Wednesday, September 16, 2009

Salam Aidilfitri....



Minggu2 akhir Ramadhan 2009. InsyaAllah, petang ni kami akan berangkat pulang ke kampung bagi menyambut Aidilfitri di sana. Tinggal 3 hari lagi waktu utk aku berpuasa bersama saudara mara di Tepeng. Lebih kurang 2 mlm lagi peluang utk bertarawih di Kampung. Harap2 dpt berjumpa ramai sahabat2 lama di sana nanti.

.
Tidak seperti tahun2 sebelum ini, kali ini tidak ada majlis berbuka puasa secara rasmi diadakan di kediaman kami. Sbbnye, kami masih dlm mode standby utk berpindah. Hajat di hati nak pindah sebelum Raya ni tak kesampaian. Tak apelah… kita cite lepas raya aje… Walaupun tiada majlis rasmi diadakan, kami amat berterima kasih kpd sahabat kami Kamil dan sepupu darling aku, Azura yg sudi hadir berbuka puasa bersama2 di rumah kami di akhir2 Ramadhan. Walaupun sibuk, mereka masih sempat dtg menziarah dan meraikan Ramadhan bersama.




.
Di Fasa terakhir Ramadhan ni adalah peluang utk kita memohon agar dijauhi dari azab Neraka. Harap kita semua tidak leka dgn persiapan menyambut Syawal sehingga melepaskan peluang keemasan yg diberikan oleh Allah S.W.T. ini. Dan jika kita berjaya bertemu dgn Lailatur Qadar, ganjarannya sama seperti mengabdikan diri kpd Allah S.W.T. selama 80 tahun. Teruskan usaha agar kita berpeluang bertemu dgn malam yg dinantikan oleh seluruh umat Islam.

.
Kpd sahabat2 yg ingin pulang ke kampung. Kami doakan agar kita semua akan selamat sampai ke destinasi. Berhati2 di jalan raya. Ops sikap pun dah mula…. Speed tu kena jaga beb… Siapa2 yg balik ke Tepeng, jgn lupa roger2… boleh le kita borak2 panjang dkt sana nanti…


.
Para sahabat yg ada di Tepeng pd Hari Raya ini di jemput hadir ke open house di rumah ibu bapa saya di Tmn Kota Jaya pd hari Raya Kedua & kediaman ibu bapa Fatiah di Kampung Boyan pd bila2 masa selain dari Raya Kedua (kena call dulu le). InsyaAllah kami akan berada di Tepeng sehingga pagi Khamis (24th Sept 2009).
.

Akhir kata daripada kami, Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin.

.


2 comments:

  1. selamat hari raya & maaf zahir batin.

    tak sempat beb nak bersua muka di opis, so jumper di "sini" ajeklah.

    tak wat open hse taon ni? nanti bila buat rumah suam (house warming) jgn luper jemput eh?? ekekekkeke

    ReplyDelete
  2. Nampak gayenye mcm tak buat sbb aku akan sibuk dgn kerje2 perpindahan... InsyaAllah, AidilAdha ni kita buat open house dgn rumah suam sekali... nanti gua jemput le...

    ReplyDelete