Saturday, October 24, 2009

Balik Kampung - 22 October 2009


Rabu, 21hb October 2009, dari pejabat, aku dan isteri terus menuju ke rumah ibu saudaraku di Damansara. Tujuan sebenar adalah utk mengambil charger ibuku yg tertinggal sewaktu lawatan mereka tempoh hari. Dah alang2, nak ke sana, boleh le kami bawa aunty dinner sekali malam tu. Selesai Solat Maghrib di rumah auntyku, kami pun bersiap-siap utk keluar dinner. Entah kenapa, tiba-tiba aunty aku berbelah bagi pulak. Selepas di desak, aunty aku pun setuju ikut kami. Mlm tu kami dinner di Restoran Doli, di Tmn Tun. Restoran yg sangat terkenal dgn kuetiownya di Taiping. Semasa dinner, aunty aku bagitahu “kalau nak makan nasi, balik nanti boleh le makan. Aunty dah masak lauk ikan tadi”. Walaupun dah kekenyangan, entah kenapa mlm tu rasa teringin sgt nak makan masakan aunty. Setibanya di rumah, aku dan wife terus menjamah juadah masakannya di dapur sebelum kami berangkat pulang. Aku sempat memaklumkan kpd auntyku yg kami akan berpindah pd hujung bulan ini dan akan bawa beliau tidor di kediaman baru kami pada hari Sabtu minggu pertama November ini. Alhamdulillah, beliau setuju dgn pelawaan itu.





Ayah mertuaku semasa di Pejabat Imigresen


Semasa di Kedai Gunting Rambut. Ko org boleh tgk pak cik ni dlm movie Rock


Gelagat Amy semasa di Kedai Gunting



Keesokan harinya, selepas pulang dari Pejabat, aku & wife bersiap2 utk pulang ke kampung. Selain drp sbb nak ziarah ibubapa, kepulangan kali ini juga adalah kerana nak renew PR bapa mertuaku dan nak mengangkut barang2 rumah yg nak ditransfer ke Taiping. Kami telah selamat tiba di Taipng kira2 jam 1.00 pagi.

Jumaat, 23hb October 2009, awal pagi kami telah ke Pejabat Imigresen Taiping utk urusan PR bapa mertuaku. Alhamdulillah, bapa mertuaku hanya perlu tunggu dalam kereta sahaja. Pegawai Imigresen sendiri yg datang ke kereta utk selesaikan urusan. Perkhidmatan sebegini akan diberikan khas utk mereka2 yg uzur dan kurang berupaya. Tahniah!

Selesai Solat Jumaat, aku dan isteri menuju ke Lembaga Tabung Haji. Dlm keadaan hujan yg sangat lebat, aku hanya tunggu di dalam kereta sementara isteri aku selesaikan urusannya di Pejabat Tabung Haji. Sambil aku tunggu di dalam kereta, aku lihat ada missed call di hanphoneku. Number sepupuku di KL. Aku call number tersebut, anak kpd sepupuku jawab. “uncle, Wan, Opah kena stroke”. Tergamam aku mendengar berita itu. Dgn segera aku hubungi ibuku dan saudara maraku di KL bagi memaklumkan perkhabaran tersebut. Dari Tabung Haji, aku bergegas ke kediaman ibubapaku.

Sekarang ini, auntyku sedang berada di wad ICU, Tropicana Medical Center, Damansara. Mengikut maklumat yg diterima, beliau mengalami darah beku dan kebocoran darah di kepala. Maklumat yg diterima ini sudah cukup utk downkan aku. Pagi ini, 24hb October 2009, ibubapa aku bergegas ke KL utk menziarah beliau. Aku masih berada di Taiping dan hanya akan pulang ke KL selepas Subuh esok. Bukan aku tak ambil berat, tetapi aku masih belum bersedia utk melihat keadaannya dgn mataku sendiri kerana ia pasti akan lebih downkan aku.



Bersama ayahku sebelum beliau berangkat ke KL

Rupanya, kunjungan kami pd malam Rabu yg lalu adalah lawatan terakhir sebelum auntyku diserang stroke pd malam Khamis yg lalu. Kejadian ini hanya disedari oleh cucunya yg datang melawat beliau waktu rehat tengahari pd hari Jumaat. Apapun, aku harap kita semua dpt sama2 mendoakan beliau. Semoga Allah berikan yg terbaik untuknya.
.

No comments:

Post a Comment