, esok pagi dah nak gerak.










Hari Raya Kelima

Lepas Subuh, kami mula pack barang2 utk pulang. Selesai mengemas, terus ke rumah parent aku utk breakfast. Semasa di rumah parent aku, sahabat aku, Amin sempat dtg menziarah. Tak sempat masuk, dia dah nak pergi, katanya kena join convoy family dia. Tak pelah, janji sempat juga jumpa. Pagi tu breakfast di rumah parent aku. Bapa aku sempat beli apom kegemaran aku dan adik aku mmg aku dah paksa siapkan nasi goreng pagi tu… Anak kami yg dua ekor tu kenalah sabar menanti di dalam kereta ketika mama & daddy dia santap. Selesai breakfast, kami terus gerak. Trip kali ini, bapa aku ikut sekali. Sepanjang perjalanan, kucing2 aku asyik nak duduk dkt aku aje. Sampai di Behrang, terus tukar driver. Senang sikit aku nak mengadap kucing2 yg mengada2 tu. Alhamdulillah, dlm pukul 12 tengahari kami selamat sampai di rumah. Syukur semuanya selamat.







No comments:

Post a Comment